"tukanglawan"

"tukanglawan"


Panduan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H

Posted: 20 Jul 2012 12:21 PM PDT



Untuk paduan semua disertakan Jadual waktu imsak dan berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2012/1433H. Semoga jadual ini akan memudahkan anda semua.

Niat Berpuasa Bulan Ramadhan





Niat Berbuka Puasa



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri seluruh Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2012/1433H :


KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
 


Bagi negeri dan zon lain, sila klik pada link dibawah, pastikan anda memasang PDF Reader pada komputer anda untuk melihat jadual.




NEGERI PERLIS
SELURUH PERLIS


NEGERI KEDAH 
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA 
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI


NEGERI PULAU PINANG
SELURUH PULAU PINANG
 

NEGERI  PERAK 
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR 
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM 
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR 
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT


NEGERI SELANGOR 
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG 
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM


NEGERI SEMBILAN 
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU


NEGERI MELAKA
SELURUH MELAKA


NEGERI JOHOR 
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


NEGERI  PAHANG 
ZON 1-PULAU TIOMAN 
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH 
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA 
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS 
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI 
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND


NEGERI TERENGGANU 
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG 
ZON 2- BESUT DAN SETIU 
ZON 3- HULU TERENGGANU 
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN


NEGERI KELANTAN 
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM






NEGERI SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS 
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI 
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
ZON KHAS

NEGERI SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M) 
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR 
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU 
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Video Penuh Debat Pru13 Nasrudin Hassan Tantawi Vs Fathul Bari Mat Jahaya

Posted: 20 Jul 2012 09:52 AM PDT

Terdahulu sudah "tukanglawan" siarkan siaran tertunda debat Sinar dengan tajuk "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" menggandingkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Karangkraf.

Kemudian "tukanglawan" perhatikan terlalu banyak trafik yang masuk ke blog ini dengan kata carian debat antara Nasaruddin Hassan dan Fathul Bari, maka untuk tidak menghampakan rakan-rakan semua, "tukanglawan" siarkan rakaman debat tersebut untuk anda.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Taktik Hishamuddin Nak Menang Di Kawasannya,

Posted: 20 Jul 2012 09:32 AM PDT

Apa saja lah puak umno ni, mereka dah takde modal, jadi cerita dibuat-buat supaya rakyat takut dan curiga untuk sokong Pakatan Rakyat, seperti yang "tukanglawan" tegaskan, dakwaan dan tuduhan selalunya sangat senang dibuat (baca sini)

Dalam keadaan Politik Malaysia, kerja menakut-nakutkan dan "spin" itu Halal bagai umno, asalkan mereka terus berkuasa.

Selepas Bersih 2.0 Hishamuddin sudah belajar banyak, dia kini lebih berhati-hati bila bercakap apa isu pun, semasa Bersih 3.0 Hishamuddin ini dilihat lebih banyak mendiamkan diri.

Sekali lagi Hishamuddin main selamat dalam isu tuduhan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman,  Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Kali ini sebagai menteri dalam negeri hishamuddin berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat. apatah lagi dia juga tahu bahawa JI dan komunis tidak serasi untuk bekerjasama.


Seperti yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily sebuah akhbar berbahasa cina, Hishamuddin berkata beliau tidak tahu perkara itu benar atau satu lagi usaha propagandadari umno.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," katanya lagi.

Hishamuddin nampaknya main selamat kali ini, mungkin memikirkan pengundi dikawasannya, Hishamuddin sudah tidak peduli dengan umno, biarlah umno kalah, asalkan dia terus menang dikawasannya, sebab itu tuduhan tidak logik ini dia bersikap lepas tangan kah..kah..kah


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Perutusan Ramadhan 1433H - ANWAR IBRAHIM

Posted: 20 Jul 2012 08:55 AM PDT

Perutusan Ramadhan 1433H dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dan merupakan bakal perdana menteri Malaysia.Semoga Anda semua mendapat keberkatan dalam menjalankan Ibadat Pada Ramadhan Tahun ini.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

UMNO, Pakatan Rakyat,13 Mei dan komunis

Posted: 20 Jul 2012 02:03 AM PDT

Perut pecah pabila Unit Cawangan Khas PDRM (SB) mengumumkan kepada ruang awam bahawa Pembangkang di Malaysia ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang mengantui juak-juak Melayu UMNO yang totok. Apa yang menjadi persoalan apa tujuan dan asbab Pak Mongolia serta Pemuda julang keris lamb chop membenarkan SB menghebahkan hal ini kepada khayalak umum.

Juak - juak ini juga mendakwa bahawa DAP sudah diresapi agenda komunis dan PAS sudah diresapi dengan gerakan JI. Ada pula beberapa individu berfahaman komunis ini nak bertanding PRU dan mewakili Pakatan Rakyat. Wow!  Rakyat sila lihat program ekonomi Pak Mongolia, banyak juga yang berbaur komunis, kenapa SB tak dedahkan? Ketawa pecah lagi apabila perkara ini boleh dikatakan cerita politik paling lawak sepanjang tahun ini. Mungkin Pak Mongolia ingat ini zaman 70an dahulu politik merupakan isu yang boleh dilabon-labon begitu saja. Mungkin juga Pak Mongolia ingat yang zaman pemerintahan beliau sama seperti zaman Son of Kutty memerintah negara ini.

Selain itu, SB juga mendakwa bahawa terdapat pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering berulang - alik ke Selantan Thailand bagi bertemu dengan bekas pemimpin parti komunis suatu ketika dahulu. Wow, hebat! Jauh betul pemikiran dan pandangan geng - geng Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.

Mungkinkah ada agenda disebalik tuduhan ini ? Jika dilihat sejarah 13 Mei dahulu, juak UMNO menggunakan asbab yang sama bagi melawan pihak oposisi dengan mendakwa bahawa ideologi komunis mula meresap dalam DAP dan mereka ingin memusnahkan Ketuanan Melayu.

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, lagi nak dekat pilihan raya. Lagi macam - macam perkara akan terjadi. Apa yang penting sekarang kita sama-sama ceritakan kebenaran pada setiap pelusuk negara ini. Supaya UMNO tumbang dan masa depan negara akan terjamin.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Permainan interaktif SimSimi Hina Menteri

Posted: 19 Jul 2012 11:16 PM PDT

Bila agak-agak bosan takde kawan sembang, tukanglawan selalu hilangkan bosan dengan berinteraksi dengan SIMSIMI.

Apa SimSimi ni?, SimSimi ni ialah satu aplikasi yang akan membalas apa yang kita tanyakan kepadanya. aplikasi ini akan mencari jawapan melalui carian kata kunci di internet dan beri jawapan pada kita.

Oleh sebab bosan, tukanglawan ajak SimSimi bersembang, tanyakan beberapa soalan tentang individu yang terkenal di Malaysia.

Soalan "tukanglawan" agak kasar pagi ini, bila "tukanglawan" bertanyakkan berkenaan beberapa org individu yang dikenali di negara ini, jawapan yang diberikan agak mengejutkan.

Mari kita lihat, tapi sebelum itu "tukanglawan" katakan dulu bahawa tidak akan bertanggungjawab terhadap semua jawapan yang diberikan oleh aplikasi tersebut secara automatik.

Soalan pertama ialah siapa papagomo



Kemudian soalan siapa Najib Razak ditanyakan , SimSimi menjawab seperti dibawah


Soalan "tukanglawan" apakah SimSimi kenal rosmah mansor?



Sharizat pula?


Siapa Mahathir Mohammad?



Semua jawapan yang diberikan agak tidak enak didengar,  beberapa individu lain turut tukanglawan tanyakan antaranya Rais Yatim, Muhyiddin Yasin dan ramai lagi, oleh kerana jawapannya terlalu kasar, tukanglawan tidak siarkan.

Tetapi jawapan yang diberikan bila ditanya tentang pemimpin pakatan rakyat, jawapan yang diberikan agak berlainan sekali, antaranya.

Jika anda mahu mencuba permainan ini, sila klik disini,  tapi tukanglawan tidak akan bertanggungjawab jika jawapan yang keluar menyakitkan hati anda.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup

Posted: 19 Jul 2012 07:21 PM PDT

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup malam tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

"Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment