Nota Kecil

Nota Kecil


Polis tak jumpa sekilo dadah dalam poket, Uncle Seekers dibebaskan dengan ikat jamin

Posted: 14 Jul 2012 06:45 AM PDT

"Aweks Uncle Seekers memang cun..." - Faqar
PEMBEBASAN Uncle Seekers dengan ikat jamin polis sekaligus membuktikan bahawa kuasa raja yang dianggap zalim tidak mampu menundukkan kuasa rakyat yang memperjuangkan keadilan.

Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd. Akhir Ishak mengesahkan, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari tadi di IPD Nusajaya.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan sekitar jam 7 malam pada 11 Julai lepas bagi membantu siasatan polis selepas beliau mendedahkan wajah sebenar kerabat Diraja Sultan Johor.

Mangsa yang sepatutnya dibicarakan di mahkamah semasa itu kemudiannya dibelenggu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sungguhpun akta itu dimansuhkan lalu diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. [baca MiloSuam]

Mohd Akhir bagaimanapun berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah. Uncle Seeker bakal ke tali gantung sebab sekilo dadah dijumpai dalam paket seluaq dia?

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

Difahamkan, beliau tidak dibicaralam demi menghalang segala bukti, gambar serta dokumen asli mengenai politik dalam Istana Johor didedah dalam mahkamah.

Hadi, Ghannushi rancang kemenangan PAS di PRU13

Posted: 14 Jul 2012 06:22 AM PDT

TG Hadi Awang (kanan) berbincang dengan Rashid Ghannushi
Kemenangan parti an-Nahda pimpinan Rashid Al-Ghannushi di Tunisia sudah tentu menjadi salah satu sumbu perjuangan PAS sempena mendepani musim Pilihan Raya Umum ke-13.

Atas maksud itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin demokrat liberal Ikhwan itu baru-baru ini.

Waktu parti Islam an-Nahda memenangi hati majoriti rakyat Tunisia, blogger penyokong PAS tanya, "Bilalah PAS nak ada Rashid al-Ghannushi…

"Sebab itu ana selalu katakan, pendekatan politik PAS kena berubah. Tak boleh nak serius sangat bab Islam. Bab nakkan hudud. Bab nakkan pemerintahan khalifah. Perjuangan Rashid membuktikan bahawa pendekatan moderat dan sederhana menjadi jalan yang sangat menarik pengundi.

"PAS kena ada orang macam Rashid al-Ghanusshi. Kena ada. Ana nampak elemen sama dalam diri Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Mujahid Yusof Rawa. Tapi kedua-duanya sudah menjadi diam sikit. Nasha lagi teruk – dah terlalu baik dengan orang UMNO. Selalu jumpa di lobi hotel. Mujahid sudah senyap."

Terlanjur bercakap mengenai Rashid al-Ghannushi mengingatkan saya pada tulisan Arak, bikini, hudud, Feqh Awlawiyyat & Parti Islam oleh Shamsul Muda di Malaysiakini.com.
Beliau memberi jaminan, bila berkuasa nanti, partinya tidak akan mewajibkan masyarakat Tunisia atau jutaan pelancong dari Barat, yang menghabiskan cuti mereka di pantai-pantai negara itu, dengan etika dan akhlak tertentu. (Rujukan : aljazeera.net)
Sehubungan itu, Ghannoushi menyatakan, parti pimpinannya itu tidak akan menghalang penjualan arak dan pemakaian bikini, yang begitu sinonim dengan sektor pelancongan di kebanyakan negara, termasuk Tunisia. (Rujukan : aljazeera.net)
Semoga PAS di bawah kepemimpinan Tok Guru yang sama-sama kita kasihi, Ustaz Hadi terus menyemarakkan ijtihad al-tanzili (baca: liberalisasi demokrasi relatif) dalam parti Islam berkenaan supaya selari dengan impian rakyat Malaysia yang majmuk.

"PAS Memimpin Perubahan Malaysia di PRU13"

SEBARKAN!
Klik gambar

Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Konvensyen Media Umno

Posted: 14 Jul 2012 05:23 AM PDT

WARTAWAN Malaysiakini.com Ahmad Fadli KC dihalau keluar dari Konvensyen Media 1Malaysia gara-gara melaporkan berita Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Mohd. Zaini Hassan.
Patut lah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum ini mengakui Utusan  'berniat jahat' terhadap Lim Guan Eng.
"Mahkamah berpendapat, ada niat jahat oleh pihak defenden dengan menggunakan perkataan 'menghapuskan' DEB (Dasar Ekonomi Baru)," kata Hakim Normala Salim pada 22 Jun lepas.
Guan Eng menang. Dua kali, Utusan putar alam dibuktikan mengfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Pantun:
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama dia mengaku sendiri...


SEBARKAN!
Klik gambar

Kuning pasti aman bak Oren jika tiada keganasan polis

Posted: 14 Jul 2012 04:23 AM PDT

Himpunan OREN selamat hari ini menyerahkan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FVGH) dalam Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa tindakan ganas pihak polis sebagaimana yang dicetuskan dalam himpunan serba kuning Bersih 3.0 lepas.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama-sama Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk Tamrin Tun Ghafar (pemimpin UMNO), Dr Rosli Yacob (bekas timbalan pengurus operasi di Bank Negara Malaysia), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Malaysia) dan dua peneroka (Tanggam dan Siti Halijah) dibenarkan masuk ke Istana.

Dalam perarakan dari Masjid Jalan Duta, Kuala Lumpur yang bermula kira-kira jam 2.20 petang tadi, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum - rata-rata berpakaian serba oren - melaungkan 'pecat Isa Samad', 'bebasan peneroka' dan 'Hancur Najib'.


Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Kerai merangkap Pengerusi PROTES) antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang mengisi pentas bantahan. [gambar kiri]


Peserta himpunan dikawal ketat oleh rantaian manusia di bawah selaian Unit Amal Malaysia.

Tidak lama selepas itu, sepasukan polis menyekat perarakan aman dari Jalan Dutamas 1 ke Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu sejarah 600 meter ke Istana seperti yang dipersetujui oleh polis dengan penganjur.

Mohamad Sabu berkata, Yang di-Pertuan Agong wajar campur tangan demi "mempertahan kepentingan Melayu".

Mazlan pula berkata, pihaknya akan "melawan habis-habisan" sungguhpun FGBH telahpun disenaraikan dalam bursa.

Tuan Ibrahim mendesak Isa Samad melepaskan jawatan disebabkan rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan lagi kepada rakyat bahawa mana-mana perhimpunan aman, termasuk Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas pasti aman sekiranya tidak menerima bedilan gas pemedih mata, meriam air serta sepak-terajang 'Polis Raja Di Malaysia'.  -END




SEBARKAN!
Klik gambar

Pemuda, Hafiz Nordin 'pertemuan biasa' - Yusni

Posted: 14 Jul 2012 02:28 AM PDT

Yusni
KETUA Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, pertemuan 'pasukan' beliau dengan Mohd. Hafiz Mohd Nordin di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang pada Ahad lepas adalah "pertemuan biasa".

Penjelasan itu sekaligus menolak dakwaan yang didedahkan sebentar tadi, iaitu pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni, pemuda pusat? 

"Itu, pertemuan biasa. Ustaz Hafiz hadir Hari Keluarga (PASTi) di situ atas kapasitinya sebagai ahli lembaga pengarah SRiBU (Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum) dan (atas kapasitinya sebagai) bekas ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

"Pasukan saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Hafiz. (Dewan) Pemuda PAS Negeri (Pulau Pinang) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan (kepada) mana-mana pemimpinnya untuk bertemu dengan Ustaz Hafiz Nordin," ujar beliau petang tadi menerusi telefon sejurus selesai menyertai perhimpunan aman OREN di ibu negara.

Yusni berkata, status terbaru Mohd. Hafiz turut diperjelas seperti yang diminta oleh seorang exco pemuda dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di Pejabat Agung PAS pagi tadi.

"Setiausaha (Perhubungan PAS Negeri) Mohd Noor (Harun) kata, pihaknya telah hantar laporan mengenai Ustaz Hafiz ini kepada pusat...kita tunggu lah apa tindakan selanjutnya," ujar beliau.

Demi membantu proses siasatan oleh Lembaga Tatatertib PAS Pusat, beliau berkata, pihaknya masih memerlukan bukti berupa rakaman mengenai pertikaian Mohd. Hafiz ke atas kepemimpinan PAS serta Pakatan Rakyat. 

"Apabila isu Ustaz Hafiz ini dibawa ke dalam mesyuarat (dewan) pemuda negeri pun, tidak ada rakaman...hanya bergantung pada cakap-cakap sahaja. Jika ada rakaman, sedap lah (boleh dijadikan bukti)," jelas beliau.

Pagi tadi, Yusni bersama-sama Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) dan beberapa pemimpin utama negeri didedah mengadakan pertemuan sulit serta usrah dengan Mohd Hafiz.

Sumber pusat dan negeri berkata, pertemuan yang dianggap sulit itu dipertikai kerana Mohd. Hafiz belakangan ini dilihat senada dengan Datuk Dr Hasan Mohd. Ali (bekas pesuruhjaya PAS Selangor merangkap pengasas JATi) mempertikai kepemimpinan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin tertentu Pakatan Rakyat. -END

Klik gambar

Pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni, pemuda pusat?

Posted: 14 Jul 2012 01:01 AM PDT


Hafiz Nordin sepentas dengan Hasan Ali JATI
SiRi-SiRi pertemuan sulit beberapa pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang dengan Mohd. Hafiz Mohd. Nordin yang ditanya dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat pagi tadi telah mengejutkan ahli dewan yang hadir.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dilaporkan turut tergejut serta terkesima semasa diminta memberi penjelasan mengenai kewajaran pasukannya bertemu dengan Mohd. Hafiz yang belakangan ini nyata menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Mohd Yusni kemudiannya cuba dihubungi menjelang jam 2 petang tadi bagi mendapatkan maklum balas lanjut, namun gagal.

Sumber-sumber dalaman Dewan Pemuda PAS Pusat yang diteroka bagaimanapun memberitahu, pertemuan sulit terbaru membabitkan Yusni serta beberapa pemimpin utama PAS negeri dengan Mohd. Hafiz pada Ahad lepas di Madrasah an-Nahdhoh, Kubang Semang.

"Kebetulan waktu itu mesyuarat PASTi. Ustaz Hafiz sah-sah ajak pemimpin PAS lawan Pakatan Rakyat, lawan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dalam ceramah-ceramah agamanya.

"Mana-mana ceramah, Ustaz Hafiz kata Pakatan Rakyat tak jaga Islam dan mainkan isu mayat mualaf dibiarkan (selama) enam jam di rumah mayat Cina (Leong San Tong) tanpa pembelaan untuk naikkan sentimen benci pada Kerajaan Negeri.

"Sebab itu, mereka dilihat mencurigakan apabila sembunyi-sembunyi buat usrah dengan Ustaz Hafiz...sebab itu kot mungkin Yusni terkejut pagi tadi," ujar sumber semasa dihubungi wartawan.

Sumber berkata, pertemuan sulit terbaru itu turut disertai oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang) serta beberapa pemimpin pro Hassan yang lain.

Mohd. Hafiz dipertikai oleh akar umbi parti kerana bekas ketua pemuda PAS Pulau Pinang itu menyokong kuat Datuk Dr Hassan Mohd Ali, bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat oleh parti.

Menurut sumber, Mohd. Hafiz didakwa senada dengan Hassan Mohd Ali menjayakan agenda JATi mempertikai kepemimpinan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak tiga bulan lepas.

Sumber Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPP NPP) yang dihubungi selepas itu turut mempersoal kejujuran pemimpin sayap pemuda di negeri berkenaan yang didedah mengadakan pertemuan sulit dengan Mohd. Hafiz. 

"Patutlah Ustaz Yusni kata: 'kita (pemuda) sudah buat laporan dan terpulang kepada (PAS) pusat untuk ambil tindakan atau tidak kepada Ustaz Hafiz' ketika ditanya dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri (Pulau Pinang)'," ujar sumber.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, difahamkan masih belum ada laporan rasmi dari mana-mana kawasan dikemukakan ke Lembaga Tatatertib PAS.

Dijangka isu ini bakal meledak dalam mesyuarat Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) kelak yang turut disertai oleh Afnan Hamimi. -END

Klik gambar

Malaysia perlu 'institutional reform' elak skandal Scorpene berulang - Mujahid

Posted: 14 Jul 2012 12:03 AM PDT


Mujahid
MALAYSiA memerlukan 'institutional reform' atau kerangka reformasi institusi pentadbiran negara demi memelihara kedaulatan negara, kata Datuk Dr Mujahid Yusof.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian semasa mengulas mengenai syarikat pertahanan Perancis, DCNS yang didedah 'membeli' satu dokumen sulit mengenai pembelian kapal selam kelas Scorpene yang sedang dinilai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dibeli oleh kerajaan pusat.

"Perjanjian itu bukan berasaskan pada (kepentingan) pertahanan negara dan keperluan nasional, tetapi berasaskan pada ahli-ahli politik yang mahu mengekalkan kuasa.

"Rasuah politik berlaku kerana tiada (doktrin) pengasingan kuasa yang hakiki (sehingga) tiada suasana demokratik yang subur.

"Rasuah berlaku disebabkan tiada peruntukan diberikan kepada semua parti, sesiapapun yang memerintah perlu lihat hakikat ini demi kepentingan negara.

"Setiap tahun, kerajaan (pusat) memberikan geran pada setiap parti politik RM10 juta umpamanya supaya semua parti-parti tidak perlu mendekati (ahli) korporat atau melakukan rasuah politik," kata beliau dalam forum Skandal Scorpene anjuran Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) malam tadi.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel dan Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera) turut tampil sebagai panel dalam forum tertutup yang dihadiri hampir 150 orang di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.

Perjanjian misteri antara kerajaan Malaysia dan DCNS Perancis berlaku pada 5 Jun 2002, iaitu semasa Perdana Menteri Malaysia Datik Seri Najib Tun Razak masih menjadi Menteri Pertahanan.

Anak syarikat DCNS bernama Thales didedah melakukan rundingan langsung dengan Terasasi (Hong Kong) Ltd. yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan Abdul Razak Baginda, iaitu bekas Setiausaha Politik kepada Najib.

Bapa kepada Abdul Razak merupaka pemilik Terasasi yang berpengkalan di Hong Kong.

Itu, tidak termasuk bayaran 36 juta Euro IRM142 juta) oleh kementerian kepada Terasasi yang kononnya untuk "kera-kerja komersial" seperti yang didedah oleh peguan Perancis, Joseph Breham yang menawakili SUARAM.

Perimekar yang dikuasai oleh isteri Abdul Razak turut didedah menerima bayaran 114.96 juta Euro daripada kementerian sebagai "koordinator perkhidmatan".

Pada 26 Julai 2006, kapal selam ini dinamakan sempena bekas-bekas perdana menteri - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - demi menutup unsur penyelewengan kuasa dari diketahui rakyat.

Kapal selam sulong dilancarkan di Perancis pada 24 Oktober 2007 dan KD Tunku Abdul Rahman itu tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

SUARAM pada 23 Disember 2009 mengemukakan laporan pada Mahkamah Perancis bagi memulakan siasatan awal agar maklumat mengenai perjanjian kerajaan Barisan Nasional pusat dan Perimekar yang dianggap "rahsia kerajaan" di Malaysia diperoleh.

11 Februari 2010, KD Abdul Rahman dilaporkan tidak boleh menyelam atas masalah teknikal.

Manakala pada April 2010, Mahkamah Perancis dilaporkan menerima usul menyiasat tuduhan rasuah berjumlah 114 juta Euro yang dibayar sebagai komisyen daripada DCNS Perancis kepada Perimekar.

Mei 2010 pula, waranti KD Tunku Abdul Rahman yang dipanjangkan dikenal pasti luput.

Pada 2 Julai 2010, kapal selam kedua sampai di Lumut enam bulan lewat dari masa yang dijadualkan.

7 Julai 2010, krew kapal selam Malaysia dilaporkan berpotensi hilang rating menyelam mereka disebabkan tidak pernah menyertai sebarang penyelaman percubaan.

Ini kerana, dilaporkan, KD Tunku Abdul Rahman tidak turun ke laut berpunca oleh masalah teknikal yang berlarutan.

16 Mac 2012 lepas, kes misteri itu akhirnya dibuka dalam Mahkamah Perancis di depan Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tounaire.

Beberapa akhbar antarabangsa melaporkan, nama Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan mendiang Altantuya Shaaribu (yang diletupkan dengan C4 di Malaysia) disebut semasa proses siasatan tersebut berlangsung. -END

Klik gambar

Mujahid kini bergelar Datuk

Posted: 13 Jul 2012 09:05 PM PDT

Mujahid
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof antara 1,138 yang tersenarai sebagai penerima anugerah kebesaran sempena hari jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Mujahid dianugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Mujahid yang kini merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dipilih menerima gelaran itu atas sumbangannya di peringkat antarabangsa seperti mewakili Malaysia ke Parlimen OIC serta mengetuai rombongan Sekretarian Muslim ASEAN (AMSEC) ke Afrika Selatan pada tahun 2001.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR merangkap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim turut dianugerah Pingat Jasa Masyarakat (PJM) yang membawa gelaran Datuk.

Difahamkan, tiada pemimpin DAP menerima anugerah kebesaran pada majlis penuh istiadat selama empat hari di Dewan Sri Pinang, George Town mulai hari ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mendahului senarai penerima anugerah kebesaran dengan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga yang lain menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala lapan orang menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Lima orang dianugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 64 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 33 Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 179 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 341 Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 333 Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 114 orang Pingat Bakti Setia (PBS). -END

No comments:

Post a Comment