"tukanglawan"

"tukanglawan"


Pecah Rahsia Utusan, Wartawan Kene Halau.

Posted: 14 Jul 2012 07:38 AM PDT

Memang layak sangat Utusan dibuat kertas bungkus nasi lemak, seperti apa yang pernah dilakukan oleh presiden Wartawan dulu, Hatta Wahari, kerana apa, kerana Utusan itu penuh dengan pembohongan, Utusan tidak lagi melaporkan berita sebenar.

Tadi siang taktik penipuan itu terbongkar bila ianya dilaporkan oleh wartawan Malaysiakini iaitu Ahmad Fadli KC. ( baca sini )

Laporan yang memetik sebagai Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata bahawa pengamal media dibolehkan "memutar belit" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak didedahkan oleh Ahmad Fadli KC ketika Pengarang Utusan itu memberikan ucapannya dalam konvension Media 1 Malaysia.

Sambil membandingkan pengamal media yang memihak PR dan pihak media yang lebih memihak kepada BN, Mohd Zaini menggambarkan pemain media yang menyokong PR telah memenangi pentas informasi, kerana menurutnya media Pakatan tidak memandang habuan.

"Di sana ( Media PR) mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera),
" kata Zaini

Lantaran itu, ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia berkata, media pro BN boleh menggunakan taktik "SPIN" atau memutar belit fakta untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Etika sebenar wartawan ialah melaporkan berita yang benar, sedangkan Zaini menggalakkan pemain media memanipulasi dan memutar belit isu untuk kepentingan umno, ia sebenarnya sesuatu yang jauh tersasar dari etika kewartawanan,

Walaupun begitu , beberapa kerat wartawan masih berpegang kuat kepada etika tersebut, melaporkan apa yang sepatutnya, namun tahukan anda bahawa  wartawan Malaysiakini yang melaporkan perkara tersebut telah dihalau keluar dari dewan konvensyen kerana melaporkan apa yang didengarnya.



Jelaslah kini pada kita Utusan lebih suka jika wartawan "memutarbelit" fakta, dan jika ada yang melaporkan perkara sebenar, pasti mereka telah dipecat agaknya.

Ini sebagai bukti, wartawan malaysiakini yang melaporkan berita sebenar diarah keluar dewan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Iklan Solat Yang Tak Ada Di Malaysia.

Posted: 14 Jul 2012 05:59 AM PDT

Diorang kata negara ini negara islam, kata umno mereka tu lah penegak negara Islam, tapi tak terfikirkah stesyen TV dan tak mahu ke umno guna kuasa yang mereka peganguntuk mewajibkan stesyen TV menhasilkan iklan mengigatkan pentingnya solat.

Nampaknya stesyen TV sekarang lebih mahu mempromosikan K-pop yang dipelopori umno semenjak himpunan belia yang mengimport artis k-pop dari luar negara. kah.kah.kah.

Mana tanggungjawab stesyen TV menegakkan syiar Islam dalam negara yang kononnya islam nei, yang ada cuma Azan sekejap sebelum disambung dengan rancangan joget-joget dan nyanyi-nyanyi, tak lupa dengan drama yang kebanyakkannya cuma fatamorgana.

Kalau waktu berita, masuk waktu solat, yang ada cuma peringatan masuk waktu. takde pun iklan macam kat bawah.



Kalau boleh, stesyen TV buat la iklan macam ni, kurang-kurang dapat pahala, ramaja pun tertarik untuk bersolat. betul tak?

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Himpunan Oren Berjaya, Isa Samad Demam

Posted: 14 Jul 2012 05:30 AM PDT

Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.

Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1.

Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan berhampiran persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.

Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu.""

Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH (Felda Global Ventures Holdings Berhad), kita tetap lawan habis-habisan," katanya.

Katanya, perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."

Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu, katanya.


Selain itu, barisan peguam sedang membuat penelitian di peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan, tambah Mazlan.

Bahkan, katanya lagi, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas didakwanya dipaksa membeli saham untuk dilaburkan di FGVH.

Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ pula turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat didakwa "hilang kepercayaan" kepadanya.

"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.

Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.

Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini serta pihak Istana yang sudi menerima memorandum tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.

Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.

"Mereka berjalan dengan aman sepanjang perjalanan dan semasa tempoh berada di kawasan ini, peserta tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

"Pihak polis berjaya mengawal selia himpunan ini untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Memorandum garis lima perkara

Ditanya berhubung terdapat peserta membawa kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun ke bawah seperti yang dilarang bawah Akta Perhimpunan Aman, Zakaria berkata: "Kita akan tengok... (Tindakan) kita akan tentukan kemudian," katanya.

Gerakan Selamatkan Felda yang menganjurkan perhimpunan hari ini menggariskan lima perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong, antaranya:

Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka.

Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.

"Sudilah kiranya, Tuanku meneliti aduan dan fakta yang kami berikan dan belas kasihan rakyat jelata yang tertindas ini, mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku," memorandum itu dipetik.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Peserta Himpunan Oren Sudah Berkumpul Di KL

Posted: 13 Jul 2012 06:36 PM PDT

Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.

Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

Mari rakyat, kita turun, kita tunjuk solidariti kita, Saham FGVH jatuh teruk ( baca sini )

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment