Liang Lahad....

Liang Lahad....


KENYATAAN MEDIA - SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING

Posted: 15 Jun 2012 12:48 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
15 JUN 2012

SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING

KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan Vouchers Program JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad.

KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan
Surat Tunjuk Sebab kepada Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. 

Pada waktu yang sama, Sdr Mohamed Amkah Ahmad digantung keanggotaannya secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

KEADILAN sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik Parti.

Sekian, terima kasih.



DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG


Lianglahad :- 
Aku puji Keadilan mengambil tindakan menggantung dua orang ini.. 
walaupun belum pasti lagi samada dua orang lelaki itu bersalah atau tidak,tetapi tindakan Keadilan dan kerajaan negeri patut dipuji...

inilah yang bagusnya dalam Pakatan Rakyat..
tidak menutup dan "mendiamkan" isu walaupun melibatkan orang mereka sendiri...

TOL NAIK SELEPAS 2015 DAN SETIAP 3 TAHUN SEHINGGA 2038 - KERAJAAN GAGAL MEMBELA RAKYAT!

Posted: 15 Jun 2012 12:19 AM PDT


Kerajaan bermain kata-kata dengan rakyat..?
kata tiada kenaikan tol sehingga 2015...?
tapi kerajaan ada tak berhasrat nak beritahu rakyat yang kenaikan tol akan dilakukan selepas tahun2015 dan selepas tu setiap 3 tahun akan naik harga sehingga lah tahun 2038..?
 
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS DPPM) merasa kesal kerana kerajaan tidak berusaha mengurangkan beban pengguna lebuhraya di negara ini dengan mengurangkan kadar tol, apatah lagi untuk menghapuskan tol di negara ini. 

LPAS DPPM mendapati, dalam
perjanjian Konsesi Tambahan PLUS yang dimuktamadkan pada November 2011, kenaikan kadar tol akan tetap berlaku selepas tahun 2015 dengan kenaikan sebanyak 5% untuk setiap 3 tahun sehingga ke 31 Disember 2038. 

Meskipun kadarnya berkurangan iaitu sebanyak 10% kenaikan seperti sebelum ini, bagi DPPM ia tetap menjejaskan kehidupan rakyat.

Kerajaan seakan bermain politik dengan rakyat dengan mengisytiharkan tidak akan ada kenaikan tol dalam tempoh terdekat iaitu selama 5 tahun kebelakangan ini (2011-2015), walhal ia akan tetap dinaikkan selepas tahun 2015. 

Mungkin kerana dalam keadaan tersepit sekarang, kerajaan sukar untuk menaikkan kadar tol kerana bimbang rakyat akan semakin marah yang boleh menjejaskan kekuasaan mereka. 

Mereka merasakan jika keadaan mereka selesa dalam tempoh yang panjang mereka kembali akan menjerut rakyat dengan pelbagai kenaikan.

Kerajaan BN lebih rela mengenyangkan dan mengkayakan segelintir elit korporat yang terus meratah duit rakyat dan tidak peduli terhadap kesengsaraan rakyat. 

Kerajaan menganggap kenaikan 5% selepas tahun 2015 amat sedikit tidak akan membebankan rakyat, padahal yang tidak terjejas adalah pemimpin BN kerana kehidupan mewah melampau yang mereka miliki selama ini. 

Di sisi rakyat, mereka pasti akan menangisi nasib mereka apabila mengetahui maklumat ini.

LPAS DPPM menegaskan, berbeza dengan komitmen Pakatan Rakyat yang berterus terang terhadap rakyat, bahawa kebajikan dan kemudahan rakyat tetap menjadi keutamaan. Antara janji dalam Buku Jingga yang diwar-warkan oleh PR adalah untuk terus menghapuskan kadar tol di semua lebuh raya utama di negara ini. 

PR lebih melihat kepentingan rakyat yang perlu lebih utama didahulukan daripada kepentingan golongan yang korporat. Bagi LPAS DPPM, tidak ada sebab untuk kerajaan terus terikat dengan perjanjian ini kerana kerajaan sebenarnya mampu menghapuskan tol di negara ini jika mereka mahu. 

Malangnya, mereka hanya memikirkan maslahat diri mereka dan agenda membela rakyat tidak ada dalam kotak pemikiran mereka.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment