Liang Lahad.... |
EDISI BANGANG - RAIS YATIM KATA AKAN TUKAR LOGO MERDEKA SETIAP MINGGU SECARA TERUS MENERUS [VIDEO] Posted: 02 Aug 2012 12:03 AM PDT Kalau pemerintah negara kita ni ambik orang tua yang tak tahu apa-apa tentang IT dan design graphic untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dalam soal logo hari kemerdekaan memang bodohlah pemerintah kita tu.... Lebih-lebih lagi bila orang tua tadi langsung tak mahu mengaku kalah atau salah... Dalam hal logo hari kemerdekaan pada tahun ini... logo berkenaan mendapat tentangan ramai yang mana rata-ratanya menganggap logo berkenaan langsung tiada nilai seni, tidak kreatif dan seolah-olah perekanya dari kalangan budak sekolah darjah 2... Dalam tak mahu mengaku kalah tu... orang tua tadi kata, logo tu bukanlah logo yang tetap... kerana dia kata dia akan ubah graphicnya setiap minggu.... dan yang paling bangang adalah bila dia kata dia akan lakukan itu (ubah graphic) secara terus menerus.... Tengok video kenyataan orang tua yang dimaksudkan tu.. Amat malang sekali kita ada pemimpin yang macam ni... | ||
Posted: 01 Aug 2012 02:10 PM PDT Berita baru masuk.... Website NFC digodam..!!! Mari kita lihat bagaimana rupanya laman web NFC yang dah kena godam tu...
Dan ini pula adalah rupa laman web NFC yang asal.. Kalau mengikut pada apa yang tertera didalam website NFC yang digodam tu... Aku percaya tindakan menggodam laman web NFC tersebut adalah berpunca dari ketidakpuasan hati anak muda terhadap apa yang berlaku ke atas Rafizi Ramli dan juga Johari Mohamad semalam... Hacker yang menggodam website tersebut juga menyatakan bahawa keluarga Sharizatlah sebenarnya yang patut ditangkap... Pesanan yang ditinggalkan.. "Rafizi Ramli Adalah Wira Rakyat! Orang sepatutnya yang kamu tangkap ialah Shahrizat anak beranak.!" Bukan hanya rakyat biasa sahaja yang berasa marah dengan kebebalan sistem yang ada,tetapi golongan hackers juga turut menyatakan kemarahan mereka... Hacker tersebut juga meninggalkan satu amaran yang berbunyi... " Amaran dari Kami! jangan memperbodohkan rakyat ! Seluruh Rakyat Malaysia akan tentang UMNO BN habis-habisan! " Pagi semalam,Rafizi Ramli di tahan di kediaman beliau dan kemudiannya dengan secara tergesa-gesa didakwa di mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia). Pendakwaan yang dilakukan dilihat mempunyai agenda lain.... apabila pendakwa raya dari mula lagi cuba menekan Rafizi dan Johari apabila meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM100K setiap seorang.. Bayangkan jika wang jaminan RM100K tersebut dibenarkan.. sudah tentulah Rafizi Ramli dan Johari tidak mampu untuk membayarnya dan dah tentulah mereka berdua akan tidur dalam lokap sehingga hari perbicaraan pada 10 September 2012 nanti... Itupun bagi aku,jumlah jaminan sebanyak RM15K tu adalah sangat keterlaluan bagi individu yang berjaya mendedahkan satu perbuatan jahat melibatkan wang rakyat.. Lebih kritikal lagi adalah... apabila Rafizi dan Johari digari... Seolah-olah mereka penjenayah yang sangat merbahaya... sedangkan suami Sharizat ketika dibawa ke mahkamah,langsung tidak digari malah lagak gayanya seperti seorang VVIP walaupun berada di mahkamah... Lihat video di saat tangan Rafizi digari... Memang elok ler pun kena godam laman web lembu tu.. Kezaliman dibawah rejim BN sudah tak dapat diterima dek akal rakyat yang semakin bijak... semuanya sepakat menolak BN!! |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment