"tukanglawan"

"tukanglawan"


Projek Beli Ahli Parlimen PKR, Najib Terlibat Sama

Posted: 21 Jun 2012 09:49 AM PDT

Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

"Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

"Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan," beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.

"Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli," tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.

"Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.

"Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

"Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.

"Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat," jelas beliau.

Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Jom Tonton Ceramah Live Malam Ini

Posted: 21 Jun 2012 06:06 AM PDT

Satu lagi siri ceramah live untuk anda malam ini, ceramah umum hari ini bertajuk  Awas ! Pengundi Hantu Di Rumah Anda 

Buat anda yang berkesempatan dan tinggal berhampiran banting, anda masih sempat lagi memeriahkan ceramah yang diadakan di No 8, Taman Bentara 7/49, Jln Merbuk, Bt 9 Kebun Baru, Teluk Panglima Garang,Banting, Selangor.

Penceramah malam ini ialah
YB Rani Osman, YB Yunus Hairi dan ramai lagi, namun bagi anda yang tidak tinggal berdekatan, boleh  menontonnya disini, masa siaran adalah dari jam 900malam-12malam dan dibawakan oleh anda oleh Selangorku.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Sepina Kapal Selam Dah Keluar, Najib Pasti Berdebar.

Posted: 21 Jun 2012 01:48 AM PDT

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan 'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis

Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.

"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.

Jasbir yang dikatakan sebagai kenalan rapat Abdul Razak Baginda didakwa bertindak sebagai orang penting dalam urus niaga antara syarikat Malaysia Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis DCNS.

Jasbir dan Abdul Razak juga didakwa bersama-sama menjadi pengarah syarikat Tererasi Ltd di Hong Kong.

Mahkamah Perancis mengeluarkan sepina itu apabila syarikat negara itu yang membekalkan kapal selam Scorpene kepada Malaysia dituduh membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.

Baiklah, "tukanglawan" agak-agak selepas ini sepina akan dikeluarkan kepada Razak baginda, kemudian kepada Najib Razak, jika najib razak tidak mahu membalas Sepina itu ( pergi ke Mahkamah) maka waran tangkap akan dikeluarkan, Apakah najib akan ditangkap?..

Dan kalau Najib ditangkap, Malulah Negara ni. betul tak?.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Persoalan Kenapa orang muda sinikal pada politik?

Posted: 21 Jun 2012 01:19 AM PDT

Ramai menisbahkan sikap orang muda yang melengahkan atau tidak mahu mendaftar sebagai pemilih sebagai petunjuk kurangnya kesedaran politik. Maka, ada cadangan mewajibkan pendaftaran automatik bagi sesiapa yang telah mencecah usia 21 tahun (iaitu usia layak mengundi di Malaysia).


Justifikasinya kerana ia hak rakyat bagi memilih kerajaan yang dimahukan. Jika tidak, jangan mengkritik jika kerajaan yang terpilih itu tidak cocok dengan kemahuan sendiri.

Malah, mengundi sebagai cara memilih kerajaan satu ciri khusus demokrasi. Ini ada benarnya.

Meskipun percaya bahawa penting untuk mendaftar sebagai pemilih dan turun mengundi, saya tidak bersetuju bahawa kita tidak perlu mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih.

Saya percaya kebebasan perlu diberikan kepada mereka yang layak - sama ada untuk berdaftar sebagai pemilih atau tidak. Kadangkala, tidak mengundi juga satu sikap politik.

Bagi sesetengah pihak, mengundi tidak penting. Untuk mereka, siapa pun membentuk kerajaan mestilah mengamalkan prinsip luhur demokrasi. Pilihan raya hanyalah satu bentuk khusus tetapi bukan segala-galanya dalam demokrasi.

Mereka ini tidak mahu menghadkan amalan demokrasi hanya kepada pilihan raya yang dijalankan antara 4 hingga 5 tahun sekali. Apa yang lebih penting bagi mereka amalan demokrasi antara satu pilihan raya ke pilihan raya yang kemudian.

Jangan salah faham. Saya tidak bermaksud menggalakkan orang ramai untuk tidak mengundi. Saya sendiri telah menggunakan hak sebagai pemilih sebanyak dua kali.

Saya berbeza pandangan kerana mahu mengajak isu ini dibincangkan dengan lebih luas berbanding mematikannya dengan kesimpulan cetek bahawa ramai orang muda tidak mempunyai kesedaran politik.

Penyertaan tanpa parti, pilihan raya

Di luar sana ramai kenalan saya mempunyai kesedaran politik yang tinggi tetapi tidak melihat pilihan raya sebagai sesuatu yang utama.

Mereka percaya perubahan dalam masyarakat masih boleh dilakukan tanpa terlibat dengan parti politik atau membuang undi.
Berdasarkan pemerhatian, saya fikir kecenderungan orang muda bersikap sinikal terhadap politik sesuatu yang lumrah. Ramai orang muda melihat politik dengan penuh rasa tidak percaya.

Ini kerana ada orang politik yang ucapannya berdegar-degar tentang perjuangan agama, bangsa dan negara, membela orang miskin dan memerlukan serta membentuk pentadbiran yang bersih dan cekap; tetapi yang dilakukan adalah sebaliknya.
Ini tidak bermaksud semua orang muda menolak politik. Fakta bahawa hampir 50 peratus pengundi terdiri daripada pengundi muda cukup untuk menunjukkan bagaimana ia memberi kesan kepada corak pengundian.

Selain itu, kita tahu ramai orang muda yang berpendidikan tinggi dan berbakat berada dalam parti politik.

Malah ramai bekas pimpinan pelajar di universiti dan pimpinan belia kini menjadi wakil rakyat, mewakili parti berbeza dalam kerajaan dan sebaliknya.
Sebahagian usaha mereka membawa citra politik baru dapat dirasai, meskipun terpaksa berdepan dengan kumpulan pemimpin status quo yang tidak punya idealisme, intelektualisme dan aktivisme.
Selain itu, ada juga orang muda yang dipancing mendekati politik dengan cara yang salah. Mereka ditaburkan habuan perniagaan atau kemudahan bantuan untuk menggerakkan organisasi belia yang diikuti.

Pendapat 'politik itu kotor'


Ada yang hanya diperlukan untuk memenuhi majlis atau dibayar upah melakukan tugas-tugas tertentu yang remeh. Malah ada yang diasuh menjadi besar kepala dan samseng hanya kerana merasa dilindungi oleh pihak tertentu.

Secara ringkasnya, orang muda, bahkan rakyat seluruhnya lebih banyak diberikan gambaran negatif tentang politik. Maka, tidak hairanlah kita sering mendengar pendapat 'politik itu kotor'.

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk menjernihkan pandangan ramai, khususnya orang muda terhadap politik.

Pertama, demokrasi sebuah sistem yang dibentuk atas asas kepercayaan bahawa manusia mempunyai pandangan berbeza dan hak untuk berpandangan demikian.

Justeru, sokongan undi kepada mana-mana pihak adalah lumrah. Kalah menang perkara biasa.

Kenyataan pertama ini menuntut politik yang lebih berhemah. Memberi gambaran akan berlaku kekacauan jika satu pihak menang melalui pilihan teramai adalah sikap yang membelakangi sistem demokrasi.

Dalam sejarah, hanya diktator sahaja yang tidak sanggup tewas. Di banyak negara maju sering berlaku peralihan kuasa dan tidak ada kekacauan yang timbul.

Perhimpunan aman antara hak kebebasan yang dijamin dan diselenggara dengan baik, meskipun diakui ada beberapa kes provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Hakikat yang perlu kita sedar ialah jumlah pemilih di Malaysia kini sekitar 12 juta orang. Angka ini tidak sampai separuh jumlah penduduk di Malaysia yang seramai 28 juta orang.

Tiada akses media seimbang

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, BN yang memerintah kerajaan persekutuan kini mendapat 51.4 peratus undi popular dan selebihnya pergi kepada parti lawan.

Dalam pengertian lain, baik BN atau lawannya hanya diundi tidak sampai satu perempat rakyat Malaysia.

Lanjutan daripada perkara pertama, akses kepada media. Kenyataan bahawa akses seimbang akan diberikan dalam kempen pilihan raya akan datang menimbulkan pertanyaan sama ada selama ini akses yang diberikan tidak seimbang?

Saya yakin jika ditanyakan secara objektif kepada orang ramai, akses seimbang ini tidak berlaku. Kita tidak bercakap tentang media yang menjadi organ parti, tetapi media arus perdana.

Antara langkah yang boleh diambil ialah pemberian lesen kepada parti politik untuk menerbitkan media cetak dan media elektronik sendiri tanpa had edaran dan capaian.

Dengan akses media yang seimbang ini, orang muda dan rakyat secara keseluruhannya berpeluang menikmati perbezaan pandangan.

Kita dapat menilai justifikasi sesuatu dasar dan juga hujahan lawan untuk memastikan ia didebatkan sebelum diluluskan.

Momokan bahawa masyarakat kita masih mentah dan tidak cukup bersedia dengan perbezaan pandangan bagi saya satu penghinaan.

Saya gembira kerana akhirnya isu pendidikan percuma yang didebatkan baru-baru ini menampilkan tokoh muda daripada kedua-dua parti.

Negara lingkup dalam sistem tertutup


Soal setuju atau tidak itu persoalan kedua. Bukankah soal perancangan masa depan itu memerlukan proses jangkaan yang boleh jadi betul atau salah?

Seterusnya orang muda menyampah dengan pelaku politik yang disifatkan sukar didekati, hanya mahu mempergunakan inisiatif orang muda untuk kepentingan politik yang sempit, menganggap orang muda boleh dibeli dengan keistimewaan habuan wang atau kedudukan.

Ada juga orang muda yang rapat dengan ahli atau parti politik cuba menggayakan cara hidup yang bertentangan dengan idealisme orang muda.

Mereka cuba menggambarkan kehidupan mewah dan keberhasilan mendapatkan projek tertentu daripada kerajaan kerana menjadi ahli parti politik atau rapat dengan orang politik tertentu.

Malah, sebahagian orang muda merasakan bakat dalam bidang perniagaan sebahagiannya hanya tewas kerana jaringan politik pesaing mereka.

Ini semua apa yang berlaku dalam realiti. Terpulang kepada kita semua sama ada mahu atau tidak mengakuinya.

Tidak perlu berusia muda untuk memahami idealisme, intelektualisme dan aktivisme orang muda.

Kata kuncinya, orang muda mahukan sistem yang terbuka terhadap pelbagai pandangan berbeza, persaingan sihat secara terbuka di kalangan parti politik (berteraskan idea dan bukan serangan peribadi), tokoh yang berani mengambil berpendirian meskipun tidak popular, bijak mengutarakan pandangan meskipun boleh dipatahkan dan tidak cuba menunjukkan parti atau tokoh politik itu segala-galanya, seolah-olah negara akan lingkup apabila mereka tidak ada.

Orang muda lebih percaya negara ini akan lingkup jika mereka terus diasuh tunduk kepada sistem yang tertutup, memandang rendah potensi orang muda dan tidak percaya bahawa naik dan turun kerajaan perkara biasa dalam sistem demokrasi.

Akhirnya negara ini hasil daripada sumbangan setiap individu, bukan tokoh atau parti politik semata-mata.

Artikel oleh AMIN AHMAD, 30, pengurus projek dan operasi di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas). dalam portal Malaysiakini.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Saksi Sahkan Tahanan kemunting Didera

Posted: 21 Jun 2012 01:07 AM PDT

Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment