"tukanglawan"

"tukanglawan"


Najib Pun Tak Berani Nak Debat Tau.....

Posted: 13 Jul 2012 07:01 AM PDT

Bila baru-baru ini, Ac Mizal saudagar gelang yang kaya raya tu naik angin sebab Abby Abby mempertikai slogan polis, Ac Mizal pulak jadi rosmah, dia lantik diri dia sendiri mewakili anak-anak polis. kah..kah..kah.


Dan lepas tu Abby pulak reply, dia kata dia berani kalau nak debat, dia boleh bawak bukti dan saksi lagi.


Macam mana ni, Abby pun berani tau , walaupun dia seorang wanita, apa kisah pulak menteri wanita sorang tu, sampai hari ini tak berani pun nak debat.. kah..kah..kah








Rupanya menteri wanita itu tak berani berdebat. kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Lagi Bukti PM Tak Tunai Janji.

Posted: 13 Jul 2012 05:52 AM PDT

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih tidak mempercayai apa yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2009 dan masih menuntut keadilan sepenuhnya daripada pihak kerajaan meskipun kejadian tersebut sudah berlalu tiga tahun lalu.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menegakkan keadilan untuk mendiang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika diwawancara dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor, Lee Lan mengimbas kembali pertemuan bersama Perdana Menteri tiga tahun lalu di mana beliau berjanji akan memberi jawapan yang munasabah kepada keluarga dan mereka yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman berat.

Dengan nada sebak Lee Lan melahirkan kekecewaan kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Najib yang sehingga kini masih gagal mencari keadilan untuk kematian abang beliau.

"Tidak ada keadilan. Kes sebesar ini dilengahkan. Janji kosong diberi, tidak ada kebenaran walaupun semua orang mengambil berat tentang kes ini.

"Kerajaan tidak mengambil berat walaupun rakyat beri sokongan. Perangai kerajaan tidak menghiraukan (kes ini)," kata dalam nada sebak dan kecewa.

Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan 'terbuka' berhubung punca kematian bekas pembantu Exco Selangor ,Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas

Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.



Jelas la simpati najib sekadar meraih sokongan, janji -janji najib hanya sekadar sampah.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Terdesak, Lagi Idea Anwar Ditiru Umno. ( Video)

Posted: 13 Jul 2012 04:57 AM PDT

Sangat jelas umno dah kering idea, kalau sebelum ini gempar bila najib cuba meniru banyak idea-idea yang diketengahkan Pakatan Rakyat seperti Pemansuhan ISA, penghapusan tol, dasar gaji minima dan banyak lagi, najib dengan selamba dan tak reti malu meniru pula idea "kesederhanaan" yang lama dulu pernah dibicarakan oleh Anwar Ibrahim.

Maka melalak-lalak lah najib sana sini perihal "wasatiah" cuma entahkan najib benar-benar faham entahkan tidak "tukanglawan" tak dapat pastikan, mungkin jika kita ukur dari apa yang dilakukan oleh najib dalam hidupnya, boleh lah kita anggap dia tak berapa faham apa maksud sebenar "wasatiah itu".

Kini, bagi menggambarkan umno itu masih releven, Muhyiddin pula meniru apa yang pernah dilakukan oleh Anwar dulu, Muhyiddin Yassin mahu supaya satu gelombang baru tentang penggunaan bahasa Melayu dapat diwujudkan dalam tempoh terdekat.

Sudah lupakah budak-budak bawahan Anwar itu, yang dulu boss mereka lah yang paling kuat memperjuangkan bahasa melayu, ketika itu papan tanda pun tidak boleh mencampur adukkan bahasa, jika bahasa melayu digunakan, ia mestilah bahasa melayu yang betul.

Zaman itu juga kalau kita lihat berita-berita di TV, penyampai berita akan menggunakan bahasa Baku, cuma bila Anwar di buang dari kabinet oleh mahadey, bahasa rojak akhirnya digunakan sehingga ke hari ini.

Umno sudah terdesak, apa lagi idea dan pemikiran Anwar mahu mereka tiru, sudahlah meniru apa yang Anwar lakukan, lebih baik beri saja Anwar itu jadi perdana Menteri.

Kerana apa?, kerana dia lebih layak jadai Perdana menteri dari Najib dan Muhyiddin.

Berita sedih dalam bahasa baku pada tahun 1995




Berita sedih dalam bahasa tidak baku 2011



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Peringatan Kepada Peserta Himpunan Oren

Posted: 13 Jul 2012 04:25 AM PDT

Esok 14 Julai 2012, Kuala Lumpur akan digegarkan kembali dengan laungan Hidup Rakyat selepas menyepi selama hampir 4 bulan iaitu selepas Bersih 3.0...     

 Ini berkenaan Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 2 petang esok. Mengikut tinjauan Mulut Kecoh, Kuala Lumpur kini telah dikerumuni oleh warga felda yang telah siap sedia untuk turun ke jalanraya petang esok... Kebanyakkan Hotel-hotel telah dipenuhi oleh warga felda dan rakyat yang prihatin. Tetapi jangan risau kepada peserta yang dari jauh yang masih belum menempah hotel... untuk pengetahuan, ada lagi hotel yang masih kosong tetapi jaraknya jauh sedikit dengan Masjid Wilayah, Jalan Duta..
Mengikut info yang terkini, Pihak Polis telah mula lakukan sekatan jalanraya untuk menyekat para peserta himpunan oren..untuk keselamatan, Mulut Kecoh nasihatkan t-shirt2 berwarna oren perlu disimpan di tempat yang selamat...yela..dahulu Pak Najib hanya takut warna kuning..kini oren juga dia takut...so pandai2 lah simpan supaya terselamat dari anjing2 kerajaan ini sebelum himpunan bermula..

Mengenai Pasukan Unit Simpanan Persekutuan yang kita kenali dengan nama FRU... FRU telah sedia untuk beraksi esok setelah hampir 4 bulan mereka berehat...Mengapa Mulut Kecoh berkata demikian..Ini disebabkan telah ada beberapa individu yang kurang ilmu membuat laporan polis untuk membantah Himpunan Oren...mengikut kebiasaan, jika ada laporan polis membantah himpunan gergasi, semestinya FRU akan turun beraksi...Mulut Kecoh menyeru kepada peserta2 himpunan agar membawa garam, air mineral dan kain untuk keselamatan ketika himpunan ini... 

Yang kini merisaukan Mulut Kecoh berkenaan SB iaitu polis yang berpakaian Preman.. jika di Bersih 3.0.. golongan ini lah yang melakukan huru-hara sehinggakan mesej Bersih 3.0 tidak dapat disampaikan dengan jelas kepada seluruh dunia... Jika ada golongan ini didalam himpunan kita kali ini, Mulut Kecoh mewajibkan anda mengambil gambar mereka seberapa banyak yang mungkin dan salurkan kepada pihak yang menyebelahi kita... ini perlu untuk pendakwaan kepada mereka2 yang membuat kecoh ketika himpunan aman ini dijalankan...

Kepada polis2 yang bertugas esok hari...saya nasihatkan kepada anda, janganlah melakukan sebarang yang tidak diingini ketika himpunan ini berlangsung.. Warga felda serta rakyat yang hadir esok bukan untuk melakukan keganasan...kami datang untuk menuntut hak kami... kami ditipu, kami dianiaya... bantulah kami jayakan himpunan ini.. hanya Allah SWT yang dapat membalas apa yang anda lakukan...

Jika ada apa2 infomasi yang ingin anda kongsikan berkenaan Himpunan Oren Selamatkan Felda, untuk Twitter, anda boleh taip #HimpunanOren12 dalam tweet anda... Di Facebook... anda tolong sharekan di  https://www.facebook.com/BlogTukangLawan untuk info kepada peserta himpunan yang lain

Mulut Kecoh bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) menjemput semua warga felda dan rakyat yang prihatin agar dapat turun bersama kami untuk menjayakan  Himpunan Oren Selamatkan Felda..

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

GEMPAR !!! Tahniah Warga Felda, Anda dapat Lagi Habuan

Posted: 12 Jul 2012 04:22 PM PDT

Berita ini khas untuk makcik dan pakcik felda yang tegar menyokong umno, jugak artikel ini ditujukan khas untuk budak-budak felda yang tak habis-habis kene tipu dengan PM, dengan umno.

Tahniahlah sebab dah dapat "durian runtuh " dari najib, rezeki ALLAH nak bagi, itu pun kalau tidak didesak, takde la najib takut dan antah dari sumber mana korek duit tabur bagi pada orang felda.

Cuma yang najib tak cakap, duit tu sebenarnya bukan dari poket dia, jadi tak ade sebab sangat la kan nak cium tangan najib tu. lain la kalau duit tu dari poket dia, yang najib dengan orang umno nak belagak sangat entah la kenapa.

Melalak-lalak orang umno sebelum ni, terutama pencacai umno, bila FGVH disenaraikan dalam bursa saham, mencanak naik nilainya "sekejap"

Puak pencacai umno yang tak reti apa benda ni bersorak-sorak macam "monkey dalam Sarkis", tak tahukah normal la, mana-mana saham mula masuk akan naik sebab jadi tumpuan. tapi sekarang apa dah jadi.

Tengok bawah nei dulu.




Ok , kita dah tengok dah video najib melalak-lalak depan makcik dan pakcik felda , sekarang dengan bangganya kita persembahkan pulak statistik bawah ni untuk makcik dan pakcik felda pulak.




Amacam, hebat tak, naik macam roket, lepas tu tenggelam lebih laju dari kapal selam najib.

Najib yang tak "rera" terhadap mereka yang bantah Penyeneraian saham ni, hari ini masih "muka tak tebal"  pada peneroka felda walaupun saham ni dah mula jatuh mendadak, mudah sekali rakyat felda ditipu hidup-hidup, mereka kini dah masuk perangkap lanun.

Harap-harap puak "kroni" buat la sesuatu ye sebelum nilai saham tu jatuh lebih rendah dari harga pembukaan, sebab nilai sekarang dah jatuh teruk sangat dah.

Tahniah la buat makcik pakcik felda yang jadi penyokong tegar umno, selepas dapat "durian runtuh" sekarang dapat gelak lagi. itulah percaya sangat dekat najib.

Buatlah sesuatu, masih sempat lagi sebelum terlambat, jangan mangsakan pakcik dan makcik di felda.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment