Pahang Daily Online |
- Panas: Angin Perubahan Di Sabah Bermula, Lajim Ukim Umum Perletakan Jawatan Dari UMNO BN
- Panas: 'Agen Gores' Semakin Ganas, Mangsa Kian Ramai Tapi Pelik Kerajaan Masih Gagal Bertindak
- Pesara Kecewa Di Saman Polis Ketika Beli Juadah Buka Puasa Dekat "Bazar Ramadan" Di Kuantan !
- Rumah Untuk Di Jual (Indera Mahkota Kuantan)
- Panas: Sayuti Omar Dedah Kawan Rapat PM Najib Razak Bakal Sertai PAS Dalam Masa Terdekat Ini !
- Tazkirah Ramadhan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
- Kuliah Maghrib: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Panas: Angin Perubahan Di Sabah Bermula, Lajim Ukim Umum Perletakan Jawatan Dari UMNO BN Posted: 28 Jul 2012 09:22 AM PDT KOTA KINABALU, 28 Julai - Datuk Seri Lajim Ukin (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO. "Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau. "Bagi menentukan keahlian saya dalam UMNO, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya. Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini. Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. Lima hari yang lalu beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perletakkan jawatan beliau ini merupakan satu malapetaka besar buat UMNO BN pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Kini, harapan rakyat untuk melihat angin perubahan di Sabah semakin bersemarak dengan senario ini. |
Panas: 'Agen Gores' Semakin Ganas, Mangsa Kian Ramai Tapi Pelik Kerajaan Masih Gagal Bertindak Posted: 28 Jul 2012 03:07 AM PDT KUANTAN, 28 Julai - Orang ramai yang berkunjung ke pusat membeli belah Kuantan Parade dekat sini menggesa pihak berkuasa terutamanya pihak polis bertindak segera terhadap agen kad "gores dan menang" yang kini semakin berleluasa di kawasan letak kereta berhadapan pasaraya itu. Mereka bukan sahaja memerangkap orang ramai dengan tawaran hadiah lumayan yang semuanya "menipu", malah kini sudah mula berlagak samseng dengan mengugut mana-mana mangsa yang enggan mengikuti tawaran mereka selepas kad tersebut digores. Senario ini amat membimbangkan dan ramai orang Melayu yang beragama Islam kini menjadi mangsa. Pihak berkuasa tidak perlu menuding jari kepada orang awam kononnya "bodoh kerana mempercayai tawaran gores dan menang" itu, sebaliknya merekalah yang perlu mengadakan operasi pemantauan bagi membenteras aktiviti tersebut. Mereka yang menjadi mangsa terkadang "dipukau dengan ilmu hitam" hingga menurut sahaja kehendak agen berkenaan. Malah, mangsa terkadang rela mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak kerana terpengaruh dengan hadiah yang ditawarkan. Banyak laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa namun semuanya tetap sama. Malah, semakin hari semakin ramai yang menjalankan kegiatan tersebut di situ. Berdasarkan laporan hampir 100% mangsa adalah berbangsa Melayu sama ada kakitangan kerajaan mahu pun peneroka Felda. Difahamkan, mangsa yang sudah terpengaruh dengan hadiah akan dipaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli barangan yang ditawarkan sama ada secara tunai atau melalui kad kredit. Mereka akan dibawa ke pejabat operasi pihak terbabit yang terletak di Jalan Beserah, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Tun Ismail dan banyak lagi. Paling mengejutkan setiap bulan seorang agen dilihat berjaya membuat jualan puluhan ribu ringgit dan syarikat mendapat untung jutaan ringgit hasil penipuan tersebut. Ini berdasarkan maklumat seorang mangsa yang sempat melihat papan kenyataan pejabat operasi pihak itu baru-baru ini. Berpuluh kali laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa, namun masalah ini tetap gagal diselesaikan. Jika jenayah seperti ini mereka gagal bertindak, maka apatah lagi dengan jenayah yang lain.
Bukti, sekumpulan agen gores dan menang sedang bersedia untuk masuk dan mendesak seorang pemuda (baju putih) di depan Kuantan Parade [Soalnya sekarang, kenapa pihak berkuasa terutamanya polis, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terlalu sukar untuk menyekat aktiviti terbabit?. Bukankah mereka boleh menyamar sebagai orang awam jika mahu menangkap agen berkenaan. Mereka boleh datang dengan kenderaan ke lokasi dan menyamar sebagai mangsa untuk dibawa ke pejabat pihak itu bagi memudahkan operasi. Kenapa terlalu sukar melakukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Bak kata pepatah "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan orang awam semata-mata kerana mereka adalah mangsa keadaan. Pihak berkuasalah yang perlu bertindak dengan mengatur strategi penyamaran jika mereka benar-benar ingin membantu. Tindakan pihak berkenaan seolah-olah memberi lesen kepada aktiviti "gores dan menang" terus beroperasi hingga terkadang menakutkan orang awam. Difahamkan, pihak polis sendiri tiada peruntukan undang-undang untuk menahan agen berkenaan kerana sudah banyak laporan mereka dibawa ke balai polis tetapi begitu mudah dilepaskan. Apakah makna semua ini?. Kenapa undang-undang negara kita begitu longgar terhadap jenayah seperti ini?]. |
Pesara Kecewa Di Saman Polis Ketika Beli Juadah Buka Puasa Dekat "Bazar Ramadan" Di Kuantan ! Posted: 28 Jul 2012 01:49 AM PDT KUANTAN, 28 Julai - Seorang pesara kerajaan hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dia dikenakan saman oleh pihak polis trafik ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan (pokok buluh) di kawasan letak kereta berhadapan Mahkota Square dan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini petang semalam. Beliau kecewa kerana pihak polis langsung tidak mahu bertimbang rasa dengan orang ramai yang terpaksa meletakkan kenderaan diluar kotak parkir sepanjang Jalan Mahkota memandangkan ruang yang disediakan sudah tidak mencukupi. "Saya ke situ sekitar jam 4.00 petang semalam untuk membeli juadah berbuka puasa. Puas cari parking... tak jumpa.. maka last sekali saya letakkan berhampiran kenderaan lain yang berada disekitar jalan itu... Sungguh malang apabila kembali ke kenderaan saya dapati ada resit saman polis trafik pada kenderaan saya. Saya tahu polis buat kerja, tapi mereka juga perlu tengok situasi. Bukan ikut suka macam Penguatkuasa MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) selama ini. Majoriti kenderaan memang diletakkan di luar kotak parkir.. kenapa hanya kereta saya yang kena?", kata beliau. Difahamkan beliau sudah berhubung dengan pihak polis mengenai masalah itu dan meminta ia dipertimbangkang. "Polis suruh saya berurusan dengan penganjur Bazar Ramadan dan pihak MPK sendiri, yang benarkan ia diadakan di situ", katanya lagi dengan nada kecewa. [Persoalannya sekarang, wajarkah operasi saman parkir dilakukan ketika bulan Ramadan terutamanya di kawasan bazar seperti itu?. Pihak berkuasa termasuk polis trafik, JPJ dan Penguatkuasa MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) sepatutnya lebih bertimbang rasa di bulan puasa ini. Memang benar banyak kenderaan terpaksa diletakkan di luar kotak parkir, namun siapa yang salah sebenarnya?. Kenapa MPK luluskan permit perniagaan bazar di situ?. Bukankah kawasan itu ialah kawasan parkir awam sebenarnya. Sepatutnya, kelonggaran diberikan kepada orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa. Memang benar, undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi. Namun, bukankah undang-undang itu ciptaan manusia maka sudah tentu budi bicara dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum mereka sewenangnya mengeluarkan surat saman]. |
Rumah Untuk Di Jual (Indera Mahkota Kuantan) Posted: 27 Jul 2012 11:09 PM PDT [Lokasi Di Indera Mahkota 2 | Teres Kos Sederhana Dua Tingkat (3 Bilik & 2 Bilik Air) | Luas Lot: 82 Meter Persegi | 10 Minit Ke Bandar Kuantan & 20 Minit Ke Plaza Tol LPT Kuantan (Bukit Goh) | Kemudahan: Depan Padang, 100-150 Meter Dari Surau, KAFA, Pasaraya Tunas Manja & Ten Ten, Futsal, Food Courts, Dobi, Pusat Tuisyen, Restoran, Gerai Makan & 7 Eleven | 500 meter ke Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah | Harga RM125K (Boleh Runding) | Sesuai Utk Di Buat Aset (Penyewa Di Uruskan RM400-RM500 Sbln) Student IPT (RM600-RM1000 Sbln). Berminat, Sila Hubungi Talian Hotline 012-385 4400 Sekarang | Siapa Cepat Dia Dapat!]. |
Panas: Sayuti Omar Dedah Kawan Rapat PM Najib Razak Bakal Sertai PAS Dalam Masa Terdekat Ini ! Posted: 27 Jul 2012 10:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Julai - PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu. Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar (foto) menyatakan perkara itu di dalam blognya. Berikut adalah tulisan beliau. PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai PAS. Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan PAS dan menyertai majlis-majlis PAS selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai PAS. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai PAS di dalam Ramadhan ini juga. Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. Satu majlis penyerahan borang PAS akan dilakukan tidak lama lagi. Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada UMNO. Dunia akan melihat UMNO sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen. Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada Presiden UMNO, Najib Razak. Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan dedah lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum menjelang PRU ini. Sumber |
Tazkirah Ramadhan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man Posted: 27 Jul 2012 02:12 PM PDT |
Kuliah Maghrib: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Posted: 27 Jul 2012 02:15 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment