"tukanglawan"

"tukanglawan"


Kurang Ajarnya Menteri Umno, Ugut Raja

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

"Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

"Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

"Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

"Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

"Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

"Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Video Panas, Ceramah Anwar

Posted: 10 Jun 2012 03:15 PM PDT

Buat kawan-kawan yang tak dapat ke stadium stadium kajang pada 9 jun yang lepas, ada tukanglawan kongsikan kepada anda siaran langsung ceramah yang dibawakan secara live oleh web selangorku pada malam tersebut.

Program tersebut pastinya tidak akan keluar di TV3 atau pun RTM, lebih malang lagi program yang diadakan pada jam 9 malam itu tidak akan disiarkan kepada rakyat melalui utusan Malaysia edisi 10 jun.

Inilah contoh demokrasi dinegara kita, umno tidak berani berhadapan secara anak jantan, padang permainan tidak sama rata, utusan dan TV3 digunakan saban hari untuk siar propaganda umno.

Mujurlah dunia teknologi hari ini berkembang pesat, maklumat boleh kita dapat dengan pantas, dan paling penting ianya boleh dikongsikan.

Hah, jom tengok video bawah ni, "tukanglawan" nak kongsikan kepada anda ceramah Anwar Ibrahim pada malam tersebut.


Jangan lupa share dengan kawan-kawan tau. tak luak pun berkongsi.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment