Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Azan Ismail" Tidak Perlu Melenting Andai Desas-Desus Dia Tidak Tersenarai Jadi Kenyataan

Posted: 15 Jun 2012 04:30 AM PDT

Panas dibuatnya apabila desas desus nama Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) tidak tersenarai sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Sebenarnya "khabar angin" berkenaan isu ini bukanlah provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Memang nama Azan Ismail agak merudum selepas beliau meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Indera Mahkota untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Terengganu. Biar pun, mungkin tindakan itu adalah atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri. Namun ramai pihak yang berpendapat, Azan sepatutnya tidak berpindah ke Terengganu. Soalnya, kenapa beliau rela kembali ke negeri asalnya, sedangkan dia sepatutnya kekal di kawasannya (Indera Mahkota). Akibatnya, kini ramai yang mengatakan kerusi parlimen Azan itu mungkin boleh dirampas semula oleh BN kerana rakyat di kawasan terbabit kecewa dengan tindakan beliau yang jarang "turun padang" sejak beralih ke Terengganu. PKR kemudiannya melantik bekas Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Abd Hamid sebagai Penyelaras Parlimen Indera Mahkota. Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung pula dilantik sebagai Pemangku Ketua Cabang menggantikan Azan. Pemergian Azan jelas sekali mengecewakan sebahagian besar rakyat terutamanna pengundi beliau pada PRU-12 lalu. Mereka kecewa kerana Azan tinggalkan Indera Mahkota dalam keadaan khidmatnya masih diperlukan. Kelibatnya jarang sekali dilihat dalam apa jua program anjuran PKR hatta ceramah umum sekali pun, melainkan jika ada program yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Paling parah, Azan jarang-jarang dilihat turun bersama rakyat membantah projek kilang "kontroversi" Lynas walau pun ia terletak di kawasan parlimennya.

Azan Tidak Perlu Terkejut Andai Tidak Jadi Calon


Nama Azan di Trengganu juga sedikit tercemar akibat krisis dalaman dengan pimpinan PAS. Tindakan Azan yang mangugut dan mahukan kerusi lebih dari apa yang ditawarkan oleh PAS jelas sekali mengecewakan pimpinan PAS di Terengganu. Malah, ia lebih mengejut lagi apabila Azan mendakwa PKR umpama peminta sedekah dalam urusan mahukan kerusi yang lebih di negeri tersebut. Nama Azan semakin panas apabila dia secara terbuka mengumumkan sedia bertanding atas tiket DAP dalam satu majlis anjuran parti itu di Kuantan baru-baru ini. Tindakan tersebut mengecewakan Anwar dan yang lainnya. Azan seolah-olah merasakan namanya akan terpinggir lantaran itulah membuat pengumuman yang cukup memalukan dihadapan Pengerusi DAP sendiri iatu Lim Kit Siang. Maka itulah, nama Azan dikatakan bakal digugurkan dari senarai calon akibat keceluparan dirinya sendiri. Krisis antara beliau dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) pun masih tidak selesai hingga ke hari ini. Lantaran itulah, desas desus mengatakan namanya tiada dalam senarai bukanlah omongan kosong sebenarnya. Namun anehnya, Azan dalam satu kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini mengatakan dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu. "Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti," katanya bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

[Apa yang pasti, PKR kini menghadapi masalah untuk menentukan siapakah calon yang berpotensi untuk menggantikan Azan di Parlimen Indera Mahkota sekarang. Awalnya, nama Penyelarasan parlimen tersebut, Zakaria Abd Hamid (Zek) meniti dibibir penyokong PKR. Malah beliau juga telah dipercayai telah mula membuat gerak kerja turun padang bertemu rakyat di kawasan terbabit. Namun, selepas ini nama anak perempuan pemimpin wanita PKR Shamsiah Ismail (Murni) pula dicanangkan. Kini, desas-desus panas mengatakan kerusi yang ditinggalkan oleh Azan itu akan menjadi rebutan antara Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang) dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Negeri). Jika jalan penyelesaian tidak dapat dicapai maka amatlah dikhuatiri kerusi Parlimen Indera Mahkota akhirnya jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini. Difahamkan, Lee Chean Chung menjadi pilihan Azmin sementara itu Dato' Fauzi pula Anwar sendiri. Soalnya, siapakah yang bakal terpilih?. Kini segalanya terletak di atas kebijaksanaan pimpinan tertinggi PKR untuk menentukannya. Senario ini pastinya memberi kelebihan kepada UMNO BN. Jika percaturan soal calon mereka mengena, maka PKR bakal berputih mata akibat kehilangan kerusi tersebut. Apapun, rakyat yang menentukan].


No comments:

Post a Comment