Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Terbongkar, "Timbalan Menteri" Seleweng Dana Kerajaan (RM82,000) Bagi Kegunaan PRU12

Posted: 17 Jul 2012 10:54 PM PDT

KUANTAN, 18 Julai - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan (foto) diminta menjawab satu dakwaan beliau telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan peruntukan kerajaan melalui Yayasan Hawa (Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang) bagi kepentingan peribadinya, ketika beliau memegang jawatan Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Pahang dulu. Berdasarkan maklumat, Maznah telah menggunakan dana kerajaan sebanyak RM82,000 untuk kegunaan peribadi beliau pada kempen Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Maznah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muazdzam Shah dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rabidin Kasmawi dengan majoriti sebanyak 2,520 undi. Beliau mendapat 6,681 undi sementara calon PKR itu hanya mendapat 3,161 undi. Maznah yang ketika itu merupakan Exco Pahang, kemudiannya dilantik sebagai Senator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memegang portfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 9 April 2009. Pemergian Maznah ke pusat menyebabkan tiada lagi wakil Wanita UMNO Pahang dalam barisan Exco Kerajaan Negeri dan portfolio beliau diambil alih oleh Dato' Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) sehingga sekarang. Apa yang dipertikaikan rakyat ialah tindakan Maznah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengagihkan dana kerajaan menerusi Yayasan Hawa yang ketika itu (2008) berada di bawah portfolio beliau?. Berdasarkan dokumen, kejadian berlaku semasa kempen PRU-12 lalu. Pada tarikh 27 Februari 2008, cek tunai berjumlah RM42,000 telah ditunaikan dan kemudiannya telah diserahkan sebanyak RM40,000 kepada Maznah selepas mesyuarat exco. Manakala sebanyak RM2,000 lagi telah diserahkan kepada individu bernama Tuan Hj.Ismail Abu Bakar (Ketua Pembantu Tadbir di Lembaga Pembangunan Tioman) pada tarikh yang sama. Semua bayaran dibuat atas perkara "penginapan, belanja dan pelbagai". Kemudian pada 3 Mac 2008 iaitu semasa kempen PRU-12 sedang berjalan satu lagi cek Yayasan Hawa berjumlah RM37,000 telah ditunaikan. Pada tarikh itu juga, dua kali serahan wang tunai sebanyak RM7,000 telah pun dibuat kepada Tn.Hj Ismail.

Sila klik untuk besarkan imej dokumen yang dipaparkan dibawah ini

Bukti, salinan dokumen penyelewengan Maznah Mazlan guna dana kerajaan
untuk berkempen pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008) yang telah lalu

Kedua-dua jumlah ini dibuat atas perkara "program rumah ke rumah dan kereta 4 X 4" bagi kegunaan Maznah berkempen ketika itu. Jumlah keseluruhan yang digunakan ialah sebanyak RM49,000 dan kemudian bakinya sebanyak RM33,000 telah diberikan kepada individu bernama Imelda yang merupakan Pembantu Khas (PA) Maznah Mazlan pada tarikh 13 Mac 2012 iaitu lima hari selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan. Penyerahan tersebut telah diperakui oleh Idros Yahya (Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang) Kesemua jumlah wang Yayasan Hawa yang digunakan ialah sebanyak RM82,000. Bukti tandatangan Imelda juga turut disertakan sebagai mengesahkan lagi adanya penyelewengan peruntukkan wang kerajaan ini.

[Kredibiliti dan ketelusan Dato' Maznah Mazlan semasa beliau menjadi Exco Pahang juga banyak dipertikaikan. Sebagai Exco pelancongan kebanyakan projek dipercayai telah diberikan kepada anak buah dan konco-konconya tidak kira dapat 'deliver' atau pun tidak. Lihat saja apa jadi dengan platfom IT pelancongan di Pahang ketika Maznah menjadi Exconya. Dengar khabar hinggakan laman web negeri pun diberikan kepada seorang pemimpin pemuda UMNO yang langsung tidak berkemampuan menyempurnakan projek tersebut. Sebaliknya ada sumber mengatakan bahawa si pemuda UMNO itu memegang nama dan alamat sebenar laman web pelancongan Pahang dan tidak mahu berganjak selagi permintaannya tidak dipenuhi ketika itu. Ini antara perkara yang membabitkan Maznah sebenarnya. Ada banyak lagi kontrak serta projekberkaitan pelancongan di negeri itu setengah masak, tidak profesional dan terbengkalai akibat tindakan Maznah memberikan kepada kontraktor tidak berwibawa yang ada hubungan rapat dengan beliau atau proksi-proksinya. Kini Maznah amat selesa menjadi Timbalan Menteri dan khabarnya beliau gemar menyimpan kereta Porsche dirumahnya. Beliau (Porsche Canyen) dan seorang anaknya yang sering berulang alik ke Kuantan kini menggunakan kereta mewah tersebut tanpa segan silu. Hidup bermewah-mewah keluarga Maznah sudah diketahui oleh umum dan menunggu masa untuk didedahkan selepas ini. Oleh itu kepada mana-mana pemimpin UMNO Pahang digesa berhenti menipu rakyat dan jangan fikir sewenang-wenangnya mereka boleh menipu serta menyelewengakan wang rakyat. Sudah tiba masanya, segala bukti-bukti akan didedahkan untuk dinilai oleh rakyat pada PRU-13 ini. Masanya sudah tiba untuk berubah!].


Ucapan Mat Sabu Di Himpunan Hijau K.Selangor

Posted: 17 Jul 2012 10:57 PM PDT




Posted: 17 Jul 2012 09:55 AM PDT



No comments:

Post a Comment