"tukanglawan"

"tukanglawan"


Umno Memang Sudah Melampau, Budak Sekolah Diperalat

Posted: 01 Aug 2012 08:06 AM PDT

Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah.

Buku kartun bertajuk "Dari PM Untuk Rakyat" terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan "Transformasi Najib" tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu.

Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya.

"Anak saya beritahu rakannya itu membawa banyak buku mengenai Najib yang diberi kepada rakan-rakan di dalam kelas.

"Pada awalnya anak saya tidak mahu ambil kerana takut dimarahi saya dan ibunya. Namun dia ambil juga dan terus memberi kepada saya setelah sampai di rumah," katanya di sini.

Menurutnya buku Dari PM Untuk Rakyat 20 halaman menceritakan dalam bentuk lakaran kartun mengenai program-program yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah Najib.

Antaranya BRIM, bantuan persekolahan, rumah pertama, Saham Amanah 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat dan pelbagai lagi.

Manakala buku Transformasi Najib mengisahkan kehidupan Perdana Menteri sejak dari kecil sehingga kedudukan sekarang.

Persoalannya kata beliau mengapa budak sekolah rendah diperalatkan bagi mengedarkan buku-buku kartun mengenai Najib.

"Kalau hendak dikatakan buku itu diedar tanpa pengetahuan bapanya, mengapa pula kuantitinya banyak, seolah-olah seperti disengajakan.

"Mungkin pihak sekolah dan guru tidak sedar perkara itu. Namun sekolah terbabit sedia dimaklumi sering dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.

"Kalau buku mengenai pemimpin kerajaan negeri diedar di sekolah mungkin telah lama disekat. Namun pengedaran buku berkaitan Umno hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak sekolah," ujarnya.

Umno makin melampau, buku kartus "politik" ini disebar disekolah rendah, padahal pelajar berusia 21 tahu yang layak mengundi dihalang berpolitik' umno ini elok dihumban selama-lamanya, busuk dan kotor.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rafizi Kini Hero Rakyat, Umno Tumbang Kerana Anak Muda Ini

Posted: 01 Aug 2012 06:30 AM PDT

Penahanan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) ( Sebut mafia ) pagi ini menggambarkan politik dendam kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, motif penangkapan Rafizi jelas berunsur politik bertujuan mendiamkan beliau daripada terus mendedahkan dokumen melibatkan pimpinan Umno BN.

"Sejak pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) tahun lalu, beliau mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan gunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

"Saya yakin penangkapan ini adalah berkaitan dengan skandal NFC dan juga George Kent yang baru diberi kontrak (LRT Ampang) jutaan ringgit," kata Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan.

Mengecam penangkapan itu sekeras-kerasnya, Anwar juga menyatakan sokongan penuh kepada Rafizi dan berharap beliau dapat melalui dugaan dan sentiasa yakin keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

"Ini hanyalah satu cara mereka untuk menakutkan rakyat yang ingin mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang melibatkan Umno BN," kata beliau.

Azmin Ali yang sependapat dengan Anwar menyifatkan penangkapan itu bertujuan untuk menutup pembongkaran penyelewangan dan salah guna kuasa pimpinan kerajaan daripada pengetahuan rakyat.

Beliau berkata, penangkapan itu membuktikan Perdana Menteri sangat terdesak berhubung skandal NFC yang membelenggu Umno BN.

"KEADILAN percaya Umno BN sedang mengguna pelbagai cara untuk menutup pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

"Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara," katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menyeru rakyat bangkit menyokong Rafizi serta mendesak mahkamah membicarakannya dengan adil.

"Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan demi rakyat," kata Azmin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar turut mengutuk tindakan polis mengancam untuk memecahkan pintu rumah Rafizi ketika serbuan polis pagi tadi.

"Kita perlu selamatkan beliau. Jangan berputus asa kerana Malaysia miliki rekod teruk dalam menangani pejuang," katanya yang turut berada di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dalam facebook beliau mengatakan, suara kebenaran anak muda dan cerdik pandai serta jujur dan berani yang ditekan pemerintah adalah tanda perubahan besar yang hampir tiba.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempersoal tindakan polis dan Bank Negara Malaysia di awal pagi lagi menyerbu rumah Rafizi, seolah-olah beliau adalah penjenayah besar.

"Ini menunjukkan sistem keadilan Malaysia masih sama," kata Shamsul dalam twitternya.

Presiden Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, penangkapan oleh pentadbiran Perdana Menteri itu membawa pentafsiran positif bahawa nyawa BN akan berakhir tidak lama lagi.

"Cukuplah penindasan, penghinaan dan rompakan yang mereka (Umno BN) lakukan bukan sahaja ke atas harta tetapi hak dan maruah rakyat Malaysia.

"Janji bahawa BN menzalimi rakyat sudah ditepati, kini masa untuk membalas dengan menumbangkan mereka pada PRU 13 akan datang," katanya.

Srikandi juga mempersoal ketelusan sistem perundangan negara kerana bertindak 'double standard' dalam kes yang melibatkan pimpinan Pembangkang.

"Dalam kes ini sepatutnya yang menjadi tumpuan ialah penyelewengan dan rasuah oleh pimpinan Umno, bukan individu yang cuba untuk menyelamatkan hak rakyat," kata Ketuanya, Siti Aishah Shaik Ismail.

Katanya, dengan pendakwaan ini jelas menunjukkan kerajaan Umno semakin terdesak dan tertekan dengan segala bentuk penyelewengan yang dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat.

"Srikandi mengajak seluruh anak muda Malaysia untuk bangkit dan berani menyatakan kebenaran walaupun ditekan oleh pemerintah yang zalim," katanya.

Pendakwaan Rafizi turut mendapat reaksi di kalangan pimpinan DAP dan PAS.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri.

"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai 'membalas dendam' terhadap si pembocor maklumat.

Pemuda PAS pula beranggapan, penahanan bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara bebas daripada rasuah.

"Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan tindakan beliau yang membocorkan maklumat," kata Naib Ketua Dewan itu, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Raja Ahmad malah berkata, langkah Rafizi itu wajar dipuji kerana bertujuan memastikan negara bebas daripada 'penyangak rasuah'.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

(Part 1) Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012?

Posted: 01 Aug 2012 03:40 AM PDT

Peperangan yang menaikkan nama mustafa kamal Artartuk sehingga diangkat menjadi ketua negara kata orang satu konspirasi, tentera Greace yang menentang tentera Turki ketika itu memang sudah di jadikan "lauk" untuk mengangkat mustafa kamal artartuk. waris seorang yahudi Dunamah.

Kemudian bila berlangsung perang dingin Amerika dan Russia,konsirasi telah direka-reka untuk menggambarkan bahawa Ameria itu moden, dan berkuasa, cerita karut manusia naik ke bulan telah di ada-adakan.

2001, lebih 10 tahun lepas, 2 buah pesawat terbang rempuh world trade centre di amerika, ramai yang kata itu sudah dirancang awal bagi menghalalkan  peperangan terhadap negara islam ,menghalalkan juga pembunuhan pemimpin negara islam.

Kini 2012, benarkah akan berlaku sekali lagi tragedi yang dirancang?, khabarnya lebih besar dan lebih hebat.

Benarkah acara sukan olimpik di  kota london akan bertukar menjadi tapak  pembunuhan beramai - ramai? perkara ini bukan baru, ianya sudah terdedah lama dulu.


Lihat video dibawah.



Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan rancangan pembunuhan beramai-ramai ini, dari masa ke semasa secara bersiri sepanjang minggu ini... Kita harap ini hanya sekadar sebuah teori, kerana kita tak mahu ada tragedi besar seperti ini.

Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam.

Bahagian ke 2, Pendedahan yang membawa maut. tunggu...


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Saham George Kent , Rafizi Ramli dan Saham Felda

Posted: 01 Aug 2012 12:41 AM PDT

Saham George Kent (Malaysia) Bhd meningkat sebanyak 14.56 peratus selepas firma kejuruteraan dan mekaninal itu memenangi kontrak sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) semalam, lapor Reuters.

Syarikat Prasarana Negara Bhd semalam secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Walaubagaimana pun, Rafizi Ramli yang ditangkap pagi tadi sebelum ini mendedahkan kepincangan dalam pemberian tander tersebut, beliau dalam satu ceramah sebelum ini menyatakan ada campur tangan peringkat tinggi dalam pemberian tander tersebut kepada syarikat pembuat meter air tersebut. penangkapan beliau mungkin ada kaitan dengan pendedahan isu yang dibawanya ini (Sila tonton video disini)

Sementara itu, Saham Felda sehingga jam 3 petang tadi telah turun lagi keparas 5.11 mata,  kemerosotan berterusan dari pertengahan bulan lepas tiada tanda akan pulih, walaubagaimana pun ianya dojangka akan meningkat sedikit sebelum raya dan merdeka ini bagi mengambil hati peneroka dan pencacai umno, saham ini dijangka akan terus terbenam selepas PRU13 dimana peningkatan mendadak akan terjadi dalam tempoh 1 minggu sebelum PRU nanti.


Ok , tak payah ulas panjang, timbang Umno apco dah makin rosak sekarang, sekarang zaman digital, maka timbang lama harus dibuang terus kerana sukatan tak pernah betul... faham kan?.. kalau tak faham... macam ni.

Umno dah tak boleh pakai. PRU 13 kita kasi bungkus.. ok.. ada faham?

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penahanan Rafizi petanda ketakutan regim BN - AIC Malaysia

Posted: 31 Jul 2012 11:41 PM PDT


Kelab Anwar Ibrahim percaya penahanan Pengarah Strategi PKR, Sdr Rafizi Ramli dibawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) adalah satu pentafsiran positif bahawa nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Rafizi yang didakwa pagi tadi di Mahkamah Seksyen Shah Alam sebelum diikat jamin RM 15 ribu, didapati mendedahkan maklumat tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail, yang dipercayai terlibat dalam salahguna pinjaman mudah kerajaan dalam projek penternakan lembu fidlot tersebut.

AIC yakin anak-anak muda tidak akan goyah malah akan terus berani untuk menyatakan kebenaran dan bersolidariti atas keberanian Rafizi Ramli yang begitu konsisten untuk membongkar salahguna kuasa dan pecah amanah yang selama ini menjadi barah dalam negara kita.
AIC melihat tindakan Barisan Nasional untuk menekan Rafizi Ramli ini persis kisah "Singapura Dilanggar Todak" apabila penguasa zalim dan sombong terpaksa akhirnya membunuh anak muda cerdik bernama Hang Nadim kerana kebijaksanaan anak muda itu membuka mata bahawa penguasa adalah lemah dan tidak berupaya mentadbir.

Rafizi sejak lebih setahun lalu telah menjadi duri dalam daging terhadap pentadbiran Najib Razak sehingga terpaksa tidak menyambung tugas Shahrizat Jalil sebagai Senator dan Menteri akibat skandal lembu tersebut.

Justeru, AIC menyatakan sokongan padu terhadap usaha gigih Rafizi Ramli, dan berterima kasih kerana usaha beliau itu telah membuka mata banyak pihak untuk menyedari bahawa Barisan Nasional sudah tidak lagi diperlukan buat masa depan Malaysia.

Cukuplah penindasan, penghinaan dan rompakan yang telah mereka lakukan bukan sahaja ke atas harta tetapi hak dan maruah rakyat Malaysia.

Janji bahawa Barisan Nasional akan menzalimi rakyat telah ditepati, kini masa untuk membalas dengan menumbangkan mereka pada PRU 13 akan datang.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden AIC MALAYSIA


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment