"tukanglawan" |
- 11 Orang Yang Sentiasa Di Doakan Oleh Malaikat
- LIVE Ceramah Menjelang PRU13
- Panas !!! Polis Buat Panas
- Transformasi Ustazah Mashita Oleh umno
11 Orang Yang Sentiasa Di Doakan Oleh Malaikat Posted: 07 Jul 2012 02:57 PM PDT
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan. bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat." 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' " 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya. setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'" 10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." 11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." Sumber : loveloveislam.com Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . | ||
Posted: 07 Jul 2012 06:20 AM PDT Malam ini dibawakan secara langsung dari Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Ampang,Selangor dibawakan kepada anda ceramah umum bertajuk Menjelang PRU13 oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bermula leboh kurang 9.00 malam ini, anda boleh mengikuti siaran langsung itu disini, sila kongsikan link ini kepada rakan-rakan anda. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . | ||
Posted: 07 Jul 2012 05:55 AM PDT Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, memberitahu, polis memulai provokasi terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan mengacukan pistol ke udara sambil berdiri ketika menunggang motosikal. "Lebih kurang 30 polis, diketuai seorang anggota di hadapan sekali, mengacukan pistol ke udara seperti seorang 'koboi'. Ketika itu, mereka melawan arus sepanjang Jalan Raja Laut dan di sekeliling mereka ada ribuan manusia," katanya. Menurut Khairul, polis terbabit turut melaungkan: "Kalau berani datanglah depan, kenapa lari?" berkali-kali kepada lebih 2,000 peserta di kawasan itu. Khairul berkata, beliau juga sempat menyaksikan seorang peguam dibelasah teruk oleh sekumpulan polis. "Saya tak boleh buat apa-apa, saya hanya mampu berikan mangsa (peguam) itu sehelai sapu tangan untuk menutup luka di muka beliau," katanya. Bercerita lanjut mengenai pengalamannya dalam himpunan 28 April itu, Khairul berkata, beliau cemas ketika dua wanita yang juga wartawan Bernama masuk ke dalam keretanya dan mengadu kesakitan akibat terkena gas pemedih mata. "Saya berikan mereka air mineral untuk menghilangkan kesan gas tersebut," kata Khairul yang juga seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saksi pertama, R Kunabal juga yakin situasi yang pada mulanya aman bertukar menjadi kelam kabut hanya selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air kimia. "Saya berada di Pejabat Majlis Peguam, keadaan mulanya tenang saja, orang ramai bagaikan berpesta tetapi menjadi huru hara selepas gas pemedih mata dan semburan air kimia dilepaskan," jelas Kunabal. Khairul, Kunabal dan seorang lagi saksi, Baharuddin Hashim hadir memberi keterangan dalam sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . | ||
Transformasi Ustazah Mashita Oleh umno Posted: 06 Jul 2012 06:21 PM PDT Ustazah ini semua kita kenali dulu, ketika itu dia tidak pun bergelar YB, ketika itu ustazah ini yang selalu keluar di TV bolehlah dikatakan seorang yang disegani. rasanya apa yang dibicarakan olehnya ketika itu bolehlah kita ambil jadikan panduan. Semalam ustazah ini mengemparkan ramai kawan-kawan di facebook, bila dalam satu rancangan forum di kaca TV malas sebelumnya, ustazah ini mengatakan golongan Artis dan Pelakon tak perlu la bicara soal Agama. ( sila baca disini ). Ini agak pelik, kerana artis dan penyanyi juga sebenarnya bertanggungjawab menyeru kepada kebaikan, jika pandai mengolah, filem dan lagu boleh digunakan untuk mengagungkan ALLAH, boleh juga filem dan lagu dibikin untuk membuatkan kita lebih mahu mendekatkan diri pada Islam. itu juga namanya berdakwah. Sebenarnya sejak di"TRANSFORMASI" kan oleh umno. mashita sendiri memang sudah jadi pelik, juga sudah berani mempersenda hukum HUDUD, hukum ciptaan tuhan untuk manusia. Sedikit sedutan bagaimana ustazah yang telah "ditransformasikan" oleh umno mempersenda hudud Andai belum lagi negara ini bersedia untuk menjalankan hudud, jangan sesekali memperlekeh hukum ciptaan tuhan hanya kerana mahu menjaga jawatan dan kuasa. Kerana mahu menjaga pangkatlah, mashita sanggup persenda hudud, benarlah akhir zaman Agama dijual untuk kepentingan diri sendiri. Jom kita tengok transformasi mashitah oleh umno, Amacam, nampak macam artis tak ustazah ni sekarang?, lip-lap-lip lap... mengerlip Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment