"tukanglawan"

"tukanglawan"


Kalau Anwar Sama Teruk dengan Obama, Mahathir macam mana?

Posted: 22 Aug 2012 06:46 AM PDT

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menurutnya menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Kalau diikutkan di sini, jelas bahawa Mahathir Mohamad sememangnya sudah benar terdesak apabila terpaksa menggunakan falsafah dan metodologi maha karut bagi menipu rakyat semua.

Oleh itu beliau menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

"Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal," katanya dalam blog chedet.cc hari ini.


Mahathir juga mendakwa bahawa Malaysia akan bankrup sekiranya melaksanakan apa yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim.

Selain itu, Mahathir juga menggesa supaya rakyat berfikir sebaik mungkin sebelum mengundi kerana percaya bahawa Anwar hanya bercita-cita mahu menjadi PM dan tidak lebih dari itu. Hanya suka mencanang itu dan ini, tetapi hasilnya hanyalah 'kosong'. 

Mahathir kini bercakap seolah malaikat atau seorang yang maksum. Dia lupa siapa jual orang melayu, siapa korup dalam melayu, siapa yang tipu melayu , siapa bapa rasuah melayu, siapa pecahkan orang melayu.. MELAYU MUDAH LUPA! MAMAK INGAT SIKIT SIKIT.

KALAU ANWAR MACAM OBAMA, MUNGKIN MAHATHIR MACAM BUSH.!

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar... Kerajaan Pahang Digesa Bina Empangan Jengka 2

Posted: 22 Aug 2012 03:25 AM PDT

Ingat lagi tak isu air Selangor yang media asyik main kala musim hujan tempoh hari, kononnya kata mereka empangan langat 2 kene cepat buat kalau tak selangor nanti tak cukup air.

Siasat punya siasat rupanya ini permainan bodoh merek anak burukkan kerajaan negeri selangor, malangnya tak jadi.. terkantoi, permainan tu berhenti terus bila siasat punya siasat yang tak cukup bukan air.. tapi paip bawah tanah.

Perumpamaan nak bagi orang faham macam ni la... " kancil turbo tak boleh nak kejar BMW M3 atas jalan,,, jangan salahkan jalan pulak."

Puak-puak tu kata kene import air dari pahang, jadi empangan langat kene la bina untuk menjamin kesejahteraan rakyat selangor.

kah..kah..kah.. lawak betul la bila puak umno cakap pasal kebajikan rakyat... selama memerintah tak pernah la pulak kerajaan BN buat macam kerajaan Pakatan buat... ada bagi 20 liter padu air free ke?

Apa pulak kes kat pahang, meh tengok gambar ni, ni negeri najib nei... untuk jamin kesejahteraan rakyat pahang, eloklah kerajaan negeri tu buat empangan jengka 2.. ala.. apa sangat la kan... kata rakyat didahulukan.... kalau kilang LYNAS boleh buat.. takkan empangan Jengka 2 takle buat... kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA

Posted: 22 Aug 2012 01:39 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor. 

AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.


DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL

Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.

AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ' abang besar' dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.

Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment