Nota Kecil |
'Saspek pembunuh Altantuya' nekad saman Anwar menjelang PRU13? Posted: 05 Aug 2012 06:55 AM PDT
Skandal kapal selam Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis sekarang ini nampaknya seakan cukup menjerut leher Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama Razak Baginda, bekas setiausaha politik perdana menteri sudah disebut dalam proses siasatan kes rasuah tersebut. Keluarga mendiang Altantuyaa pun akan dipanggil untuk siasatan skandal itu. Lambat laung, institutional reform mungkin berlaku jika Najib terus berdiam diri. Semestinya grup Najib tidak akan berputeh mata. Najib memerlukan sepenggal lagi sebagai perdana menteri. Dengan apa cara sekalipun, dominasi siasah Muhyiddin Yassin terus dibendung sungguhpun menerima sokongan tidak langsung daripada Dr Mahathir Mohamed. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!!! Sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, Najib akan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU13 nanti. Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya lebih tujuh tahun lepas didedah akan saman fitnah Anwar. Dengan berbuat demikian, sekurang-kurangnya Najib boleh memberi gambaran kononnya beliau tidak tahu siapa pembunuh sebenar Altantuyaa. Memang itupun grup Muhyiddin mahukan. Apabila kes itu bergolak dalam mahkamah tanah air, lebih mudah untuk Muhyiddin menyusun siasah dalam Barisan Nasional khususnya Umno sendiri. Sama-sama kita nantikan.... INGAT! Umno parti lanun! 'United Myanmar Nepal Organization' | ||
KMPP: Mengapa BN tak bangkit isu tanah Taman Manggis tujuh tahun lepas? Posted: 05 Aug 2012 04:59 AM PDT PENGERUSi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini mempersoal keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional kerana tidak membangkitkan isu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) fasa kedua di atas 1.2 ekar tanah Taman Manggis sejak tujuh tahun lepas. Justeru katanya, pemimpin Umno serta Barisan Nasional di negeri berkenaan tidak wajar mempolitikkan langkah kerajaan negeri sekarang menjual tanah dekat Jalan Zainal Abidin itu "semata-mata bagi mengisi undi di poket mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13". "Mengapa sejak 10 Mei 2001, iaitu tarikh pelan merancang (PPRT) fasa satu diluluskan sehingga 8 Mei 2008, tiada usaha untuk mendapatkan peruntukan membina (PPRT) fasa dua daripada kerajaan pusat. "Mengapa selama hampir tujuh tahun lepas, Barisan Nasional tidak mempertahankan tanah ini demi rakyat...mengapa baru sekarang jadi isu," soal beliau di Komtar, George Town Beliau berkata, kerajaan negeri era Barisan Nasional sepatutnya membuat permohonan percantuman (Amalgamation of Land) lima lot tanah dalam fasa dua menurut Seksyen 204(D) Akta Kanun Tanah Negara, 1965 sejak tujuh tahun lepas lagi, iaitu semasa pelan merancang fasa pertama diluluskan. "Proses percantuman itu perlu dibuat memandangkan pembangunan di atas tanah tersebut melibatkan lebih daripada satu lot tanah. "Saya percaya bahawa jika proses itu dilakukan tujuh tahun lepas, maka pada hari ini, isu fasa kedua tersbeut tidak akan timbul," tegas beliau. Terdahulu, pemuda Barisan Nasional dilaporkan menuduh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih mementingkan keuntungan dengan menjual tanah tersebut kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir. Pembangkang Pulau Pinang itu mendesak Guan Eng meneruskan pelan pembangunan masa depan fasa kedua yang membabitkan 140 unit rumah kos sederhana rendah (LLC) dan kos rendah (LC). Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, kerajaan negeri telahpun memilih tanah lain di Jalan S.P. Cheliah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) -berdekatan dengan tanah Taman Manggis berkenaan - untuk dibina 2,000 unit LLC dan LC untuk rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Malah Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow semasa memetik sumber sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang(UPEN) dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pada 5 Jun lepas - iaitu tiga hari sebelum isu fasa dua Taman Manggis dibangkitkan - telahpun meluluskan lesen untuk membina hospital swasta berkenaan. Tuntas dari itu, Rahmad mencabar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menebus kembali 1.2 ekar tersebut lalu membina 140 unit LLC dan LC lagi sekiranya Barisan Nasional benar-benar ikhlas membela kebajikan rakyat di negeri berkenaan. -END |
You are subscribed to email updates from faqar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment