Pahang Daily Online |
Panas: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli Letak Jawatan Beliau Dalam 'Kerajaan Negeri Selangor' ! Posted: 21 Jun 2012 09:34 AM PDT
[Apa sudah jadi agaknya?. Di saat pilihanraya umum ke-13 begitu hampir menjelang tiba, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Rafizi. Biar pun dia memberi alasan untuk berehat dan ia tiada kaitan dengan politik namun Rafizi harus ingat sudah pastilah isu ini akan terus dipolitikka. Sebagai Pengarah Strategik PKR, Rafizi sepatutnya bijak menangani isu. Tugas beliau dalam Kerajaan Negeri Selangor bukanlah seperti lain-lain kakitangan awam negeri itu yang terpaksa pergi kerja dan punch card setiap hari. Makanya, tidak timbul soal berehat atau tidak. Rafizi sepatutnya membuat keputusan berkenaan selepas PRU-13 agar ia tidak membuka ruang kepada musuh untuk menyerang. Dengan senario ini, maka ia seolah-olah mendedahkan lagi kemelut dalaman yang berlaku antara pimpinan PKR di negeri itu. Apakah, perletakkan jawatan beliau ada hubung kaitnya dengan krisis Azmin-Tan Sri Khalid?. Semua ini kini membelenggu fikiran penyokong Pakatan Rakyat. Justeru, tidak perlu wujudkan kontroversi yang boleh mengundang spekulasi di saat pilihanraya menjelang tiba. Kenapa perlu buka ruang kepada musuh menyerang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment