"tukanglawan" |
- Nasharudin Akan Keluar PAS?
- Kereta Kempen Turunkan Harga Kereta Dilancarkan.
- BN Cemas, 33 Dun Sabah Bakal Bertukar Tangan.
- Gempar, ADUN Lindungi Kuari Haram?
- Terdesak.. Lagi usaha Terdesak
- Kempen Stop114A, Apa yang Menarik Jadi Semalam?
Posted: 15 Aug 2012 01:15 PM PDT Maka tidak hairan la jika Nasharuddin akan keluar dari PAS dan mendaftar sebagai ularmak umno... Rata-rata dalam PAS sendiri tahu, nasharuddin ini orang kem perpaduan... dia antara pemimpin PAS termasuk hassan ali dilihat beria-ia mahukan kerajaan perpaduan dilaksanakan antara PAS dan umno. Mungkin masih tebal lagi agaknya dalam diri nasharuddin itu bahawa melayu itu Islam dan Islam itu melayu, harus diingat, "mat saleh" di britain pun dah ramai islam, apatah lagi rakan-rakan india dan cina...sudah banyak bergelar india muslim dan mualaf, juga sudah ramai orang melayu terbabas jadi bukan islam kerana ceteknya pengetahuan agama bukan kerana berkawan dengan cina atau india. Jadi untuk mentafsirkan hanya melayu itu islam sudah tidak lagi releven, maka untuk PAS bersama umno lebih lagi tidak releven. Tapi bagi nasharuddin yang tebal melayunya itu, mungkin releven bekerjasama dengan Umno yang ditulis nama parti itu dalam bahasa enggeris bukan melayu.. jadi terpulanglah. tidak mustahil dia akan menyertai umno. Ibarat kata Murshidul Am PAS, "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," Eloklah tu, kita tak mahu ada parasit lagi.. cukuplah kutu sekor dulu, jika tak rasa lagi mahu bekerjasama dengan Pakatan rakyat lebih elok jadi ularmak umno. Tapi sebelum itu jawab dulu soalan ni, jika umno yang kononnya pejuang agama Islam tidak mahu laksana hudud, mahu diajak keluar kemana ahli umno tu.. sokong MCA atau MIC? Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kereta Kempen Turunkan Harga Kereta Dilancarkan. Posted: 15 Aug 2012 04:44 AM PDT Sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan digunakan untuk kempen 'Turunkan Harga Kereta' dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta. Sementara itu sebanyak 50,000 keping pelekat kempen itu yang tidak mempamerkan sebarang unsur politik akan mula diedarkan dalam pada jelajah pertama pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad Bermula 2 September, forum 'Turunkan Harga Kereta' di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan "Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera pelekat kampen ini segera sebelum habis. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
BN Cemas, 33 Dun Sabah Bakal Bertukar Tangan. Posted: 15 Aug 2012 01:10 AM PDT BN sedang menghadapi situasi cemas terhadap perubahan politik di Sabah terutama selepas kemasukan beberapa wakil rakyat daripada parti itu ke dalam Pakatan Rakyat (Pakatan). Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai sama ada manisfesto yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'gula-gula' politik atau sebaliknya. "Rakyat sekarang bukan seperti zaman 60-an atau 80-an dulu, mereka sudah sedar dan bijak," "Anwar bukan pemimpin kampung yang hanya tahu menabur janji, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tahu bagaimana untuk memerintah sebuah negara, beliau tahu formula untuk merealisasikan manifesto Pakatan Rakyat," "Rakyat di Sabah sekarang sudah berkobar-kobar untuk menukar kerajaan, dan kami PPS akan terus menyumbang kepada kekuatan Pakatan yang sedia ada," kata beliau. Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan. Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian. Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan. Sementara itu satu analisis yang dilakukan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 33 dewan Undangan negeri di Sabah berkemungkinan akan dirampas oleh Pakatan Rakyat, nak tahu senarai Dun Tersebut? Akan "tukanglawan" kongsikan nanti. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Gempar, ADUN Lindungi Kuari Haram? Posted: 14 Aug 2012 10:40 PM PDT Benarkah ada Adun yang melindungi Kuari Haram disabah? khabarnya dengan campur tangan Adun ini kuari yang beberapa kali tidak diluluskan lesennya telah akhirnya dapat permit dipercayai dengan pertolongan adun berkenaan. Kuari milik sebuah syarikat pembinaan besar di Lahad datu Sabah itu telah beroperasi lebih 25 tahun, khabarnya kerja-kerja yang dijalankan telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang sangat teruk. Letupan batu juga dilakukan pada lewat malam dengan menggunakan bahan letupan yang kuat, tindakan ini menyebabkan penduduk kampung terganggu. Jika benar ada salahguna kuasa dan rasuah dilakukan oleh Adun yang diperkatakan melalui pendedahan video dibawah, dimanakah SPRM? Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Terdesak.. Lagi usaha Terdesak Posted: 14 Aug 2012 10:07 PM PDT Betul ke najib hantar kad raya pada rakyat?, sudah 3-4 kali terbaca dekat laman facebook beberapa sahabat dapat kad raya yang dikatakan dari najib kepada mereka. Apa motif sebenar najib kirim kad raya pada mereka yang najib sendiri tak kenal.. kah..kah..kah.. adakah ini usaha terdesak mencari sokongan. Sendiri fikirlah, tapi takkan dapat kad raya dari najib boleh menutup kesilapan umno kan... Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kempen Stop114A, Apa yang Menarik Jadi Semalam? Posted: 14 Aug 2012 10:08 PM PDT Semalam blog "tukanglawan" menyokong tuntutan rakyat supaya section 114A dihentikan. tukanglawan meletakkan banner kecil yang apabila di klik akan membawa pembaca ke laman web gerakan Stop 114A, tujuan link itu diberikan supaya ramai pembaca seddar apa keburukan yang dibawa oleh pindaan akta tersebut. Selain itu banyak laman web dan blog lain yang menyokong gerakan henti 114A ini, hampir kesemua laman portal pro Pakatan memaparkan kempen ini. Salah satu portal yang "tukanglawan" sedari menyokong kempen ini ialah malaysiakini, semua paparan berbentuk gambar "dihitam putihkan" semalam, malah pop up hitam yang menyokong kempen ini keluar ketika mula-mula buka laman tersebut. Berikut adalah screenshoot laman portal malaysiakini yang sempat "tukanglawan" ambil sebagai tanda sokongan mereka kepada kempen ini. Logo Malaysiakini Versi Stop 114A Muka depan portal, semua gambar berkaitan dengan artikel di "hitam putih"kan. Gambar didalam artikel juga di "hitam putih" kan Iklan yang dipaparkan juga di "hitam putihkan" Selain itu dibawah adalah senarai laman web , blog dan portal yang menyokong kempen hapus pindaan akta ini. News Sites & Online Magazines: • Amanz.my • Paul Tan Bloggers & Public Figures: • Klubkidd • WriT3RLK • Nat Tan • myAsylum • techknew Commercial & Entrepreneurship: • MOL Online Resources & Community: • mobile88 • jbtalks Civil Societies / NGO / Associations: • Aliran • SEACeM • EMPOWER • KOMAS • UndiMsia Facebook Page: Sementara itu dilaman facebook ribuan lagi pemilik facebook menyatakan bantahan mereka , ramai yang menggunakan logo Stop 114A sebagai profile picture mereka, malah artikel dan gambar membantah pelaksanaan section 114A ini disebarkan. Apakah anda fikir ini isu kecil.. lihatlah apa kata rakyat, masih kah pak menteri mahu berdegil lagi.. ohh ye... najib juga sudah mengaku kalah dengan suara rakyat bukan.... benar najib sedang takut dengan kehendak rakyat... meminta maaf tidak mungkin boleh buat kami lupa.. 114A harus dihapuskan.. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment