Nota Kecil |
Guan Eng minat hadith Rasulullah di pagi raya... Posted: 21 Aug 2012 09:59 PM PDT
Hadith yang dimaksudkan itu bermaksud, "Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi." (riwayat Tirmizi) Beliau berkata, Pulau Pinang akan terus berusaha menjadi Kerajaan Negeri yang adil supaya doa para pemimpin Islam dalam kalangan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan diterima Tuhan. "Itulah sebabnya kerajaan PR (Pakatan Rakyat) mempunyai komitmen menjadi kerajaan yang adil agar doa pemimpin Islam dalam PR diterima, khususnya bahawa masyarakat Malaysia sentiasa aman dan damai. "PR dan DAP sedar bahawa keamanan dalam masyarakat majmuk hanya boleh tercapai dengan harmoni kaum dan kebenaran serta kemajuan dan keadilan untuk semua," ujar beliau pada Isnin lepasd di Kuala Lumpur. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau tidak kisah sekiranya pemimpin Umno Barisan Nasional terus mengfitnah semua pemimpin Pakatan Rakyat seperti memanipulasi kebenaran di sebalik "tragedi berdarah 13 Mei 1969". Ini kerana katanya, rakyat termasuk yang beragama Islam dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan; selain yakin doa orang yang dizalimi akan dimakbul oleh Tuhan. Katanya lagi, rakyat dipercayai kian muak dengan fitnah yang diada-adakan oleh Kementerian Penerangan dengan kerjasama Umno serta akhbar Utusan Malaysia mengfitnah Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat) kononnya berkelakuan tidak senonoh dalam tragedi tersebut melalui filem "Tanda Putera". "Semoga doa orang yang difitnah atau dizalimi akan dimakbul Tuhan. (Semoga) doa orang berpuasa pun akan dimakbul Tuhan. (Semoga) doa pemimpin-pemimpin Islam yang adil di negeri ini pun akan dimakbul Tuhan." | ||||||
KN P.Pinang, penduduk Kg.Batu Uban beri pemaju 'kata dua' Posted: 21 Aug 2012 08:06 PM PDT
SEKUMPULAN penduduk di perkampungan Batu Uban, di sini, menuntut pemaju membina rumah transit terlebih dahulu sebelum mereka mengosongkan rumah masing-masing. Mereka meluahkan pendirian itu baru-baru ini selepas menerima notis mengosongkan rumah masing-masing dalam masa 14 hari. Rata-rata mereka berkata, "takkan mereka (pemaju) mahu lihat kami tidur di bawah Jambatan Pulau Pinang".
"Kami bukan tidak beri pemaju membina perumahan di sini, sebaliknya kami hanya mahu pemaju membina rumah transit sebelum kami semua keluar. "Rumah transit berkenaan perlulah dibina berhampiran dengan kampung, bukannya luar daripada Batu Uban," ujar beliau dipetik dari sebuah akhbar tempatan. Menurut beliau, pemaju pada mulanya bersetuju dengan tuntutan penduduk berwajib. Namun, beliau berkata, rata-rata penduduk mengaku kecewa apabila mengetahui bahawa rumah transit yang mahu dibina oleh pemaju itu adalah ala-ala rumah kongsi pekerja asing. "Kami sendiri sebagai penduduk berasa tidak yakin dan jika esok penduduk tidak mendapat rumah yang dijanjikan, apakah mereka mahu kami duduk di bawah jambatan," soal beliau. Zaiton yang kini menetap di rumah keluarganya yang berusia 80 tahun itu berpendapat bahawa pemaju seharusnya tidak memberi layanan yang dingin ke atas penduduk berwajib menjelang musim perayaan. Nada yang sama turut diluahkan oleh penduduk, Minah Ahmad, 70. Beliau berkata, beliau bersama-sama sembilan adik beradik yang lain begitu bimbang dengan nasib rumah pusaka ibunya yang berusia kira-kira 80 tahun itu. Beliau berkata, rumah pusaka yang kini didiami oleh adiknya, Maimunah Ahmad, 59, itu merupakan satu-satunya harta peninggalan arwah ibu mereka. "Esok lusa, kalau mereka suruh kami keluar dan janji tidak ditepati, di mana dia (Maimunah) akan tinggal. Bagaimana pula dengan harta peninggalan ibu," soal Minah.
Ini kerana, katanya, notis 14 hari daripada pihak pemaju berkenaan berakhir pada 31 Ogos 2012, iaitu pada tanggal Hari Kemerdekaan negara disambut saban tahun sejak tahun 1957. "Kami sangat kecewa kerana sedang umat Islam lain bergembira menyambut hari raya dan tidak sabar menyambut kemerdekaan, kami pula dalam keadaan resah gelisah," katanya. Difahamkan, seramai 22 penduduk di Kampung Batu Uban menerima notis arah keluar selepas pemaju berjaya membeli tanah berkenaan daripada beberapa pemilik tanah asal. Pemaju, dilaporkan, merancang untuk membina dua blok kondominium serta rumah mewah mencecah sampai RM300,000 seunit di atas tanah berkomersial tinggi itu. Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim dalam reaksi spontan, dilaporkan, memanjangkan isu penduduk berkenaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng. Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, S. Raveentharan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, ADUN), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak kemudiannya mengadakan lawatan tergempar di kampung berkenaan. Di depan kira-kira 50 penduduk berwajib, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri menggesa pemaju menarik balik notis arahan keluar yang diserahkan kepada penduduk sebelum ini. Malah, beliau berkata, syarikat pemaju berkenaan akan disenaraihitamkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya gagal menerima gesaaan tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui MPPP akan menghalang langkah pengusiran penduduk asal kampung berkenaan sekiranya pemaju masih mahu meneruskan notis 14 arahan keluar tersebut pada 31 Ogos nanti. "Saya minta anda (pemaju) berbincang elok-elok dengan penduduk, dan sekiranya pemaju masih berdegil, saya berharap pakcik dan makcik di kampung ini tidak risau kerana saya akan arahkan penguat kuasa MPPP menghalang tindakan pemaju pada 31 Ogos nanti. "Akan turut serta ialah pegawai daerah kami, saya amat berharap supaya pemaju bertimbang rasa dan kami (Pakatan Rakyat) daripada Kerajaan Negeri amat kesal dengan kejadian sebegini. "Pada masa itu, saya amat terkejut dan terfikir masih ada manusia yang tidak sensitif sedangkan notis itu dikeluarkan sehari sebelum perayaan (Hari Raya Puasa) dan arahan keluar adalah pada waktu kemerdekaan, 31 Ogos (2012)," ujar beliau. Pembelaan nasib rakyat itu dipertegas semasa Guan Eng masih berada di Korea. Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam membela nasib rakyat sungguhpun Kerajaan Negeri seringkali difitnah cuba mengusir Melayu dari negeri berkenaan sepertimana yang digambarkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang belakangan ini. -END |
You are subscribed to email updates from faqar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment