Pahang Daily Online |
- Media Rakyat: The Scorpene Sting On Malaysia !!
- Panas: SUKMA, 'Mufti Pahang' Di Gesa Keluarkan Fatwa Tentang Nyalaan Obor Sukan Itu Di Pahang
- WebTV : Ceramah Ng Sue Lim Di Parlimen Pekan !
- Panas: Najib Lupa Diri Bila Keluarkan Kenyataan Siapa Mahu Jadi PM, Mesti Bersih Masalah Moral!
- AntaraPos: PAS Kelantan Tidak Perlu Bantuan BN
- Tempoh Tahanan Reman Uncle Seekers Di Lanjut
- Panas: Perasmian Sukan Malaysia Terencat, Gara-Gara Pembaca Ikrar Di Boo Penonton Malam Tadi
- Web TV PAS Pahang: Ceramah Perdana Mat Sabu
Media Rakyat: The Scorpene Sting On Malaysia !! Posted: 08 Jul 2012 04:10 AM PDT |
Panas: SUKMA, 'Mufti Pahang' Di Gesa Keluarkan Fatwa Tentang Nyalaan Obor Sukan Itu Di Pahang Posted: 08 Jul 2012 03:41 AM PDT KUANTAN, 8 Julai - Mufti Pahang, Dato' Abd Rahman Osman (foto) digesa mengeluarkan fatwa tentang apakah hukumnya menyalakan obor sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 sekarang ini. Jika benar beliau bekerja untuk agama dan bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak, maka beliau sepatutnya awal-awal lagi telah mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. Pada majlis perasmian kejohanan itu di Stadium Darul Makmur malam tadi, obor kejohanan telah dinyalakan sebagai simbolik temasya sukan terbesar di Malaysia itu. Walau pun pada awalnya ramai yang menjangka obor tidak dinayalakan susulan melihat tiada "larian obor" pada kejohanan kali ini. Larian obor telah digantikan dengan "larian baton" oleh pihak penganjur, namun selepas itu ramai yang terkejut apabila tiga tembakan api dilepaskan untuk menyalakan obor terbabit. Persoalannya, kenapa Mufti Pahang ini tidak menegur penganjur agar membatalkan acara tersebut. Jika beliau boleh keluarkan kenyataan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan aman bantah Lynas, maka sepatutnya beliau juga perlu berani menegur nyalaan obor kejohanan tersebut sebenarnya. Hukum upacara membawa obor telah disepakati oleh ulama sedunia yang mengeluarkan fatwa membawa obor adalah daripada adat agama Majusi. Maka itu membawa obor adalah "haram" hukumnya dari sudut agama Islam. Penggunaan obor direka ketika zaman Olimpik yang pertama di Olimpia Greek kuno. Greek kuno ini adalah agama Majusi iaitu "menyembah sukan api". Selepas itu ditiru pula oleh sukan yang lain termasuklah sukan-sukan di negara kita Malaysia yang mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam. Justeru, nyalaan obor kejohanan Sukan Malaysia di Pahang ini juga dikira haram berdasarkan penerangan itu tadi. Mufti Pahang, sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini jika beliau benar-benar bekerja untuk agama. Namun, jika dia tidak berani berbuat demikian bermakna dia telah "menutup mata dan hatinya" untuk menyatakan sesuatu atas perkara ini. Jadi sebelum kita melihat larian obor ini sesuai atau tidak dengan syariah Islam maka marilah kita mengkaji realiti terlebih dahulu dan sejarah larian obor ini. Kemudian dari sini barulah kita bertolak kepada hukum syarak. Tiada larian obor, tapi kenapa obor tetap dinyalakan di SUKMA Pahang ini Api Olimpik, Obor Olimpik, dan Cahaya Olimpik semuanya merupakan nama-nama bagi satu lambang promosi Sukan Olimpik. Asal-usulnya terletak di Yunani Kuno di mana sebuah api dibiarkan bernyala sepanjang sambutan sukan Olimpik Kuno, serta memperingati kecurian api ini dari dewa Zeus oleh Prometheus. Api ini diperkenalkan semula pada Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam, dan semenjak itu menjadi sebati dengan Sukan Olimpik. Larian obor dari Greece ke tapak sukan moden itu tiada dalam temasya Olimpik kuno, sebaliknya diperkenalkan oleh Carl Diem, dengan sokongan Joseph Goebbels, di Olimpik Berlin 1936 yang diselubungi kontroversi sebagai cara memupuk fahaman Nazi. [The New York Times 14.08.2004] . Bagi masyarakat Yunani kuno, api membawa erti kerohanian. Api suci ini dikisahkan pernah dicuri dari dewa-dewi oleh Prometheus. Maka, api boleh dijumpai di kebanyakan tempat suci di Olympia, Yunani. Sebuah api yang membara secara berpanjangan di atas masbah Hestia di Olympia, Greece. Ketika berlangsungnya temasya Olimpik yang memberi penghormatan kepada Zeus, api tambahan di kuilnya dan juga kuil ratunya Hera. Api Olimpik moden dinyalakan di tapak di mana ianya pernah didirikan kuil Hera. [Setelah kita melihat dengan jelas bahawa larian obor dan nyalaan obor ini ternyata berasal dari akidah khurafat masyarakat Rom dan juga merupakan hadharah (peradaban) kufur, sedangkan Rasulullah melarang umat Islam mengikuti jejak langkah dan apa yang dilakukan oleh orang kafir, maka apakah patut bagi umat Islam merayakan khurafat dan tahyul Olimpik ini? "Dari Ibn Umar Radiyallahu anhu berkata, bersabda Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam, "Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". [HR Ahmad, Abu Daud dan Tabrani]. Apakah negara dan pemerintah Malaysia berbangga dengan menjalankan aktiviti yang dilakukan oleh Penyembah api dan Pemuja Api ini? Tidakkah mereka merasa bahawa aktiviti ini sama macam puak Majusi yang menyembah dan mendewa-dewakan api? Adakah pemerintah perlu berbangga kerana tidak ada kekacuan dalam majlis yang berasal dari Majlis Keagamaan bangsa Rom ini? Apa pun alasan yang diberikan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti khurafat ini pastinya akan ditanya oleh Allah swt di akhirat kelak tentang apa yang mereka lakukan. Maka itu, wajarlah Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan beliau tentang isu tersebut dengan kadar segera]. |
WebTV : Ceramah Ng Sue Lim Di Parlimen Pekan ! Posted: 08 Jul 2012 02:31 AM PDT |
Panas: Najib Lupa Diri Bila Keluarkan Kenyataan Siapa Mahu Jadi PM, Mesti Bersih Masalah Moral! Posted: 08 Jul 2012 03:22 AM PDT Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) di Bangi hari ini. Najib tanpa merasa malu dengan bangganya menegaskan mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral dan bukan dihambat dengan pelbagai skandal yang belum terjawab. Kata Perdana Menteri, pemimpin yang tiada kekuatan moral tidak layak memimpin Malaysia kerana individu seperti itu hanya pandai menuduh orang lain sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal. Kenyataan Najib ini seolah-olah merasakan yang diri beliau adalah satu-satunya pemimpin yang layak dan bersih dari segala skandal selama ini. Sepatutnya Najib tidak berkata demikian, ini kerana seluruh dunia kini tertumpu kepada kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu yang dikaitkan dengan beliau. Walau pun dia menafikan mengenali Altantunya, namun beberapa pendedahan terbaru termasuk kenyataan ayah wanita itu bagai mengesahkan lagi hubungan antara Najib dengan anaknya. Malah, kematian Altantunya juga dikaitkan dengan komisyen kapal selam "Scorpene" yang mana ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan Malaysia yang menguruskannya. Ditambah lagi dengan penglibatan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi polis pengiring Najib. Itu belum termasuk nama Razak Baginda yang turut dikaitkan dengan kes ini walau pun mahkamah di negara kita mengatakan beliau tidak bersalah dan dibebaskan. Ramai melihat ada rahsia tersembunyi dalam kes ini kerana mana mungkin Sirul dan Azilah membunuh Altantunya tanpa arahan dari mana-mana pihak. Misteri inilah yang bakal menyebabkan moral Najib tergugat sebenarnya. Malah, beberapa tahun dulu nama Najib juga pernah dikaitkan dengan seorang artis terkenal tanahair dalam isu "Skandal Port Dickson". Ada pihak yang berkata, jika tidak kerana Isa Samad (MB Negeri Sembilan) ketika itu, tidak mungkin Najib boleh menjadi Perdana Menteri sekarang. Lantaran itulah, bagi membalas jasa Najib terpaksa melantik Isa sebagai Pengerusi Felda walau pun dibantah oleh rakyat. Semua ini adalah skandal dan moral yang jelas boleh menjatuhkan kreadibiliti beliau sebenarnya. Oleh itu usahlah Najib terlalu berbangga dan mendabik dada kononnya dia tiada masalah moral dan bersih, walhal hakikat sebaliknya!. [Najib tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang terkena ke atas hidung beliau sendiri sebenarnya. Kenyataan beliau itu jelas membuktikan yang beliau tidak sedar dan lupa diri. Merasakan dirinya bersih sedangkan beliau lebih teruk dari itu. Malah, dia tergamak melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, sedangkan sudah jelas Isa melakukan kesalahan moral akibat rasuah semasa pemilihan UMNO. Malah, ramai lagi pemimpin UMNO yang terpalit dengan skandal serta tidak terlepas daripada masalah moral selama ini. Justeru, usahlah mendabik dada dan bangga atas diri sendiri sedangkan seantero dunia lebih tahu siapakan Najib dan Rosmah Mansor itu. Adalah lebih baik UMNO berhenti dari bermain politik berunsur seks dan moral jika mahu terus mendapat tempat dihati rakyat. Umum mengetahui, ramai pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin, sednagkan mereka yang lebih teruk dalam isu-isu sebegini. Rakyat kini bijak berfikir dan menerima sesuatu kenyataan dan mereka pasti akan melakukan perubahan besar pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang]. |
AntaraPos: PAS Kelantan Tidak Perlu Bantuan BN Posted: 08 Jul 2012 01:14 AM PDT |
Tempoh Tahanan Reman Uncle Seekers Di Lanjut Posted: 08 Jul 2012 03:51 AM PDT JOHOR BAHRU 8 Julai - Perintah tahanan reman terhadap pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas (foto) atau Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor menerusi blognya, dilanjutkan selama tiga hari lagi. Majistret Hafizah Johor Ariff Johor membenarkan tempoh reman Syed Abdullah dan teman wanitanya berusia 26 tahun yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sebelum ini Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap Syed Abdullah mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan Jumaat lalu, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang kelmarin, di IPD Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu. [Isu Uncle Seekers ditangkap polis ini telah berjaya menenggelamkan isu bekas MB Perak, Ir.Nizar Jamaluddin menghina Sultan Johor. Kini, semua pihak tertumpu kepada kes tangkapan Uncle Seekers. Ramai yang berpendapat beliau akan dikenakan tindakan yang keras sehebat dia ditangkap bersama teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. Soalnya, kenapa beliau ditangkap sedemikian rupa, sedangkan pihak polis boleh mengarahkan dia membuat kenyataan di balai polis sama seperti yang dihadapi oleh Nizar. Namun, ia jauh berbeza dan kemudiannya polis mengesahkan positif dadah jenis morfin. Begitu cepat kenyataan itu dan ia menimbulkan kemusykilan. Malah ada maklumat dia dibelasah ketika di dalam lokap polis dan berbagai lagi info yang kini bermain di fikiran rakyat. Apakah nasib Uncle Seekers agaknya?. Apakah beliau akan ke tali gantung, jika disabit dengan kesalahan dadah berkenaan?. Sama-sama kita tunggu info selanjutnya, apa nasib beliau?]. |
Panas: Perasmian Sukan Malaysia Terencat, Gara-Gara Pembaca Ikrar Di Boo Penonton Malam Tadi Posted: 08 Jul 2012 03:50 AM PDT KUANTAN, 8 Julai - Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang 2012) malam tadi tercemar apabila kesilapan seorang pembaca ikrar (foto) yang gemuruh dan tergagap-gagap untuk menyebut perkataan "berintegriti". Paling mengejutkan, akibat kesilapan itu beliau telah di "booo" oleh orang ramai yang berada dalam Stadium Darul Makmur malam tadi. Siaran yang turut dibuat secara langsung menerusi TV2 RTM itu turut disaksikan oleh jutaan penonton dan peminat sukan di seluruh negara. Malah, lebih malang lagi ketika itu bacaan yang dibuat adalah dihadapan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang, Menteri Belia Dan Sukan termasuk lain-lain pembesar negara dan negeri ini. Soalnya sekarang, kenapa insiden ini boleh berlaku sedangkan sudah beberapa kali latihan intensif dibuat sebelum itu. Penganjur wajar dipersalahkan kerana kesilapan menyediakan "skrip" menyebabkan pembaca ikrar terbabit yang juga seorang athlet sukan negara tersasul dan tergarap-gagap akibat gemuruh. Soalnya, kenapa beliau dipilih untuk membaca ikrar sedangkan nampak jelas dari awal lagi dia agak tidak berapa yakin untuk berbuat demikian. Skrip ikrar sepatutnya dibuat dalam bahasa yang mudah untuk dihafal dan difahami agar ia melekat di hati athlet yang membacanya. Kesilapan yang berlaku telah mencacatkan upacara perasmian Sukan Malaysia malam tadi sebenarnya. Apapun, kami tidak menyalahkan pembaca ikrar terbabit. Mungkin kerana beliau masih muda dan sudah pasti darah gemuruh menjelma tatkala berhadapan dengan acara rasmi seperti itu. Apa yang menyedihkan ialah sikap penonton yang "booo" beliau hingga bergema satu stadium. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil ikhtibar atas kejadian ini. Lakukan yang terbaik agar segalanya dapat berjalan lancar tanpa insiden seperti ini lagi pada masa akan datang hendaknya. Insiden semasa bacaan ikrar jelas sekali telah mencacarkan acara perasmian [Insiden seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika penganjur berhati-hati memilih pembaca ikrar dan menyediakan skrip yang lebih mudah. Dalam keadaan seperti ini, sememangnya sesuatu yang tidak dirancang pasti akan berlaku. Makanya, pihak berkenaan perlulah lebih berwaspada agar ia tidak berulang lagi. Kecacatan sewaktu upacara perasmian seperti ini sudah pasti akan menganggu kelancaran acara sukan sepanjang temasya berkenaan. Pahang selaku tuan rumah buat kali kedua kejohanan sukan terbesar di Malaysia seharusnya lebih bersedia dengan pengalaman yang sudah ada. Namun, anehnya keadaan sebaliknya pula berlaku. Cuma harapan kita, tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan pada kali ini. Ambillah pengajaran di atas kejadian seperti ini]. |
Web TV PAS Pahang: Ceramah Perdana Mat Sabu Posted: 08 Jul 2012 12:58 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment