Pahang Daily Online |
- JAIP Beri 'Amaran Keras' Agar Hari Kemerdekaan Tidak Di Cemari Dengan Sebarang Aktiviti Maksiat
- Polis Benarkan Himpunan Janji Bersih Syaratnya Penganjur Perlu Jamin Keselamatan Orang Ramai
- Panas: PRU-13, Benarkah Lee Chean Chung Calon Popular Ganti Azan Di Parlimen Indera Mahkota !
- PRU-13: "Generasi Muda" Pilih Calon Yang Bersih, Berintegriti Serta "Ikhlas Bekerja" Untuk Rakyat !!
- Fuziah Berjaya "Memegang" Pengundinya Untuk Sukarkan Laluan BN Rampas Parlimen Kuantan!
- Panas: Wanita UMNO Pahang Bersedia Merampas Semula Parlimen Kuantan Pada PRU-13 Ini Nanti!
JAIP Beri 'Amaran Keras' Agar Hari Kemerdekaan Tidak Di Cemari Dengan Sebarang Aktiviti Maksiat Posted: 27 Aug 2012 03:15 AM PDT KUANTAN, 27 Ogos - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama. JAIP juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) berkata, ada golongan tertentu dan remaja yang mengambil kesempatan menggunakan istilah kemerdekaan sebagai tiket kebebasan dengan sambutan tidak sepatutnya termasuk melakukan maksiat. Beliau tidak menafikan masih ada remaja yang cetek pendidikan agama dan pemikiran sehingga melakukan perkara mencacatkan sambutan sebenar kemerdekaan negara. "Tindakan tegas akan dikenakan terhadap golongan yang tersasar meraikan kemerdekaan dengan cara melampaui batas dan kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka," katanya semalam. Bagaimanapun katanya, bukan semua golongan muda bersikap tidak bertamadun tetapi setiap tahun ada yang berani mencemarkan sambutan kemerdekaan dengan berpelesiran dan menghabiskan masa dengan tidak berfaedah. "JAIP tidak akan berdiam diri dengan perkara itu malah akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk melancarkan operasi bagi membanteras maksiat," katanya. Justeru, katanya, bagi yang mempunyai niat tidak senonoh, amaran awal diberikan kerana selepas ditangkap mereka tidak akan terlepas dari hukuman yang dikenakan. Mohd Ghazali berkata, setiap tahun memang Jaip mengeluarkan amaran tetapi bukan bertujuan menyalahkan pihak tertentu sebaliknya mahu mendidik masyarakat supaya menolak gejala tidak sihat. "Operasi memang akan dijalankan menjelang sambutan kemerdekaan termasuk di sekitar hotel-hotel murah di seluruh daerah dan lokasi paling panas ialah di Kuantan. "Tiada tolak ansur kepada golongan yang menyambut kemerdekaan bercanggah dengan agama dan erti kemerdekaan. "Inisiatif kerajaan menganjurkan tahlil adalah langkah terbaik ketika sambutan kemerdekaan kerana ia mampu memberi penghayatan sebenar tentang kemerdekaan" katanya. sinarpahang Bandar Kuantan pasti jadi tumpuan muda mudi Hari Kemerdekaan ini [Memang benar, setiap kali Hari Kemerdekaan muda mudi akan berpeleseran dan menjadikan hotel-hotel murahan sekitar bandar Kuantans ebagai tempat untuk melempiaskan hawa nafsu masing-masing. Maka itu, sudah tiba masanya untuk pihak JAIP melakukan operasi dengan lebih hebat lagi bagi membendung masalah ini hendaknya. Malah, pihak kerajaan terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga harus membatalkan sebarang aktiviti hiburan yang berunsur maksiat kerana ia dikhuatiri akan mengundang gejala itu berleluasa sebenarnya. Semua pihak harus memainkan peranan penting untuk memartabatkan agama Islam itu sendiri. Jika hanya mengharapkan JAIP, maka sudah pasti perkara ini amat sukar untuk dilaksanakan. Tambahan pula JAIP dipercayai tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalankan operasi secara berterusan. Justeru, orang ramai tidak wajar meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada JAIP andai ada masalah sebegini berlaku]. |
Polis Benarkan Himpunan Janji Bersih Syaratnya Penganjur Perlu Jamin Keselamatan Orang Ramai Posted: 27 Aug 2012 02:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Perhimpunan Gabungan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis ini telah mendapat kelulusan polis tetapi dengan syarat pihak penganjur perlu menjamin keselamatan orang ramai. Ahli jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah (foto) berkata, pihak polis telah memanggil beliau bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan itu. Menurutnya, penjelasan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2.00 petang tadi. Pun begitu penganjur perlu mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu. "Kita membincang dan memberi keterangan kepada pihak polis apa yang akan dilakukan nanti."Pihak polis tiada halangan namun kami perlu bagi jaminan keselamatan supaya tiada sebarang perkara buruk yang boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya. |
Panas: PRU-13, Benarkah Lee Chean Chung Calon Popular Ganti Azan Di Parlimen Indera Mahkota ! Posted: 27 Aug 2012 03:17 AM PDT Pilihanraya Umum Ke-13 yang hampir menjelang tiba kini seolah-olah menjadi gelanggang untuk muka baru dan muka lama bertempur sesama sendiri dalam parti-parti yang bertanding. Baik Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Barisan Nasional (BN), senarionya kini dilihat hampir sama. Kesilapan pucuk pimpinan tertinggi parti memilih calon, pasti akan menyebabkan undi protes berlaku yang memungkinkan kemenangan mudah kepada lawan masing-masing sebenarnya. Kerusi panas yang menjadi perhatian rakyat Kuantan sekarang ialah di Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota. Kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU-12 yang lalu. Walau pun menang, PKR tidak harus mendabik dada kononnya mereka terlalu kuat disitu, ini kerana gerak kerja dan jentera PAS banyak memberi kelebihan kepada mereka sebenarnya. Di Parlimen Kuantan, sudah pasti Fuziah Salleh akan kekal bertanding kali ini. Namun, di kerusi Parlimen Indera Mahkota, kini masih menjadi perebutan banyak pihak sebernarnya. Ia berikutan, tindakan pucuk pimpinan parti menghantar Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota, Azan Ismail menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Terengganu. Susulan insiden tersebut, kerusi berkenaan dilihat panas kerana tidak mungkin Azan akan kekal bertanding di situ. Maka, nama-nama seperti Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota), Zakaria Abdul Hamid (Mantan Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa nama lain lagi. Soalnya, siapakah yang paling layak menggantikan Azan jika benar beliau tidak bertanding di situ kali ini?. Ramai yang berpendapatan nama Lee Chean Chung (foto) kini berada diranking teratas sekali kerana beliau dilihat calon muda yang cukup berpotensi untuk diketengahkan. Malah, beliau juga dilihat sudah memulakan gerak kerja dengan membuka pejabat (bilik gerakan) DUN Semambu sejak beberapa tahun lalu. Namanya lebih popular di DUN Semambu, namun mutakhir ini ada desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota, menggantikan Azan. Keratan akhbar Sinar Harian 12 Jun lalu tentang ulasan Dato' Fauzi [Paling menarik, dalam satu kenyataan beberapa bulan yang lalu Dato' Fauzi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri mencalonkan Lee Chean Chung kerana percaya dia layak untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum nanti. "Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya," katanya mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber Chean Chung disebut bakal menggantikan Azan disitu. Dato' Fauzi juga turut berpendapat tiada sebab Azan boleh digugurkan atau tidak bertanding, malah Ahli Parlimen itu boleh memilih untuk bertanding di Terengganu atau pun Pahang berdasar jawatannya]. |
PRU-13: "Generasi Muda" Pilih Calon Yang Bersih, Berintegriti Serta "Ikhlas Bekerja" Untuk Rakyat !! Posted: 27 Aug 2012 01:26 AM PDT Timbalan Presiden 1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pahang, Sharif Ahmad (foto) yang bakal mengundi tahun ini mahu memilih pemimpin yang bersih. Bagi Sharif, pemimpin yang dimaksudkan ialah amanah dan kuat termasuk dalam konteks bijak mengatur strategi dan bekerja dengan sistematik. Ketika ditanya mengenai calon muda yang ikhlas mahu bekerja dalam parti, Sharif berpendapat, keikhlasan calon baru tidak boleh dilihat ketika mereka dicalonkan dan sudah pasti perlu menunggu selepas menjadi pemimpin. "Tetapi kita tahu, mereka yang ikhlas bekerja akan melakukan lebih dari amanah yang diberikan dan kita juga mahu calon yang konsisten," katanya. Bagaimanapun, katanya, sebagai pengundi baru, beliau menyokong orang muda sebagai calon tetapi bergantung kepada ciri-ciri utama yang disenaraikan. Katanya, sebagai mahasiswa, beliau akan melakukan kajian kepada individu yang dicalonkan sebelum dipilih. "Paling utama saya akan melihat latar belakang pendidikannya kerana penting melihat pendidikannya kerana pemimpin perlu berilmu selain berpengetahuan dalam agama," katanya yang akan membuat kajian mengenai latar belakang calon. Bagi Yang Dipertua Ikatan Pelajar Islam Pahang, Abd Aziz Abd Rahman, 25, secara peribadi katanya, bukan parti yang dipilih tetapi calon paling utama. Abd Aziz berkata, sebagai warga pengundi baru, beliau sudah pasti merujuk pemimpin utama untuk membuat pilihan selain sudah mengetahui pro dan kontra calon yang bakal dipilih. "Sudah pasti saya mahu calon berintegriti dan ikhlas bekerja," katanya yang mengakui mungkin akan mengubah komitmen jika orang yang dipilih tidak sesuai dengan ciri-ciri yang dikehendaki. Sharif dan Abd Aziz adalah antara 'suara orang muda' yang memberi pandangan mereka mengenai calon pilihan. Ternyata orang muda mahu calon yang lebih agresif dan tidak hanya 'bekerja dari belakang' sehingga mereka tidak mengenali pemimpin setempat. sumber: sinarpahang [Kesemua parti yang bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini perlu bersedia untuk menerima kebangkitan golongan muda. Seperti biasa, mereka pasti akan memilih calon-calaon yang mempunyai aspirasi anak muda dan bukan calon yang berfikiran jumud dan tidak peka kepada perkembangan teknologi maklumat seperti hari ini. Maka itu, faktor calon amat penting dalam memastikan kemenangan parti pada PRU-13 ini nanti. Suara perubahan kini berkumandang di mana-mana dan sudah pasti ia memainkan peranan dalam menentukan pemenang kali ini. Apapun, suara anak muda tidak wjaar dinafikan begitu saja kerana mereka adalah generasi harapan negara di masa akan datang. Masa untuk berubah kini sudah tiba!]. |
Fuziah Berjaya "Memegang" Pengundinya Untuk Sukarkan Laluan BN Rampas Parlimen Kuantan! Posted: 27 Aug 2012 12:44 AM PDT Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini sudah dirasai walaupun rakyat sebelum ini dimomokkan dengan pilihnraya pasti pada awal 2012, kemudian Jun dan ditunda pada Julai dan dengar-dengar pula September depan. Dalam tempoh itu, ramai individu yang dilihat tampil 'berlaku baik' untuk mengambil hati pengundi termasuk yang dikatakan akan dicalonkan atau sudah sahih tidak akan menjadi calon. Motif mereka? Pastinya mahu menarik undi. Paling penting undi anak muda yang dikatakan menjadi talian hayat mereka selain memberi kelebihan untuk dilihat sebagai orang yang mampu membawa kemenangan dalam pilihan raya. Bagaimanapun, dalam konteks Parlimen Kuantan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh(foto) yang dilihat berjaya 'memegang' pengundinya mungkin menyukarkan BN untuk mengambil alih tampuk kuasa di daerah ini. Tambahan dengan pelbagai isu termasuk kilang Lynas dan rasuah dalam kalangan pemimpin negara yang dimainkan turut menjadi 'duri' kepada parti kerajaan itu untuk menarik pengundi. Tidak hanya berpegang kepada isu berkenaan, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di daerah ini juga menjadi cabang penyokong kepada pembangkang untuk berdiri teguh sebagai parti yang bakal menjadi pilihan pada PRU13. Sikap pemimpin BN di daerah ini yang langsung tidak mahu bersuara atau memberi sebarang komen juga antara faktor memberi peluang kepada pembangkang 'membesarkan' idea mereka sebelum pilihan raya. Kesannya, sudah pasti dalam kalangan pengundinya yang keliru, siapa yang aktif, siapa yang lebih dikenali dan siapa yang wajar dipilih. Apa yang pasti, dalam bahang pilihan raya ini, orang politik wajar mempopularkan diri lebih dari seorang artis. Mereka tidak wajar terikat selepas penamaan calon sahaja dan bijak 'mengambil hati'. Fuziah Salleh bersama orang kuatnya melawat rakyat di kawasan beliau Justeru, tidak hairanlah jika ada pengundi yang membuat pengamatan sendiri mengenai penundaan tarikh pilihan raya namun tetap menjadi peluang terbaik kepada parti pembangkang untuk lebih meningkatkan strategi mereka. Satu lagi konflik yang mungkin berlaku di daerah ini ialah sikap orang muda yang tidak tahu dan tidak yakin dengan pilihan mereka. Masih tercari-cari identiti sebenar pemimpin mana yang harus dipilih, ada yang mengakui beberapa pemimpin sedia ada tidak wajar menyambung tugas kerana gagal menjalankan tanggungjawab. Ada juga pengundi muda yang rela hati tidak menjadi pengundi kerana gagal mengenal pasti calon mereka. sumber: sinarpahang [Mana-mana pihak yang berani turun kepada rakyat pasti mereka akan sukakan pemimpin terbabut sebenarnya. Namun, bagi pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan hanya turun ketika menjelang pilihnaraya semata-mata, maka sudah pasti akan ditolak rakyat kelak. Justeru, kepada semua pemimpin terutamanya bagi mereka yang bakal menjadi calon mereka sepatutnya sudah mempopularkan diri masing-masing sejak beberapa tahun yang lalu. Memilih calon yang tidak popular dan berwibawa sebagai calon parti hanya akan menikam diri sendiri. Pilihanraya kali ini pasti sengit kerana masing-masing berlumba-lumba untuk mempopularkan diri dimata rakyat. Cuma, rakyat perlu bijak menilai siapakah yang lebih jujur dan ikhlas memperjuangkan nasib dan masa depan mereka hari ini, esok dan selamanya. Buatlah pilihan bijak!]. |
Posted: 27 Aug 2012 12:31 AM PDT |
Panas: Wanita UMNO Pahang Bersedia Merampas Semula Parlimen Kuantan Pada PRU-13 Ini Nanti! Posted: 27 Aug 2012 12:00 AM PDT KUANTAN, 27 Ogos - Ahli Wanita UMNO di negeri ini diseru menunjukkan kesetiaan dan memberikan sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan dalam memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Exco Wanita UMNO, Senator Dato' Maznah Mazlan (foto) berkata, segala keputusan yang telah ditetapkan pucuk pimpinan negeri dan pusat hendaklah diterima dengan tangan terbuka. Beliau juga juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, Wanita UMNO secara lazimnya tidak mendesak untuk menjadi calon walaupun diakui berkemampuan dalam memimpin. "Jentera Wanita sentiasa bersedia menerima arahan namun beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam meraih undi sekali gus merampas kembali Parlimen Kuantan daripada pihak pembangkang. "Pada PRU12 lalu, sebanyak 11,470 undi rosak. Jumlah ini angka besar, dan ia juga menjadi tanggungjawab jentera untuk memastikan situasi ini tak berulang pada PRU 13," katanya. Beliau berkata sedemikian ketika ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuantan kali ke-12 di sini, semalam. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian, Dato' Wan Adnan Wan Mamat dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Dato' Zaitun Mat yang disertai 220 perwakilan daripada bahagian itu. Beliau juga mengingatkan ahli supaya tidak tenggelam kerana perbezaan dan bersikap individualistik kerana ia boleh menjadi kudis sebaliknya sehati sejiwa dan menyingkirkan elemen negatif supaya parti tidak menjadi lemah. Maznah juga menggesa supaya ahli tidak berdiam diri dengan sebarang isu yang timbul dengan mendapatkan fakta serta maklumat daripada pemimpin untuk menangkis hujah daripada pihak pembangkang. sumber: sinarpahang [Melihat kepada gerak kerja yang dilakukan oleh UMNO BN sekarang ini, maka harapan untuk mereka merampas semula kerusi Parlimen Kuantan dari tangan Fuziah Salleh mungkin akan tercapai jua pada PRU-13 ini. Ia ditambah lagi dengan desas-desus yang mengatakan kini Fuziah semakin dipinggirkan oleh penyokong kuatnya dikalangan orang Melayu. Sikap pemimpin terbabit yang lebih mengutamakan "orang Tionghua" dalam setiap gerak kerjanya mutakhir ini. Malah, ada sumber mengatakan ramai orang kuat Fuziah akan meninggalkan pemimpin itu menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang gara-gara kecewa dengan sikap beliau sendiri. Jika benar dakwaan itu, maka ia merupakan tamparan yang cukup hebat buat bekas pemimpin Jemaah Islam Malaysia (JIM) itu sebenarnya. Fuziah berbangga kerana ada isu Lynas yang boleh membantu beliau, namun harus diingat dia boleh selesa jika berhadapan dengan MCA di parlimen itu, namun tidak dengan calon UMNO. Tambahan pula jika UMNO mempertaruhkan calon "winable candidate" atau yang popular di situ nanti. Maka, PKR harus bersedia dengan perubahan yang berlaku dan hanya syok sendiri tanpa bertindak sesuatu. Jika tidak, Fuziah pasti akan menggigit jari pada kali ini. Apapun, rakyat yang bakal menentukannya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment