"tukanglawan" |
- Lagi Kisah Pasal Bakal Menantu Rosmah, Mama Tak Kisah Pun
- Lagi Bekas Pegawai Kanan Masuk PAS
- Abislah Duit Pencen Bapak Kita
- Tsunami PRU13 Dijangka Dari Selatan?
- Kota Kinabalu Digemparkan Kejadian Awan Pelik
Lagi Kisah Pasal Bakal Menantu Rosmah, Mama Tak Kisah Pun Posted: 14 Jun 2012 12:37 AM PDT Sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri kata isu bakal anak menantu rosmah sengaja dibesar-besarkan,sumber itu juga berkata walaupun warga Kazakhstan itu akan menjadi anak menantu rosmah ia sama sekali tidak melibatkan keluarga perdana menteri najib razak. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," menurut sumber itu hubungan pertunangan antara mereka juga tidak terjejas sama sekali. Memang kita semua tidak kisah walaupun anaknya ada isu mahkamah antarabangsa, isu skandal penipuan sekalipun, malah rosmah juga tak kisah dan tak peduli pun itu kerana suaminya juga sedang dipalit skandal melibatkan kapal selam di perancis. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar yang bakal menjadi anak menantu najib menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta). Ala, Kalau setakat RM62 juta tu apa sangat kalau nak dibandingkan dengan Billion-billion yang dikatakan diminta najib dalam skandal pembelian kapal selam yang sedang dibicarakan di mahkamah perancis sekarang ( baca sini ) Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Lagi Bekas Pegawai Kanan Masuk PAS Posted: 13 Jun 2012 10:20 PM PDT Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi. Hj Abdul Rahman Taib, ialah bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu. Menurutnya, beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012. Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah. Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan mereka. Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara. "Sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu, "Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya. "Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS, "Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,"tambahnya lagi ketika menerima Sijil keahlian seumur hidup PAS. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Abislah Duit Pencen Bapak Kita Posted: 13 Jun 2012 08:45 PM PDT Terkejut "tukanglawan" bila dapat tahu bahawa Najib dah gunakan duit dari tabung Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk selamatkan MAS ( Malaysia Airline ). Itu pun "tukanglawan" tahu bila tonton kembali Video Ceramah Merdeka Rakyat oleh DSAI di Ampang beberapa hari lepas. ( tonton disini ) Tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS) itu dipesoalkan tindakkannya kerana ianya sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat. Silap-silap lepas ni , bapak kita tunggu duit pencen tak keluar- keluar hak diorang tu. "Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi. "Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan," kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor . Beliau juga mengingatkan bahawa MAS telah tiga kali diselamatkan atau 'bailout' oleh kerajaan. Meskipun sukuk kekal tidak datang dengan jaminan oleh kerajaan, beliau amat khuatir bahawa ia akan berakhir dengan dana KWAP berdepan dengan risiko kerugian dan bakal sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan atas nama menjaga kepentingan dana rakyat Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Tsunami PRU13 Dijangka Dari Selatan? Posted: 13 Jun 2012 08:00 PM PDT Melanjutkan banyak andaian bahawa kubu Umno/BN di Johor akan roboh dalam PRU 13 ini Dato Mustapa Ali, Setiausaha Agung PAS menelah tsunami politik kali ini bermula dari selatan. Tentulah yang dimaksudkannya Johor dan Melaka. Tentunya Mustapa berkata begitu antaranya Tun Daim yang ramalkannya tentang PRU 12 tepat tidak berani mengatakan Johor boleh bertahan kali ini jika BN tidak berbuat sesuatu. Dr. Chua Soi Lek yang tidak tahu apa nasib MCA dalam PRU 13 ini mengira kenyataan Setiausaha Agung PAS seolah-olah karut. Apakah kedudukan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebenarnya? Adakah seperti yang diramalkan oleh Mustapa Ali atau sangkalan Soi Lek itu benar? Tetapi reaksi Menteri Besar Perak Dr. Zambry Abdul Kadir atas komen Nizar Jamaluddin tentang bidaan flet motokar WWW1 seolah-olah peluang Pakatan Rakyat menawan Johor itu bukan ramalan kosong. Harapan itu ada. Kata Dr. Zambry, komen bekas Menteri Besar PAS Perak yang tidak disenangi oleh istana Johor itu telah menjejaskan harapan PAS untuk merampas Johor. Erti disebalik ulasan Dr. Zambry itu, harapan PAS untuk menawan Johor Baru itu ada asasnya, sama juga dengan harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil Putrajaya. Semua komen pembesar Umno dan BN sebelum ini menolak sama sekali Johor akan jatuh. Buat mereka apa yang pembangkang andaikan untuk mengamil Johor Baru itu adalah mimpi siang. Dari reaksi sekalian mereka bahawa mustahil Johor dapat dirampas kali ini. Mungkin merampas Putrajaya lebih senang dari mengambil Johor Baru. Dr. Zambry memang menyangkal apa saja yang disebut Nizar, tetapi dari kata-katanya seolah-olah kekuatan Pakatan itu di Johor memang ada. Mungkin Johor akan kekal di bawah BN, tetapi peluang itu tidak berdasarkan bahawa Johor masih simpanan tetap Umno/BN tetapi ia adalah justeru kenyataan Nizar yang menyebabkan istana tersenggong. Kalau Nizar tidak gatal tangan atas bida flet motokar yang lebih mahal dari harga kebanyakan motokar di jalan raya, maka payah bagi BN untuk mempertahankan Johor atau Johor betul-betul dilanda tsunami. Tsunami itu berlaku mengejut. Tiba-tiba saja ia menyapu bersih segala yang ada di pantai. Ia tidak memberi amaran dan tiada belas kasihan. Ia sapu saja. Komputer Nizar telah memberi isyarat tsunami kepada Johor dan BN sekarang seolah-olah dapat diselamatkan oleh komputer Nizar itu. Umno dan BN sekarang menggunakan reaksi istana atas komputer Nizar itu bagi menyekat peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil Johor Baru. Marah Umno kepada Nizar mungkin lebih besar dari murka Raja. Raja hanya menjelaskan bahawa bidaan itu tidak menggunakan sesen pun duit kerajaan Johor kerana Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk tujuan itu. Tetapi Umno seolah dapat modal baru untuk menghalang Pakatan menguasai negeri itu. Nizar diberi amaran supaya jangan datang ke Johor. Nizar seolah-olah telah menggantikan Mohamad Sabu yang pernah dihalang bukan saja di Johor tetapi di beberapa negeri kerana isunya dengan Mat Indera buat beberapa bulan semasa merayakan sambutan kemerdekaan tahun lalu. Ke mana Mat Sabu pergi mereka kacau. Mereka buat laporan polis dan Mat Sabu terpaksa naik mahkamah. Kini giliran Nizar pula. Polis pula dapat kerja baru menangani isu Nizar dengan flet motokar WWW1 itu. Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub terpaksa membuat kenyataan bagi menjernihkan hubungan antara PAS dan istana. Dia tidak melihat isu Nizar itu menceminkan dasar PAS dalam hubungan dengan institusi istana. PAS yang memperjuang kan Islam menyedari institisi wujud dalam Islam. Bukankah Nabi Daud a.s. adalah seorang raja besar dan puteranya Nabi Sulaiman a.s. pula adalah raja seluruh alam, menguasai jin, angin dan semua haiwan. Umno sebenarnya amat gerun dengan Salahuddin Ayub. Dia adalah orang Islam yang beribukan Cina. Kalau dia jadi Menteri Besar Johor Cina akan berpuas hati ada juga orang Melayu berdarah dan beribu Cina menjadi Menteri Besar. Tidak berbangkit Cina boleh jadi Menteri Besar atau tidak. Peluang PAS terjejas oleh kekuatan BN bukan kerana flet motokar yang disentuh Nizar. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Kota Kinabalu Digemparkan Kejadian Awan Pelik Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Dibawah ini beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala mushibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment