"tukanglawan"

"tukanglawan"


Ustaz Azhar Idrus = PAS, UiTM = UMNO -- Pelajar disaman kerana sticker UAI

Posted: 11 Aug 2012 08:46 AM PDT

Dalam penulisan sebelum ini, saya bicara tentang institut Melayu yang memperjuangkan ketuanan Melayu yang ahli akademiknya bergantung pada hagemoni politik Melayu.

Kini lihat kebodohan penguatkuasa dan pentadbir institut melayu.
Buat pertama kali dalam sejarah, perkara yang melibatkan seorang ulama'

UiTM Pahang telah menyaman seorang mahasiswa kerana MENAMPAL STICKER USTAZ AZHAR IDRUS.

Mungkin Polis Bantuan ini anggap UAI itu PAS. Dan UITM itu UMNO.
Jadi, tak ngam la kan.


Ini salah satu kemungkaran yang merekka buat. Sebenarnya banyak lagi yang mereka lakukan. Mereka suka menutup mulut mahasiswa yang tidak sealiran. Selain itu, mereka juga sering membawa pemimpin pemimpin pemerintah dan bebas termasuk raja katak untuk berceramah dan memburuk-burukkan pemimpin yang tidak sealiran dengan pemerintah.

Beginilah keadaan universiti yang menjadi pembela mahasiswa Islam dan Melayu.

Pelbagai kegiatan akan dibongkarkan lagi.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.








Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

DBKL Halau Mahasiswa Beri Takzirah DI Dataran

Posted: 11 Aug 2012 07:05 AM PDT

Nampaknya DBKL ni anti benar dengan adik - adik Mahasiswa kita.
Program iftar dan takzirah mahasiswa yang diadakan di dataran merdeka dihalang lagi oleh DBKL.


Apakah ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan DBKL menghalau pelajar-pelajar yang berkumpul untuk program berkenaan.

Inikah kebebasan yang dicanangkan, inikah erti sebuah kemerdekaan?, pelajar-pelajar ini dihalang berkumpul untuk melakukan perkara baik di sebuah tempat awam bernama dataran "Merdeka".

Memang dataran merdeka bukan lagi untuk generasi mahasiswa yang benar-benar mahu merdekadari waris penjajah.

DBKL boleh mengambil jalan lebih mulia selaind ari menghalau mereka... tidak salah jika beri mereka kerjasama kerana mereka bukan menganjurkan pesta arak atau konsert K-pop dengan penyanyi jepun berskirt pendek.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Live Santai Anak Muda Di Dataran Shah Alam

Posted: 11 Aug 2012 05:39 AM PDT

Mari ikuti siaran langsung santai anak muda bersama selebriti yang diadakan sebentar tadi di Dataran Shah Alam.


Program anjuran kerajaan negeri ini membawakan selebriti-selibriti tanah air yang akan sama-sama kongsikan pengalaman mereka.









Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Nazri Aziz Lupa Sejarah.. Ke Buta Sejarah?

Posted: 11 Aug 2012 05:17 AM PDT

Adoi, menteri sorang ni agaknya lapar sangat berpuasa, sampai mengeluarkan kenyataan yang pelik dan mampu buat orang terpinga-pinga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen dan ahli undangan negeri dari Sabah yang kini menyatakan perubahan sokongan dari BN kepada Pakatan Rakyat menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang "Bapa Katak ", kerana melompat parti dari Umno ke PKR

Bila masa pulak Datuk Seri Anwar lompat parti ni?, setahu "tukanglawan" dan semua orang tahu Anwar Ibrahim dipecat. semuanya angkara Mahathir yang endiri punya masalah peribadi dengan Anwar Ibrahim.

Kalau lah menteri sendiri tak tahu sejarah politik negara, bagaimana dia mahu jadi menteri yang baik...  Nazri Aziz ni memang lupa sejarah ke buta sejarah?




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Minyak kelantan, Beza Royalti Dan Duit Kesian

Posted: 11 Aug 2012 12:11 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kata Ketua pembangkang itu najib nazak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu pemberian royalti itu

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan najib bahawa  
Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak.

"tukanglawan" rasa najib nak bincang-bincang dulu nei taktik nak raih undi je ni
royalti apa yang nak diberi?, sedangkan rakyat terengganu yang ada loji proses minyak besar pun hanya dapat "wang ehsan"  tak pernah dapat "royalti" pun.

Hanya orang bodoh dan bangang saja tak tahu beza "royalti" dan  wang ehsan, ....

Beza Royalti dan wang ehsan senang, ,,, royalti ialah imbuhan yang kena bagi sebab orang tu berhak.. contoh komposer lagu baru tadikan yang bertajuk "janji dicapati" tu... dia harus dapat royalti... sama jugak seperti negeri ada minyak.. itu hak dia.. kekayaan negeri dia yang orang lain tumpang ambik dan buat duit.

Amande pulak "wang ehsan pulak..yang terengganu tu dapat?.. kira camni la... aku kaya.. aku ada duit.. tapi ko ni lekeh sangat, kesian dekat kau.. nah ambik duit ni duduk diam-diam..< hah.. paham tak maksud dalam dia nei

Jelas sekali mereka pandai berjanji, tapi umno la yang memungkiri... dasar "janji dicapati" tipu melayu kayakan kroni.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Temu Bual Bersama Lajim Ukin ( Bahagian 1)

Posted: 10 Aug 2012 11:06 PM PDT

Gelombang kebangkitan rakyat Sabah tidak lagi dapat ditahan-tahan, apatah lagi dengan wujud gerakan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang kedua-duanya menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, penggerak APS, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengisytihar keluar BN keluar manakala peneraju PPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno. Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit menemu bual mereka secara berasingan bagi menyelongkar isi hati mereka.


Temu bual Lajim Ukin:

Apakah agenda sebenar Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)?

Oleh kerana masa ini kita tidak ada parti berdaftar maka kita tubuhkan PPS. Dengan tujuan kita berjuang bersama-sama pembangkang sama ada dari Semenanjung atau Sabah. Kita sama-sama pertahankan hak-hak orang Sabah

Pakatan sedemikian akan mendokong perjuangan KEADILAN, PAS, DAP atau parti-parti pembangkang di Sabah. Kita memikir untuk mendaftar parti baru tetapi sudah banyak parti-parti yang didaftarkan. Difahamkan Sabah ada lebih 10 parti yang mengemukakan pendaftaran tetapi belum lulus.

Jika parti-parti tersebut lulus, kita akan menimbangkan parti mana pilihan kita dan kita akan terajui bersama.


Bagaimanakah senario sebenar gelombang kebangkitan rakyat di Sabah?

Sambutan rakyat Sabah cukup memberangsangkan. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan di peringkat akar umbi bahawa rakyat pelbagai kaum inginkan perubahan. Terutamanya perubahan status kerajaan

Mereka ingin sebuah kerajaan baru ditubuhkan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan dapat bertindak ke atas isu-isu yang amat menakutkan rakyat Sabah


Isu apakah yang menghantui rakyat hingga mahu menukar kerajaan sedia ada?

Isu utama adalah pendatang tanpa izin yang berleluasa. Tidak ada tindakan konkrit oleh kerajaan pusat. Ini kuasa kerajaan pusat. Oleh itu, kita harap kerajaan pusat berubah (dalam PRU). Dengan kerjasama kerajaan pusat baru, satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk untuk menyiasat kehadiran pendatang tanpa izin, termasuk pengeluaran kad pengenalan palsu atau diragui.

Kedua masalah pembangunan. Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung. Kita akan suarakan masalah ini sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan kerajaan pusat (yang baru) ambil perhatian serius mengenai masalah itu. Begitu juga segi agihan peruntukan prasarana luar bandar, pendidikan, kesihatan dan lain-lain yang masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung. Kita tidak cemburu. Tetapi kita telah puluhan tahun merdeka bersama-sama persekutuan, jadi tidak boleh ditinggalkan.


Bagaimana perubahan kerajaan boleh berlaku ketika terlalu ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan dan boleh mengundi?

Seluruh rakyat asal Sabah yang menjadi pengundi 800,000 orang. Jika semua turun mengundi, walaupun ada pertambahan (pengundi hantu) tetap tidak mengatasi pengundi asal Sabah. Orang asal Sabah perlu turun mengundi sehingga 80 peratus.


Mengapakah PPS dan APS tidak bergabung?

Itu satu identiti, PPS diketuai Bumiputera beragama Islam (manakala) APS untuk Bumiputera bukan Islam. Kita buat supaya ada persefahaman dan hala tuju masing-masing yang bermatlamat bekerjasama dengan Pakatan.


Rakyat Sabah tertanya-tanya mengapa apabila hampir PRU, baru kerajaan Persekutuan umum siasat IC palsu?

Itulah yang mengecewakan rakyat Sabah. Di saat-saat akhir baru ada penubuhan Suruhanjaya DiRaja, pengumuman air dan sebagainya. Kenapa sekarang? Bukan 10 atau 20 tahun lepas. Kita merdeka sudah lebih 50 tahun. Sabah dan Sarawak sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963.


Ada pihak mempertikai mengapa sebelum ini tidak bawa masalah Sabah di Parlimen?

Di pihak kerajaan saya tidak boleh menyuarakannya (di Parlimen) sebab saya Timbalan Menteri, sebahagian kabinet persekutuan. Tetapi dalam majlis tertentu, dalam MT Umno atau dalam perhimpunan tertentu saya suarakan.

Bila saya lantang, maka saya dianggap penentang kerajaan. Pada saya, apa yang disuarakan itu sesuatu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka ada kemampuan. Misalnya ketiadaan bekalan air, elektrik sering terputus, jalan raya belum sempurna dan lain-lain.


Maknanya semua saluran menyuarakan masalah dari dalam kerajaan sudah tertutup?

(Mungkin) ada tapi nampaknya agak perlahan. Terdapat anggapan Sabah deposit tetap dan sokongan tidak akan berubah (walaupun masalah tidak selesai) tetapi pada kita kalau simpan fix deposit di bank dan kadar faedah turun, maka kita kena tukar ke bank yang lain. Begitulah jika Sabah dianggap simpanan tetap.

Kalau dianggap penyumbang kekuatan BN di peringkat persekutuan, maka seharusnya kita diberi perhatian yang lebih menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi rakyat.


Bagaimana rakyat yakin kepada PPS sebab sejarah Sabah mengalami banyak pertukaran kerajaan?

Rakyat sudah buat keputusan lebih awal. Contohnya di kawasan saya ada ketua cawangan, malah yang masih pegang jawatan dalam kerajaan sudah lebih awal sertai KEADILAN. Ada yang bayar RM200 ahli seumur hidup. Maknanya rakyat peringkat akar umbi sudah tahu menilai apa sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan Sabah dan generasi akan datang


Harapan jika Pakatan memerintah Sabah dan Persekutuan?

Dalam buku 'Hala tuju Aspirasi Rakyat Sabah' jelas ada tuntutan yang dikemukakan rakyat. Itu kita akan kemukakan kepada kerajaan (pusat) baru, supaya bukan sahaja mereka teliti, tetapi mereka ambil tindakan dalam tempoh yang sepatutnya. Kita yakin kerajaan pusat lebih banyak kuasa daripada kerajaan negeri (realisasi tuntutan). Kerajaan harus prihatin akan kehendak rakyat Sabah


Perubahan di peringkat negeri banyak berlaku tetapi di peringkat pusat tidak pernah. Sejauh mana ia realistik?

Banyak negara yang merdeka hampir sama dengan Malaysia telah berubah. Di Indonesia, Golkar jatuh, di India Parti Kongres jatuh, parti LDP Jepun pun jatuh. Di Singapura dalam PRU yang lepas agak membimbangkan. Tidak hairan di negara kita rakyat sudah matang, terutama di kalangan generasi muda, mereka ingin membentuk kerajaan yang betul-betul menjiwai rakyat

Perlu satu dasar konkrit melibatkan generasi muda, wanita dan seluruh rakyat . Kita akui Malaysia pelbagai kaum; ada Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Di Sabah ada lebih 31 suku kaum. Aspirasi mereka perlu diambil kira.


Mungkihkah lebih ramai ahli politik Sabah akan sertai PPS?

Banyak yang akan sertai kita termasuk yang masih pegang jawatan. Tetapi mereka maklumkan kepada saya supaya lancar PPS dulu kemudian satu demi satu akan sertai kita. Termasuk bekas-bekas wakil rakyat dan pemimpin di peringkat negeri, kawasan juga pesara kerajaan yang sedia membantu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib, Ada MP Umno Pahang Nak Keluar Umno

Posted: 10 Aug 2012 10:24 PM PDT

"tukanglawan" dapat satu informasi dari seorang sahabat yang merupakan anak saudara kepada seorang pemimpin besar umno di pahang, informasi ini cukup panas, sama panas dengan hati najib bila pemimpin BN Sabah meninggalkan tongkang yang dikemudi oleh umno tu.

Cakap-cakap sahabat itu menyatakan beberapa orang "Ahli Parlimen dan Adun" dari negeri "kuat umno" itu akan meninggalkan umno, mereka berbuat begitu kerana dikatakan sudah hilang keyakinan kepada umno dalam pelbagai isu yang dirasakan berat sebelah.

Mereka yang dijangka akan meninggalkan umno itu telah dilaporkan menemui beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyatakan hasrat mereka.

Sahabat itu yang merupakan seorang pembantu kepada pakciknya yang merupakan Ahli Parlimen itu menyatakan masih belum ditetapkan bila mereka akan mengumumkan akan keluar dari umno tetapi dijangka ianya akan dibuat sebaik pembubaran parlimen.

Jumlah dan identiti ahli parlimen dan adun yang akan meninggalkan umno itu juga tidak diberitahu..

Difahamkan tindakan nekad Ahli Parlimen Sabah yang bertindak menyatakan tidak lagi menyokong BN itu mencetus keputusan Ahli umno dari Pahang ini untuk meninggalkan Umno.

Jika informasi yang disampaikan ini benar, najib dan "orang besar" umno sudah menghadapi masalah paling kritikal...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Semakin gelabah, Vateran Tukar Parti

Posted: 10 Aug 2012 09:53 PM PDT

Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri (TPM) Malaysia Tun Ghafar Baba, akan menyertai PAS pada malam ini di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar,

Beliau yang sebelum ini merupakan Ahli umno memeningkan kepala najib dan sekutu apabila berada di pentas Pakatan rakyat.

Beliau yang sebelum ini dalam satu program berbuka puasa berseloroh apabila ditanyakan bila akan menyertai PAS

"Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.

"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

Nampaknya selepas ini anak bekas TPM yang juga pernah disingkirkan oleh diktaktor tua itu akan rasmi menjadi ahli PAS selepas majlis menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden parti tesebut.yang akan diadakan malam ini


Hai, selepas pemimpin Sabah keluar umno, Veteran umno pulak tinggalkan umno, mungkin hanya orang-orang yang masih berjuang dengan guna keris kekal dalam umno yang semakin karam tu..



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment