Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Mengejutkan, "Blogger UMNO" Dedahkan Ahli Parlimen Kuantan Mendakwa Anwar "Gay" !

Posted: 05 Aug 2012 05:57 PM PDT

KUANTAN, 6 Ogos - Orang ramai disekitar bandar ini terkejut dan menghubungi PDO bertalu-talu untuk bertanyakan kebenaran pendedahan yang dibuat oleh Blogger Braveheart di dalam blognya bahawa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) bersetuju mengatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang "Gay". Braveheart dalam blognya mendedahkan perkara itu dalam posting terbarunya hari ini. Kami tidak dapat mengesahkan maklumat berkenaan namun rasanya isu blog Fuziah ini adalah kes lama dan beliau sudah tidak menggunakan blog berkenaan sebenarnya. Difahamkan blog tersebut telah diserang "hackers" dan wakil rakyat terbabit pernah mendapatkan kerjasama daripada berbagai pihak untuk membuang gambar berkenaan namun ia gagal dibuat agaknya. Apapun, pendedahan yang dibuat oleh blogger tersebut memang amat mengejutkan dan pasti akan memanaskan kerusi ahli parlimen PKR itu sebenarnya. Apapunm hanya rakyat Kuantan yang boleh menilai kebenaran laporan itu. Jika benar dakwaan tersebut maka ia sesuatu yang memalukan dan jika tidak benar maka ia adalah sesuatu yang memualkan.


Sila klik pada imej di atas untuk membaca laporan penuh dari blog berkenaan

[Apa yang didedahkan oleh blogger terbabit mungkin serangan terbaru yang bakal dilancarkan oleh UMNO BN terhadap Fuziah Salleh sebenarnya. Malah, wakil rakyat itu kini tidak boleh terlalu selesa untuk menang di Parlimen Kuantan kerana BN difahamkan akan meletakkan calon yang hebat dan berwibawa untuk menentang Fuziah kali ini. Jika tersilap hari bulan Fuziah bakal tumbang kerana kealpaannya. Serangan yang berlaku ini membuktikan BN semakin serius untuk merampas semula kerusia parlimen Kuantan dari tangan Fuziah. Persaingan sengit kini tidak lagi berlaku antara Fuziah dengan MCA, tetapi kemungkinan besar beliau akan berhadapan dengan calon BN dari UMNO pada kali ini. Justeru, PKR tidak wajar memperlekehkan UMNO kerana mereka juga punyai strategi tersendiri untuk menang kali ini. Tambahan pula, Pakatan Rakyat tewas dikesemua kerusi DUN dalam parlimen Kuantan walau pun Fuziah menang disitu pada PRU-12 lalu. Maka itu beliau tidak perlu terlalu yakin kali ini].


Panas: Projek "Menara Jam" Terbengkalai, Majlis Perbandaran Kuantan Wajar Bertanggungjawab!

Posted: 05 Aug 2012 05:20 PM PDT

KUANTAN, 6 Ogos - Apa sudah jadi dengan projek "Menara Jam" di padang MPK berhadapan dengan Komplek Teruntum dekat sini?. Projek yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu kini menjadi satu lagi projek "gajah putih" di bandar ini. Lebih memalukan lokasinya benar-benar di jalan masuk utama orang ramai ke sini melalui Jalan Tanah Putih dan Jalan Gambang. Tidak difahami apakah status projek tersebut, namun apa yang jelas ia memang sudah terbengkalai berdasarkan kepada situasi di tapak. Tiada lagi kerja-kerja pembinaan dan sebagainya dilakukan oleh kontraktor yang berkenaan. Soalnya, kenapa projek memalukan ini gagal disiapkan. Difahamkan, tender dikeluarkan supaya kontraktor membina dan menyiapkan projek tersebut sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) baru-baru ini. Namun, entah apa masalahnya projek tersebut gagal disiapkan mengikut jadual. Anehnya, pada papan tanda projek itu jelas tidak dinyatakan "tarikh mula dan tarikh siap" projek berkenaan. Ini memusykilkan orang ramai yang lalu lalang disitu, kerana ia jelas bercanggah dengan kelulusan sesuatu projek sebenarnya. Malah, tidak dinyatakan juga lesen kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada papan tanda itu mengikut kebiasaannya. Berdasarkan tajuk yang tertera projek berkenaan ialah "Cadangan Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Menara Jam Serta Kerja Berkaitan Di Jalan Tanah Putih Kuantan" dan tender telah diberikan kepada syarikat Core Highland Enterprise (CA0113529X) yang beralamat di Lot 2324, Kampung Bukit Kor, Batu Balai Jerantut. Soalnya, kenapa projek berkenaan diberikan kepada kontraktor luar Kuantan sedangkan ramai lagi kontraktor tempatan yang berwibawa boleh melaksanakan projek tersebut sebenarnya. Inilah persoalan besar yang bermain difikiran orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu. MPK selaku pelaksana tidak wajar membiarkan projek ini tersadai begitu sahaja, sedangkan wang rakyat pasti sudah mengalir ke kantung kontraktor berkenaan. Kenapa membiarkan ia terbengkalai, sedangkan jelas telah mencacatkan pemandangan laluan pintu masuk ke bandar ini sebenarnya.


Bukti, pasir serta kerja-kerja berkenaan telah pun dihentikan oleh kontraktor

Papan tanda, tiada lagi kerja berkaitan dilakukan terhadap projek berkenaan

Lokasi projek menara jam berkenaan dari arah Jalan Besar berhadapan Shell

Papan tanda berlogo MPK dirobohkan selepas artikel terdahlu disiarkan PDO

[Sebelum ini dalam sebuah blog (WZWH), Yang DiPertua MPK Dato' Zulkifli Yaakob dengan beraninya mempertahankan projek berkenaan. Katanya "Soal Menara Jam Besar depan Kompleks Teruntum itu adalah projek MPK yang tiada kena dengan SUKMA. Memang Projek Menara Jam Besar itu sedang dalam pembinaan". Persoalannya, jika benarlah projek ini sedang dalam pembinaan kenapa perli MPK merobohkan papantanda projek tersebut selepas artikel pertama disiarkan oleh PDO sebelum ini. Malah kini lebih sebulan tiada kerja lagi dijalankan. Ia jelas sekali bagi menutup kelemahan dan kononnya tiada kaitan dengan SUKMA, walhal umum mengetahui banyak projek pasang siap yang dibuat untuk persiapan sukan itu baru-baru ini. PDO akan cuba menyiasat status projek berkenaan bagi mendapatkan kepastian yang lebih lanjut tentang isu ini. Malah, agak memalukan kerana bandar Kuantan satu-satunya bandar dan ibu negeri yang masih tidak mempunyai menara jam di negara ini. Ia sungguh aneh dan seolah-olah MPK langsung tidak mempunyai idea ke arah itu sedangkan dalam masa yang sama berbangga pihak terbait merupakan Majlis Tempatan kedua terbaik di Malaysia dibelakang Dewan Bandaran Kuala Lumpur (DBKL). PDO akan mendedahkan lebih banyak lagi kelemahan sistem pentadbiran dan perkhidmatan MPK agar pihak berkenaan lebih berhati-hati dan profesiaonal selepas ini. Jangan hanya sibuk menyaman kenderaan, sebaliknya banyak perkhidmatan perbandaran gagal disediakan dan dilaksanakan dengan baik sebenarnya].


Syabas: Walau Pun Beliau Tewas Kepada Lin Dan, Chong Wei Tetap Membanggakan Rakyat Malaysia

Posted: 05 Aug 2012 04:17 PM PDT

Hasrat kontinjen Malaysia untuk memperolehi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik hancur apabila Datuk Lee Chong Wei (foto) tewas kepada musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan pungutan mata 21-15, 10-21 dan 19-21. Dengan kekalahan itu bermakna Chong Wei memungut pingat peraknya yang kedua selepas tewas kepada pemain yang sama dalam perlawanan akhir di temasya Beijing empat tahun lalu. Walau pun Chong Wei tewas, namun ramai yang berpendapat permainan beliau malam tadi antara yang terbaik pernah mereka saksikan. Beliau yang kelihatan berpeluang untuk merangkul emas kali ini, bermula dengan baik pada set yang pertama apabila menang ke atas Lin Dan dengan 21-15. Malah, pada satu masa ramai yang melihat Lin Dan seolah-olah hilang punca dan begitu mudah untuk dijinakkan. Pada set kedua, nampak Chong Wei kian yakin apabila tidak memberi peluang untuk Lin Dan mendahului. Namun pada angka 7 dan 8, beliau pula seolah-olah mati akal apabila banyak hantaran yang dibuatnya keluar gelanggang. Ini menyebabkan Lin Dan agak selesa mengutip mata demi mata. Malah, pada satu ketika Lin Dan berjaya menjarakkan diri sehingga 16-8. Beliau akhirnya menang set tersbeut dengan 21-10. Pada set penentuan, keyakinan nampaknya berpihak kepada Chong Wei apabila permainan beliau dilihat benar-benar menjadi. Segala hantaran dan smash Lin Dan baik ke belakang dan permainan jaring berjaya dibaca oleh Chong Wei. Ini menyebabkan Lin Dan gagal menjarakkan mata terlalu jauh dari Chong Wei dan pernah satu ketika pemain Malaysia itu mendahului dengan selesa hingga 3 mata. Tiba ke angka 18, Chong Wei yang sudah semakin menghampiri gelaran juara seolah terkena badi apabila Lin Dan menyamakan kedudukan 18-18 dan kemudian mendahului 19-18 dan ke angka "game point" 20-18. Chong Wei berjaya menambah satu mata lagi untuk menyamakan kedudukan. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila hantara ke belakangnya keluar gelanggang dan memberi kemenangan kepada Lin Dan sama seperti di Olimpik Beijing 2008 dulu.

[Ramai peminat dan rakyat Malaysia yang pastinya tergamak dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan malam tadi. Mereka yakin beliau akan menang kerana melihatkan kepada aksi dan teknik permainannya yang semakin matang dan dapat menyaingin Lin Dan terutamanya pada set penentuan. Namun, apakah daya semangat yang tinggi masih gagal untuk membenamkan keegoan jagoan dari tembok besar China itu. Akhirnya kontinjen Malaysia terpaksa berputih mata kerana gagal membawa pulang sebarang pingat emas pada temasya sukan Olimpik London 2012 ini. Malah ramai yang berpendapat andainya acara Squasy dimasukkan, maka sudah pasti harapan Malaysia juga boleh disandarkan kepada Nicol David juga anak kelahiran Pulau Pinang. Ini kerana hanya mereka berdua sahaja yang kini memiliki tahap permainan sukan bertaraf dunia di negara kita. Apapun, kini nasi sudah menjadi bubur dan masanya sudah terlambat. Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi untuk mencuba. Soalnya apakah Lee Chong Wei masih lagi dijadikan sandaran?].


No comments:

Post a Comment