Liang Lahad.... |
- BERITA UNTUK MAKCIK FELDA - FGVH TERUS MENGGALI KE DASAR DENGAN TEKUN TANPA MENOLEH LAGI
- SISTEM YANG BERBEZA UNTUK PEMIMPIN PAKATAN DAN BN!
- DEDAHKAN PENYELEWENGAN - TANGAN RAFIZI DIGARI DI MAHKAMAH
- PANAS!! - RAFIZI RAMLI DITAHAN PAGI INI DAN AKAN DIDAKWA DI BAWAH AKTA BAFIA
BERITA UNTUK MAKCIK FELDA - FGVH TERUS MENGGALI KE DASAR DENGAN TEKUN TANPA MENOLEH LAGI Posted: 01 Aug 2012 11:09 AM PDT | ||
SISTEM YANG BERBEZA UNTUK PEMIMPIN PAKATAN DAN BN! Posted: 01 Aug 2012 05:46 AM PDT Pemimpin BN atau pun individu yang kaya raya dan kroni kepada pemimpin BN jika melakukan kesalahan... akan tetap dilayan sebagai seorang VVIP oleh pihak polis dan perundangan negara kita ini... Tetapi jika pemimpin Pakatan Rakyat... walaupun tidak melakukan kesalahan,akan tetap digari... Itulah nasib pemimpin Pakatan Rakyat di dalam negara Malaysia yang dikatakan mengamal "sistem yang adil" ini..Dalam kes NFC... Rafizi mendedahkan beberapa siri penyelewengan "secara pukal" oleh keluarga Ketua Wanita UMNO.. Keluarga Sharizat menyeleweng wang rakyat dengan melakukan beberapa pembelian harta peribadi menggunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi menternak lembu... Pinjaman mudah yang diberikan kerajaan kepada syarikat keluarga Sharizat adalah sebanyak RM250 juta.. Namun,projek lembu fidlot yang sepatutnya mampu membekalkan bekalan 60,000 ekor lembu setahun hanya berupaya mengeluarkan 3,000 ekor lembu sahaja dalam tempoh 3 tahun.. Apabila Rafizi mendedahkan perkara itu... Rafizi pula yang digari... di gari bersama Johari Mohamad (individu yang dikatakan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan NFC) Sedangkan suami Sharizat bebas sebebas-bebasnya... dan ketika di bawa ke mahkamah tidak pula beliau digari... Video Rafizi digari.... | ||
DEDAHKAN PENYELEWENGAN - TANGAN RAFIZI DIGARI DI MAHKAMAH Posted: 31 Jul 2012 09:05 PM PDT Hari ini Rafizi Ramli telah ditahan dan dibawa ke mahkamah Sesyen Shah Alam...
Beliau dibicarakan di bawah akta BAFIA kerana mendedahkan penyelewengan keluarga Sharizat menggunakan wang projek lembu fidlot bagi membeli harta peribadi... Rafizi di dakwa bersama-sama dengan Johari Mohamad,individu yang dikatakan menyampaikan maklumat penyelewengan NFC kepada Rafizi Ramli... Jika disabitkan kesalahan,kedua-dua mereka bolah dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun dan juga denda 3 juta ringgit.. Apa yang menyedihkan kedua-dua mereka di perintah supaya diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.... Selain dari itu,kedua-dua mereka telah digari di dalam mahkamah.... Individu yang mendedahkan penyelewengan didakwa dan digari.... bukankah mereka sepatutnya dijadikan individu contoh kerana berani mendedahkan penyelewengan pihak-pihak yang menjahanamkan wang rakyat..? | ||
PANAS!! - RAFIZI RAMLI DITAHAN PAGI INI DAN AKAN DIDAKWA DI BAWAH AKTA BAFIA Posted: 31 Jul 2012 05:26 PM PDT Rafizi Ramli ditahan pada pagi ini dan akan didakwa di bawah akta BAFIA = Akta Bank dan Institusi kewangan 1989.... Beliau akan dibawa ke mahkamah sesyen Shah Alam untuk di dakwa pada jam 9:00am ini .. Berikut adalah berita dari akaun twitter beliau Di dalam negara Malaysia ini.. orang yang mendapat maklumat sesuatu penyelewengan dan kemudian mendedahkan kepada pihak berkuasa supaya diambil tindakan akan di anggap sebagai pesalah... Sedangkan yang patut ditumpukan adalah siasatan terhadap penyelewengan yang dilakukan.... Berita baru masuk.. Rafizi Ramli dimaklumkan bahawa,saudara Johari Mohamad juga telah ditahan dan akan didakwa juga bersama pada pagi ini.... Johari Mohamad yang sebelum ini menerima tekanan hebat daripada Bank Negara Malaysia dan Public Bank yang akhirnya mengakibatkan beliau meletakkan jawatan di Public Bank setelah berbelas tahun berkhidmat... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment