Nota Kecil

Nota Kecil


Guan Eng: AWLU dibina di Pondok Upeh, Kg.Genting batal

Posted: 27 Jul 2012 02:40 AM PDT

ASiAN Women Leadership University (AWLU) akan kekal dibina di Pulau Pinang sungguhpun tidak membabitkan 100 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau demi memelihara kepentingan hartanah rakyat di kawasan berkenaan.

Guan Eng tunjuk surat Idris Jala
Pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mencadangkan satu tanah lain di Pondok Upeh, Balik Pulau sebagai tapak alternatif untuk dibina AWLU.

"Selepas Kerajaan Negeri berjaya memujuk AWLU untuk memilih kawasan lain, proses pemerolehan tanah telah dibatalkan," ujar Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Klik gambar untuk pembesaran
Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menolak dalih pemimpin Umno negeri kononnya tanah kampung berkenaan 'selamat' disebabkan perjuangan penduduk setempat semata-mata seperti dilaporkan akhbar The Star pada 26 Julai lepas.

Laporan itu antara lain menyebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Bahang merangkap Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, "wira bagi kampung tersebut adalah mereka sendiri".

Namun, menurut Guan Eng, Hilmi memberi gambaran sedemikian kerana pembangkang Pulau Pinang tidak mampu lagi mempertahan hasrat Kerajaan Pusat yang diteraju Barisan Nasional untuk mendirikan AWLU di Kampung Genting sebelum ini.

Malah katanya, Hilmi juga terperangkap dalam politik rasis yang cuba disemarakkan Umno Pulau Pinang apabila mendapati 100 ekar tanah Kampung Genting itu hakikatnya  membabitkan 59 Cina dan 39 Melayu.

"Ini bukan sahaja telah melumpuhkan serangan rasis Umno, tetapi juga telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri hanya memperoleh tanah untuk tujuan awam," kata beliau.

Bukti 40 pemilik tanah jumpa Guan Eng
Terdahulu, lebih 40 pemilik tanah dari pelbagai bangsa dilaporkan mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan Guan Eng di Komtar, George Town pada 5 Julai lepas gara-gara bimbang dengan hasart pusat membina AWLU di kampung mereka.

Hasil perbincangan itu, Guan Eng menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sekadar memudah cara hasrat Kerajaan Pusat mengambil alih tanah tersebut sebagaimana peruntukan Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960.

Sejurus itu, ADUN Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad bersama-sama sekumpulan pemuda Umno melancarkan demontrasi di Balik Pulau sambil menuduh pentadbiran Guan Eng cuba merampas tanah Melayu.

Klik gambar untuk pembesaran
Dalam reaksi spontan, Guan Eng mengemukakan surat hitam putih bertarikh 12 Jun lepas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Idris Jala yang menyebut mengenai hasrat kerajaan pusat untuk membina AWLU di Kampung Genting sehingga membuntukan pembangkang Pulau Pinang.

Kontroversi itu berlaku sebelum Maison Height yang dikuasai oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) didedah terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu lain di Kampung Genting, Balik Pulau yang mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta. -END

INGAT! Umno parti lanun!

'United Myanmar Nepal Organization'


Artikel berkaitan:
Hasrat pusat bina Universiti lahir bimbang warga Balik Pulau
Bukti bina Universiti di Balik Pulau hasrat kerajaan BN pusat
Guan Eng alu-alukan saman dua pemimpin Umno P.Pinang
Musa, Umno P.Pinang kelupoq selepas dilihat khianat Melayu?

MPN patut cadang PM buang nama penggundi ragu jika yakin menang PRU 13

Posted: 27 Jul 2012 12:56 AM PDT



Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

MAJLiS Profesor Negara (MPN) yang membuat kajian mengenai 'Majaroti Mahu BN Kekal Tadbir Pusat' mendapat tempelak daripada rakyat sekaligus menampakan sekali lagi 'ke-kangkongan' badan akademik tersebut.

Selepas 'diketawakan' rakyat dalam beberapa isu seperti 'Malaysia tidak pernah dijajah' dan 'Isu Mat Indera', kumpulan yang digelar 'kang-kung' ini sekali lagi membuat dapatan kajian yang berbentuk lucu dan humor kepada rakyat.

Kita tidak tahu samada semua 'kang-kung' ini sedar atau tidak dengan kajian mereka. Adakah mereka buta dengan kebangkitan rakyat? Atau hanya mereka-reka digit-digit tersebut untuk memuaskan hati Perdana Menteri?

Apakah mereka tidak melihat bahawa rakyat bangun melawan regim BN yang zalim di seluruh pelusuk Negara? Adakah mereka tidak melihat kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH, HIJAU, OREN dan lain-lain lagi?

Badan akademik ini yang selalu melakukan 'kontrovesi' tidak lagi dihormati oleh rakyat seperti Badan Peguam, SUHAKAM dan lain-lain lagi yang lebih dilihat dinamik dan berintegriti berbanding MPN yang dilihat lebih bersifat membodek.

Sebelum PRU 12, Merdeka Center telah melaporkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat 72 peratus undi popular, namun apa yang terjadi pada Mac 2008? BN hilang 2/3 kerusi Parlimen dan 5 buah negeri.

Apa yang menarik, pelbagai 'umpan' yang diberikan oleh Pak Lah antaranya rebet cukai jalan dan lain-lain pada masa itu gagal menarik penggundi sehingga Imam Islam Hadhari hampir menjadi PM terakhir Umno/BN.

Sejarah itu berulang kini, Najib diampu bagaikan dewa yang turun dari kayangan. Apa yang dilakukan oleh Najib cuba 'disolek' menjadi indah dan menawan. Tetapi hakikatnya, rakyat semakin menyampah dengan Umno/BN.

MPN tidak seharusnya menjadi bahan ketawa anak muda kini yang semakin terbuka dan boleh menerima perubahan reformasi dan bukannya transformasi 'kosmetik' yang dibawa Najib.

Golongan cerdik pandai ini juga turut mengampu sehingga 'wajah' cendiakawan yang menghiasi muka mereka menjadi begitu buruk dan hodoh akibat perbuatan mengampu mereka itu.

Penulis mencabar MPN agar memberi saranan kepada Najib supaya mengeluarkan hampir 400,000 nama meragukan dalam daftar pemilih SPR pada saat ini dan bubarkan Parlimen jika yakin boleh merampas kembali 2/3 majaroti Parlimen dan 4 buah negeri?

Jangan jadikan badan akademik Negara sebagai satu alat Umno/BN sehingga mencacatkan wajahnya sendiri akibat terlapampau mengampu kerajaan.

Artikel berkaitan:
Kempen Aman Malaysia,'Saya Pilih Mengundi' cuba tutup penyelewengan SPR

Wibawa Afnan jadi Ahli Majlis Agama dipersoal tapi Salleh Man elak

Posted: 27 Jul 2012 12:49 AM PDT

Mansor menunjuk surat perkenanan Agong melantik Mohd. Salleh (kanan)
dan Ahli-ahli Majlis MAINPP yang lain sambil diperhati Abdul Malik (kiri).
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Saleh Man yang baru dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini mengelak dari mengulas mengenai kontroversi pelantikan Afnan Hamimi Taib Azamudden ke kerusi ahli majlisnya menggamit pelbagai tanda tanya.

Mohd Salleh
Mohd. Salleh lebih mengetahui sebab-musabab di sebalik langkah Afnan yang dilihat seringkali senada dengan pembangkang Pulau Pinang dan Mohd. Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) menyerang kepentingan negeri, termasuk mendesak Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP pada April lepas.

Yang nyata, langkah Afnan ini seakan mempercepat lorongan Mohd. Salleh ke kerusi Yang Dipertua MAINPP sungguhpun dilihat menghakis semangat setiakawan PAS bersama DAP dan PKR atas wadah Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Tak ada apa-apa komen, pelantikannya (Afnan) telahpun diterima," dalih Mohd. Saleh pagi tadi semasa ditanya wartawan di Komtar, George Town.

Sebelum pada itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman mengumumkan senarai Ahli Majlis MAINPP sesi 2012/2013 seperti yang diperkenan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

DARI KIRI: Sazali, Malik, Mansor, Mohd Salleh & Maktar.
Abdul Malik selaku Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap bekas Yang Dipertua MANINPP, Sazali Husssein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, JHEANPP) dan Malik, Maktar Haji Shapee (ADUN Sungai Bakap) turut hadir dalam sidang media di Komtar, George Town.

Mansor pamer Surat Agong.
"Perlantikan ini dikuakuasa serta merta bermula pada 1 Januari (lepas) hingga 31 Disember 2013, iaitu satu sesi penuh," ujar Mansor sambil menunjukkan surat perkenanan Agong.

Perlantikan Afnan yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang  ke kerusi Ahli Majlis MAINPP menjadi perhatian kerana beliau pada 23 April lepas mendesak Abdul Malik melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP sungguhpun diketahui umum bahawa Kerajaan Negeri melalui Mansor serta Mohd. Salleh sedang berusaha mendapatkan perkenan mengadap DYMM YD Agong di Istana bagi mengemukakan nama YDP MAINPP yang baru dari kalangan tokoh PAS sebelum ini.

"Dewan Pemuda Pas negeri sudah mengemukakan pandangan terbaik dan menyatakan bahawa mereka tidak setuju Abdul Malik memegang jawatan YDP  MAINPP dan mahu melepaskannya, saya akur dengan tuntutan itu serta  menghormatinya," kata Afnan dipetik dari Sinar Harian online 23 April lepas.

ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua bagi membantu Mohd. Salleh.

Afnan Hamimi
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus, Faiza Zulkifli (Penasihat Undang-Undang Negeri), Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri), Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri) adalah empat dari lima Ex-Officio yang menganggotai majlis tersebut.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri masih menunggu nama seorang lagi ex-officio bagi menggantikan bekas Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Ayob Yaacob yang berpindah tugas ke Bukit Aman baru-baru ini.

Tujuh dari lapan Ahli Majlis lain adalah Abdul Azizi @ Aziz Che Yaacob, Rosidi Hussain, Zainuddin Haniff, Dr. Wan Salim Mohd. Noor, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Noor Hayati Jaafar dan Dr. Danial Zainal Abidin.

Seorang lagi Ahli Majlis akan diumumkan kemudian bagi mengisi kekosongan bekas Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa yang berpindah tugas ke Kuala Lumpur. -END

Artikel berkaitan:
Apakah kelayakan Afnan Hamimi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama sungguhpun lawan Exco Kerajaan Negeri P.Pinang?

Guan Eng alu-alukan saman dua pemimpin Umno P.Pinang

Posted: 26 Jul 2012 09:50 PM PDT

Guan Eng
KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau sedia disaman gara-gara mengulas mengenai pembabitan dua pemimpin Umno negeri dalam penjualan tanah di Balik Pulau yang mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta.

"Jika mereka mahu menyaman kita (kerajaan negeri), mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian. Kita tidak takut kerana kita mempunyai fakta dan maklumat mengenai dakwaan kita," kata Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kontroversi ini timbul apabila Pengarah Urusan Maison Height merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) didedah menjual tanah itu selepas membeli daripada 31 pemilik tanah berwajib di Kampung Terang, Balik Pulau.

Difahamkan, Maison Height ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am. 

Maison Height didedah mempunyai modal berbayar RM1 juta dengan Musa mempunyai RM500,000 saham dan Omar memiliki RM449,999 saham. RM1 saham berbaki dimiliki oleh adik Omar bernama Omar Harun.

Pada 31 Januari lepas, Maison Height didedah berjaya mendapat pindah milik tanah seluas 9.362 ekar berkenaan daripada 31 Melayu dengan harga RM8.6 juta atau RM21 sekaki persegi.

Maison pada 6 Mac lepas, didedah menjual kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan harga RM33 sekaki persegi.

"Maison Height atau Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan hampir RM5 juta daripada transaksi tanah dalam (kira-kira) masa tiga setengah bulan.

"Adakah ini cara Umno mempertahan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa," tanya Guan Eng.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan meminta kedua-dua pemimpin Umno berkenaan menjelaskan kaedah keuntungan RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada 31 pemilik tanah Melayu berwajib.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mempersoal keikhlasan pemimpin pembangkang Pulau Pinang mengenai hasrat Kerajaan Pusat membina Asian Women Leadership University (AWLU) di atas 100 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau yang turut menerima kerjasama daripada Kerajaan Negeri.

Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Umno Pulau Pinang sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng acapkali digambarkan cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan.-END


INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

Puasa ajar erti kemanusiaan, kata Chin Wen

Posted: 26 Jul 2012 06:47 PM PDT

CHIN Wen bersama warga JKKK
TUJUH Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sekitar DUN Bukit Tengah, Pulau Pinang diraikan dalam satu majlis berbuka puasa malam tadi.

Ong Chin Wen
ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen berkata, beliau berminat dengan falsafah di sebalik kewajipan berpuasa yang ditempuhi oleh umat Islam dengan penuh sabar dan takwa.

"Puasa adalah suatu amalan yang mengajar kita erti kemanusiaan. Umat Islam yang kaya pun wajib berpuasa untuk merasai pengalaman lapar dan dahaga sahabat-sahabat seagamanya di bulan yang mulia ini.

"Sebuah kerajaan pun perlu menghayati keluh kesah rakyat di bawah ini. Sebab itu, pelbagai program emas seperti RM100 untuk warga emas, ibu tunggal OKU (orang kelainan upaya), 'Pelajar Emas' diberikan tiap-tiap tahun," ujar beliau di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Tengah, Bukit Tengah.

Haji Bahrain.
Turut hadir Yang DiPertua PAS Cawangan Kebun Sireh, Haji Bahrain dan Setiausaha JKKK setempat, En. Zahir.

Dalam perkembangan yang sama, Chin Wen mengumumkan Majlis Bersahur Bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman pada Ahad, 12 Ogos 2012, jam 4 pagi di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah.

"Semua dijemput hadir untuk sama-sama dengan Datuk Mansor awal pagi itu," kata beliau.

Simbol pemimpin umat Islam setempat dihargai.
En. Zahir (kiri) bersama rakan seperjuangan.

Saya sebak teringat cinta Nabi, cina Bilal

Posted: 26 Jul 2012 05:07 PM PDT


Pembaca sekalian, saya tak tahu sebab apa saya sebak hari ini. Astaghfirullah

Saya rindu Rasulullah. Saya rindu ukhwah Rasulullah dengan Saidina Bilal bin Rabbah.

Ya Allah, pilihlah saya yang jahat dan hina ini untuk jadi Sahabat Nabi. Saya nak jadi macam Bilal sebab Nabi sayang Bilal.

Amin!

Samseng Umno P.Pinang jadi 'tikus' di Mahkamah selepas belasah wartawan

Posted: 26 Jul 2012 10:32 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng lihat
kesan serangan samseng Umno di kepala Adam Chew.
DUA samseng Umno yang menyerang bekas wartawan Kwong Wah Daily bernama Adam Chew memilih untuk menyelesaikan kes jenayah mereka di luar mahkamah dengan masing-masing membayar RM1,500.

Dua tertuduh itu adalah Mohammad Norman Ismail dan Mohamad Firdaus Ahmad.

Mereka didakwa menyerang Adam semasa perhimpunan aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, George Town pada 26 Februari lepas.

Perbicaraan semalam dilaporkan mula lewat gara-gara salah seorang peguam pihak pembelaan mengendali kes di mahkamah lain.

Adam diwakili oleh pendakwa raya  Suhaimi Ibrahim dan Edward Chan di depan Hakim Majistret Siti Salwa Ja'afar.

Dilaporkan, Norman dan Firdaus selama hampir sejam merayu dan mahu berunding untuk tidak menyelesaikan kes mereka di kamar perbicaraan.

Selepas menerima maklum balas pihak pembelaan dan pendakwaan, Siti Salwa mengumumkan kedua-dua mereka bersetuju membayar RM1,500 seorang kepada Adam.

Norman dan Firdaus didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang Chew pada 26 Februari, semasa pertengkaran yang berlaku sewaktu protes membantah loji Lynas di Gebeng yang dianjurkan oleh kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.

Denda yang kena dibayar di bawah Seksyen 260 (1) dan (5) Kanun Prosedur Jenayah dan merupakan satu pembebasan.

Adam kini merupakan pembantu peribadi kepada ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Adam -  yang berhenti bertugas dengan Kwong Wah pada bulan April -  bersetuju dengan penyelesaian tersebut dan menerima wang itu di mahkamah, berkata beliau akan menyumbangkannya untuk membiayai perbelanjaan perubatan seorang kanak-kanak.

Ditanya sama ada dia menuntut permohonan maaf dari Norman dan Firdaus juga, Adam berkata dia tidak akan memaafkan mereka kerana memanggilnya dengan nama rasis seperti 'Cina babi' semasa pertengkaran tersebut.

"Saya tidak menyetujuinya kerana wang tetapi kerana dengan menyelesaikan di luar mahkamah, mereka mengakui kesilapan mereka," kata Adam. -END


INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

No comments:

Post a Comment