Pahang Daily Online |
- Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Tn.Guru Nik Aziz
- 'Kastam Pahang' Pertingkatkan Pantauan Jualan Dan Belian Mercun Menjelang Raya Aidil Fitri Ini
- Panas: 'Khalid Samad' Dakwa Nasharudin Mat Isa Belakangkan Parti Kerana Jawatan Dan Pangkat !
- Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Oleh MB Pahang
- Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Di Langgar Ketika Ke Kedai Runcit Berdekatan Rumahnya Di Temerloh
Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Tn.Guru Nik Aziz Posted: 16 Aug 2012 02:18 PM PDT |
'Kastam Pahang' Pertingkatkan Pantauan Jualan Dan Belian Mercun Menjelang Raya Aidil Fitri Ini Posted: 16 Aug 2012 01:59 PM PDT KUANTAN, 17 Ogos - Kastam Pahang mempertingkatkan pemantauan dalam usaha menangani aktiviti penjualan dan pembelian bahan-bahan mercun menerusi pemeriksaan mengejut di premis perniagaan serta kediaman yang disyaki terlibat dengan penjualan bahan itu. Pengarah Kastam Pahang, Tuan Hj. Sarip Ismail (foto) berkata pihaknya turut mengalu-alukan maklumat orang ramai bagi membanteras penjualan bahan itu. "Bagi membendung kegiatan penjualan dan pembelian mercun, anggota Kastam turut akan meningkatkan rondaan selain menyamar dengan berpakaian preman ke sekitar kawasan yang disyaki. "Dalam pada itu tindakan pemeriksaan ke bazar-bazar Ramadan di seluruh Pahang turut dilakukan bagi mengesan mereka yang terlibat dengan penjualan selain memberi penerangan kepada orang ramai tentang bahaya serta tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjual dan pembeli bahan yang dilarang itu," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata hanya mercun jenis 'POP' dan 'Happy Bom' yang mempunyai permit untuk jualan manakala lain-lain bahan mercun adalah dilarang. mStar |
Panas: 'Khalid Samad' Dakwa Nasharudin Mat Isa Belakangkan Parti Kerana Jawatan Dan Pangkat ! Posted: 16 Aug 2012 01:06 PM PDT SHAH ALAM, 17 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (foto) mendakwa faktor jawatan dan pangkat menjadi punca utama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertindak membelakangkan parti. Malah Khalid menyifatkan pendirian Nasharudin sejak kebelakangan ini yang dilihat bertentangan dengan dasar PAS turut didorong perasaan kecewa apabila gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan lalu. "Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan UMNO dan seperti Hasan Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor), dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN (Barisan Nasional) mungkin dapat jawatan diperingkat pusat. "Itulah (peluang dapat jawatan) yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam di sini semalam. Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu. Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud. Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi baru-baru ini. Dalam pada itu Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya. "Benda yang kita lakukan dulu dia pun setuju, bukan benda baru...yang berubah hanya jawatan dia, yang lain tetap sama," katanya. Mengulas lanjut Khalid berkata, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang. "Sekarang (Nasharudin) nampak semakin rapat dengan pimpinan UMNO malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya," kata beliau lagi. mStar |
Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Oleh MB Pahang Posted: 16 Aug 2012 02:19 PM PDT |
Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Di Langgar Ketika Ke Kedai Runcit Berdekatan Rumahnya Di Temerloh Posted: 16 Aug 2012 02:17 PM PDT TEMERLOH, 16 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang berbasikal ke sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, maut dilanggar sebuah lori di hadapan kedai berkenaan di Taman Tualang Indah, dekat Kawasan Perindustrian Temerloh. Dalam kejadian 7.40 malam Rabu, kanak-kanak itu, Khairul Azmi Abdul Rashid, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood (foto), sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan merengek-rengek dengan ibunya meminta izin untuk membeli mainan yang berharga 50 sen. "Di tempat kejadian, pemandu lori terbabit, 36, yang baru sahaja membeli rokok menghidupkan enjin kenderaannya untuk meneruskan perjalanan. "Tiba-tiba dia terdengar bunyi seretan yang kuat di bawah kenderaannya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan. "Pemandu lori terbabit mendapati terdapat sebuah basikal kecil di bawah lorinya dan di belakang kenderaannya pula kelihatan mangsa terbaring," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata mangsa parah di kepala akibat digilis dan mati di tempat kejadian dengan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. "Jenazah kanak-kanak itu telah dituntut keluarganya lewat malam tadi dan telah selamat dikebumikan," katanya. Zundin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. mStar |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment