"tukanglawan"

"tukanglawan"


UMNO Kini Parti Gasar

Posted: 17 Jul 2012 11:12 AM PDT

" Hidup Melayu yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini orang-orang Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa (Melayu), kita berkehendakan tanah air dan bangsa (kita) ini terselamat dan kuat (bagi) menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan kehapusan bangsa (kita)." - Dato' Onn Ja'afar dalam Utusan Melayu bertarikh 25 Mac 1946.

Di sinilah UMNO bermula – sebagai parti yang dipimpin dan dianggotai ramai pemimpin Melayu berhemah tinggi, pegawai kerajaan yang cintakan negara dan bangsanya lebih dari kepentingan material dan juga pemuda-pemuda yang berjuang atas kesedaran nurani.

Parti ini di awal perjuangannya adalah hasil golok-gadai segenap rakyat yang menyokong usaha untuk mengangkat darjat dan maruah bangsanya. Namun, selepas 66 tahun, UMNO tidak lagi seperti apa yang diasaskan oleh Dato' Onn pada 11 Mei 1946.

Sejak UMNO diharamkan pada 1987, penubuhan UMNO (Baru) oleh kumpulan Tun Dr. Mahathir, terus mengubah landasan politik UMNO sehingga ke hari ini. UMNO menjadi lubuk untuk elit Melayu tertentu; berpolitik bukan lagi dengan agenda membantu rakyat dan bangsa Melayu, tetapi untuk bersaing atau bersekongkol baik sama ada untuk perluas empayar bisnes, meraih kontrak untuk diagih pada kroni dan keluarga atau melaung slogan Ketuanan tetapi tanpa segan kekal rasuah dan menggadai kepentingan bangsa dan negara untuk laba yang sementara. Akhirnya nikmat material menjadi asas ideologi perjuangan UMNO, bukan lagi kesedaran jiwa untuk menjulang martabat maruah bangsa Melayu.

Seperti banyak rejim autokratik di hujung nyawa, antara simptom utama kejatuhan sebuah rejim adalah manipulasi aparatus kerajaan yang berleluasa dan juga menularnya amalan intimidasi dan kekerasan fizikal, dengan niat untuk mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat dan menggambarkan seolah-olah apabila kuasa mereka terancam, kucar-kacirlah masyarakat, maka atas tiket kestabilan, dicanang pelosok negeri bahawa peralihan kuasa atau kejatuhan rejim adalah sesuatu yang buruk lagi malang.

Landasan UMNO yang kini hidup di atas amalan politik fitnah dan lucah, rasuah dan komisen melimpah ruah, akhirnya telah melahirkan generasi di dalam UMNO sendiri yang gagal untuk melihat matlamat akhir politik yang mereka perjuangkan. Apabila pemimpin yang ada di dalam UMNO memilih fitnah, adu domba bahkan kelucahan sebagai senjata politik, maka tidak hairan kebiadapan menjadi anutan orang muda UMNO, bukan lagi kemanusiaan dan kewarasan. Kebenaran tiada lagi utama, pembohongan dan fitnah diulang-ulang bukan hanya sebagai retorik tetapi diangkat sebagai hujah dan isi bidasan.

Bila akal tidak lagi mendasari tindak-tanduk, maka mereka yang di dalam UMNO ini memilih untuk menggunakan kekerasan, kononnya untuk mempertahankan apa yang mereka fikir adalah perjuangan. Walaupun politik intimidasi, sekatan dan bermacam lagi bentuk tekanan telah dikenakan kepada 'musuh politik' mereka, mutakhir ini, kecenderungan mereka (baca : orang UMNO) adalah melakukan ancaman dan kekerasan dalam bentuk fizikal. Ini menjadi rutin mereka sekarang ini. Rutin seolah-olah tindak-tanduk ini yang bakal memenangi kembali hati rakyat untuk menyokong mereka.

Bermula dengan serangan fizikal yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila kenderaan beliau diserang dan dirosakkan Pemuda UMNO di Sembrong, Johor beberapa bulan lalu; (baca sini)  terbaru, seperti ramai sedia maklum, adalah serangan terhadap program Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah,(baca sini) menyaksikan seorang penyokong Keadilan dilempar dengan batu sehingga cedera dan ada juga yang dilempar dengan telur. Tidak lupa juga gangguan dan serangan yang serupa terpaksa dihadapi oleh pimpinan Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) di dalam program-program mereka di beberapa tempat di seluruh negara (lihat video disini)

Pemuda UMNO, pasca Mac 2008, mengambil pendekatan lucu dan bacul dengan menganjurkan ceramah serentak di program-program anjuran Pakatan Rakyat, dengan tujuan intimidasi–menggugat keharmonian dan ketenteraman program anjuran Pakatan Rakyat. Habis diusung 'hulubalang' dan 'puteri' mereka ke merata pelusuk negeri, kononnya untuk 'mengancam' pimpinan Pakatan Rakyat yang ada, malangnya usaha mereka sia-sia. Maka apabila melihat intimidasi 'psikologi' ini gagal, mereka bertindak liar dan ganas dengan melakukan kekerasan fizikal ke atas penyokong Pakatan Rakyat dan orang awam yang tidak berdosa.

Saya menjangkakan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, tindakan gasar ini akan semakin menjadi-jadi. Sikap diam diri pimpinan UMNO, baik Presiden sehingga kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, menunjukkan betapa mereka ini bukan hanya lemah dalam memimpin rakyat, tetapi juga gagal mengawal anak buah mereka sendiri. Saat pimpinan UMNO ini melaungkan transformasi dan slogan 1 Malaysia, orang UMNO di bawah berkelakuan seperti ahli kongsi gelap (baca : samseng) yang akalnya cetek dan pendek.

Malangnya, sehingga ke hari ini, pihak berkuasa terutamanya Polis Di Raja Malaysia langsung tidak mengenakan tindakan undang – undang yang serius ke atas pembuat kacau ini. Lebih malang, sikap PDRM ini akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat bahawa di Malaysia ini terdapat dua set pengamalan undang -undang; yang mana satu adalah untuk mereka yang pro-pemerintah dan satu lagi untuk mereka yang tidak sebulu dengan pemerintah, dan yang lebih ditakuti jika masyarakat mula beranggapan bahawa ancaman fizikal seperti ini adalah norma dan dibenarkan oleh penguasa.

Maka jika kita meneliti kembali aspirasi yang ingin diwariskan Dato' Onn buat bangsa ini, hari ini, UMNO gagal dan jauh terpesong. UMNO gagal untuk memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa Melayu. UMNO juga gagal mempertahankan tanah air dan bangsa ini lantas menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan kepada bangsa ini. UMNO bukan saja gagal meneruskan kesinambungan UMNO sebagai parti bangsa yang bermaruah, sebaliknya menjadikan UMNO tak lebih dari sekelompok manusia gasar yang berpolitik.

Saat sentimen rakyat yang dahagakan Perubahan hari ini, UMNO kelihatan semakin tenggelam punca. Era di mana rakyat dinafikan haknya dan martabat kemanusiaanya sudah tiba di penghujungnya. Rakyat kini sudah sedar bahawa rakyat dan penguasa bukan lagi hubungan mentimun dan durian. Rakyat sekarang sudah sedar bahawa kesetiaan mereka bersyarat, 'derhaka' mereka bersebab.

Hala tuju UMNO tidak lagi sehaluan dengan aspirasi Dato' Onn. Aspirasi Dato' Onn selari dengan seruan Allah SWT di dalam Surah Al –Ra'd ayat 11;

"…sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…"

Dato' Onn dalam Straits Times bertarikh 28 Jun 1955, menyatakan bahawa;

"To be independent is not merely to be free from rule by any nation or power. A country must first be able to stand on its own feet to do things by itself and manage its own affairs in an orderly and efficient manner."

Dari kenyataan ini, dapat dilihat bahwa Dato' Onn memilih landasan seperti mana yang disebut Dato' Dr Siddiq Fadzil di dalam buku terbaru beliau; Islam dan Melayu bahwa perjuangan merubah nasib sesuatu bangsa itu harus bermula dengan taghyir al-nufus; mengubah jiwa dan minda bangsa.

UMNO hari ini bukanlah lagi wadah untuk mengangkat ketamadunan bangsa ini

UMNO tidak mampu lagi untuk mengeluarkan bangsa ini daripada kegelapan kepada cahaya. UMNO akhirnya tunduk kepada pujuk – rayu kemewahan yang melalaikan, bergelumang dengan rasuah dan komisen, yang akhirnya mengelincirkan mereka daripada landasan sebagai sebuah parti yang menjulang martabat bangsa. 

UMNO menjadi parti yang gasar, bacul dan lemah ideologinya. Sudah tiba masanya bangsa ini mengorak langkah kehadapan, membina Malaysia yang lebih baik, dengan menolak secara total parti gasar bernama United Malays National Organization (UMNO) pada pilihan raya umum akan datang.

Artikel oleh Dr. Afif Bahardin, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dipetik dari jalantelawi.com

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Video, Kalau Jumpa Peragut Buat Macam Nie Ok..

Posted: 17 Jul 2012 07:53 AM PDT

Dengan bebanan kehidupan yang tinggi, ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kadar jenayah meningkat, kejadian pecah rumah, rompakan curi dan ragut akan meningkat.

Ini semua terjadi kerana hilangnya pertimbangan akal manusia bila kehendak melampaui pendapatan, cara paling mudah ialah dengan meragut.

Apa perlu anda lakukan jika berhadapan dengan situasi ragut depan mata anda, kerana pihak berkuasa sekarang lebih sibuk jaga dan tangkap peserta demo, juga sibuk melakukan sekatan jalanraya dan keluar saman, kita sebagai warga perihatin perlu menjaga sendiri keselamatan kawasan kita.

Oke, kalau jumpa peragut depan mata, buat macam video kat bawah nei ok.



Jangan pulak duduk tahan motor peragut tu depan-depan, abis-abis korang terlentang je.

Sama-sama benteras jenayah.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Muhyiddin vs Najib, Permainan Sudah Bermula

Posted: 17 Jul 2012 07:17 AM PDT

Sudah sampai ke kemuncaknya, Muhyiddin Yassin akhirnya sudah tak mampu nak kawal perilaku lagi, Timbalan perdana menteri itu yang sebelum ini dilihat tak berapa sebulu dengan Najib mula menyalahkan parti kompenan BN yang lain. sebagai langkah awal mengukuhkan dirinya dalam merebut sokongan dalam umno.

Teguran keras muhyiddin kepada parti kompenen BN yang lain khususnya MCA telah dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily siang tadi.

Sebagai riaksi balas kenyataan Muhyiddin,timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa timbalan perdana menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Sebelum ini ada khabar-khabar angin dari sumber dalaman umno sendiri mengatakan Muhyiddin akan mengguatkan kumpulannya dengan cara menarik sokongan lebih ahli umno yang tidak berpuas hati dengan kegagalan MCA dan MIC untuk menyokong beliau. 

Sikap bertahan najib dengan runggutan ramai ahli umno yang menyalahkan MCA dan MIC pada kekalahan lalu, membuatkan langkah Muhyiddin kali ini mendapat sokongan kuat dari ahli umno.

Bagi mereka Muhyiddin lebih berani menegur dan lebih mahu bertindak dari najib yang diam dan seolah-olah makin lemah dalam banyak skandal yang melibatkan keluarga dan dirinya sendiri.

"tukanglawan" beberapa minggu sudah ada dengar khabar-khabar angin bahawa team muhyiddin akan melakukan tindakan submersive bagi menarik lebih sokongan ahli umno kepada muhyiddin, namun tindakan dan gerak kerja berbentuk apa itu tidak pula "tukanglawan" tahu.

Apakah permainan Muhyiddin sudah bermula?, apakah Muhyiddin sedang mengukuhkan kedudukannya sendiri dalam umno dengan melukakan sedikit hati teman seperjuangan ( MCA dan MIC) semata-mata mahu jadi lebih kuat dalam parti sendiri ( umno) ?. kita tunggu dan lihat, apakah langkah Muhyiddin mengurangkan kuasa najib sudah bermula?

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Fitnah Liwat 3, Blogger Umno Buat Cerita Atau Skrip Tak Jadi?

Posted: 17 Jul 2012 01:00 AM PDT

Hari ini polis dah sahkan, bahawa tiada laporan polis telah dibuat oleh seorang mahasiswa kononnya dia telah diliwat oleh DSAI, menurut polis ianya adalah seperti dibawah.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ok, kita semua tahu blogger umno memang kaki buat cerita, jadi blog yang macam tu tak perlulah kita baca, lagi pun blog kaki fitnah kan, kita ni kalau fitnah tanpa bukti nanti kita tak sanggup pulak tanggung, mungkin blogger tu lain, dia kebal, mampu menahan seksa api neraka, lagi pun mungkin pada fikirannya duit hasil fitnah nanti boleh rasuah malaikat gamaknya.

Atau, seperti yang tukanglawan tulis dalam artikel sebelum nei ( Baca Sini ) , skrip fitnah Liwat 3 tak berapa bagus, suara bantahan dari rakyat dah mula kedengaran, jadi skrip dan filem terpaksa ditarik balik... najib sedang pening kepala. test market menunjukkan umno kompirm akan rebah.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Gempar !!! Umno Mungkin Terpaksa Batalkan Fitnah Liwat 3

Posted: 16 Jul 2012 09:47 PM PDT

Semalam kita digemparkan oleh seorang blogger umno yang sangat bonggok, sesuai dengan taraf dan kedudukannya, blogger itu selain penyebar video lucah juga seorang penyebar fitnah tegar.

Tapi berjayakah taktik jahat umno untuk merobah keyakinan ramai terhadap kemampuan DSAI, apakah mereka mampu membenamkan kemaraan Pakatan rakyat yang dipimpin oleh menteri kewangan terbaik yang pernah menyandang jawatan pemangku perdana menteri itu ketika najib ketika itu tidak langsung dilihat akan menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Belum sempat melancarkan babak selanjutnya, promo gerombolan kaki fitnah ini telah dihentam teruk, ramai yang mentertawakan sandiwara terbaru ini. mari baca sedikit komen pembaca di portal sinar harian.

"buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh               - K-run Ariffin

"Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yg sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini." - Aman Hakim
"kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah." - Fzymeli Md Isa
"tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH." - Othman Mohd
"buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia." - Rafka Danial

Itulah antara komen yang diberikan bila Sinar membuat temubual rambang, sementara itu artike tersebut di portal sinar juga dapat ulasan dari pembaca, antara lain ialah


Ishak Khalid
DAH CEMUIH SUNGGUH DAH DENGAN CERITA LIWAT DAN SEX... MACAM TAK DAK BENDA LAIN LAGI DAH.. Kenapa UMNO tak ambil iktibar????... rakyat dah BOSAN dengan cara UMNO...

Padli Salleh
semua rakyat MALAYSIA dan dunia dah bosan dengan berita LIWAT... INI cerita yang diada-adakan. cerita REKAAN FIKSYEN je...meluat jemu jelik... menambah dosa.. berita kegagalan YB2 membantu rakyat dikawasan masing-masing lebih BERMANFAAT lagi daripada berita LIWAT yang sudah LEWAT dan BASI BUSUK SAMPAH

Jerry Adam
Org2 beriman tidak sekali kali menerima bulat2 berita fitnah macamni..sudah terang lagi bersuluh kes liwat membabitkan DSAI tidak lebih hanya mahu membendung pengaruh DSAI..ingat2 lah wahai pembawa fitnah dosa dan azab yag akan anda tanggung d akhirat kelak...

Mohd Asri
umno dan porno x dpt dipisahkan...bagaikan isi dan kuku...melayu oh melayu...bila nk maju kalau mcm ni...

Itu antara ulasan yang diberikan, anda boleh baca lebih banyak lagi ulasan di portal Sinar harian

Mungkin ade benarnya komen seorang pembaca, katanya


"anwar tak tagih simpati. tapi, rakyat melihat sendiri dengan mata ..dengar dengan telinga . 
 apa yang dibuat oleh kerajaan BN terhadap anwar. dah berapa banyak tuduhan dikenakan kat anwar. dari dia sebelum dipenjarakan (1998). dipenjarakan kerana tuduhan UMNO yang tidak ada bukti yang sahih dan memang tidak benar sama sekali. 

dah anwar dilepaskan dari penjara, timbul lagi tuduhan2 lain. anwar seorang ke yang jahat dalam politik malaysia ni? yang nak sangat anwar masok penjara ni pasal apa? .

sebabnya BN sedar pengaruh anwar dikalangan rakyat Malaysia ni besar. walaupun bermacam2 tuduhan dibuat. walaupun beribu-ribu kali anwar difitnah dan diaibkan dalam media kerajaan"

Jadi, selepas semua komen dan riaksi dari rakyat, "tukanglawan" sangat yakin Umno tidak akan berani meneruskan usaha jahat memfitnah Dsai, cuma yang kesiannya, blogger yang menyebarkan cerita ini semakin diragui, nampak sangat berita yang mereka mainkan itu pembohongan semata-mata.

Blogger umno yang sepatutnya guna otak untuk pikat hati rakyat sudah tidka ubah seperti Utusan, sudah jadi kaki "spin" cerita semata-mata mahu blog mereka jadi laku.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Saham FGVH Hampir Rugi, Harga Gula Hampir Naik

Posted: 16 Jul 2012 10:07 PM PDT

Sebelum ni "tukanglawan" dah pernah siarkan satu artikel berkenaan saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH)yang susut teruk tidak sampai sebulan ia disenaraikan. ( Baca sini ).

Hari ini sekali lagi "tukanglawan" sampaikan satu berita yang kurang enak untuk kita dengar,  berita saham felda yang semalam jatuh teruk hampir di paras pembukaan. nilainya kini sudah sampai tahap paling kritikal. mari kita lihat graft dibawah.



Untuk pengesahan sila klik sendiri di paparan bursa saham kuala lumpur

Mungkin sekarang jika dijual ianya masih memberi sedikit keuntungan, namun sejauh mana ianya mampu bertahan, tanah peneroka sudah tergadai, tapak rumah pun sudah tergadai, andai kata nanti saham ini rugi, apakah peneroka akan kehilangan rumah mereka?

Tak apalah, nasik sudah jadi bubur, kita sangat mengharapkan agar tanah peneroka tidak tergadai, kita sama-sama doakan saham ini kembali melonjak naik. sedih bila mengenangkan peneroka yang bersorak sakan tempoh hari tertipu dengan janji manis menteri.

Melaburkan aset yang mereka ada merupakan satu risiko besar, lain halnya dengan bekas pak menteri yang mendapat keuntungan hanya atas angin tanpa perlu mencagarkan asset peribadinya. mungkin manis mulut si menteri, peneroka felda hanya dibuai dengan kata-kata fatamorgana, mereka diasyikan dengan kononya mereka akan kaya selepas saham ini melonjak naik, tapi apakah risikonya diterangkan juga kepada peneroka.

Dan bagi kita bukan peneroka, oleh kerana kilang gula sekarang milik felda, apakah harga gula akan dinaikkan bagi menampung kejatuhan harga saham ini?, kita tunggu dan rasa sendiri.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment