Pahang Daily Online |
- Panas: Mazlan Aliman 'Nasihatkan Peneroka' Agar Berhati-Hati Dengan Perangkap 'Blue Form' FGVH
- Terkini: Video Himpunan Hijau PAS Ke Putrajaya
- Takziah Buat Keluarga Arwah Cikgu Dzulkifli PRM
Panas: Mazlan Aliman 'Nasihatkan Peneroka' Agar Berhati-Hati Dengan Perangkap 'Blue Form' FGVH Posted: 03 Jun 2012 09:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengingatkan peneroka-peneroka Felda jangan keliru dengan "blue form" yang dikeluarkan oleh Felda Global Venture Holding (FGVH) kepada mereka. Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (foto), FGVH telah membuat satu paksaan di mana sehingga tengah hari semalam, peneroka akan menyerahkan "blue form" yang mereka terima. Jelas Mazlan, gambaran yang diberikan seolah-olah peneroka akan mendapat saham percuma seperti kakitangan awam, atau syarikat tertentu apabila syarikat mereka dimasukkan ke bursa saham. "Sebenarnya apa yang ditawarkan melalui 'blue form' itu adalah merupakan lanjutan daripada borang saham yang diedarkan oleh bank tertentu sebelum ini. "Kita pun sudah buat injuksi untuk membatalkan borang saham sebelum ini tetapi hari ini datang pula 'blue form'," katanya. Bahkan katanya, peneroka hanya ditawarkan sekitar 800 unit saham sahaja yang berharga RM4.55 seunit tetapi borang pinjaman sebelum ini yang diterima peneroka memaklumkan bakal mendapat RM50,000 hingga RM100,000. Mazlan menyifatkan tindakan itu sangat mengelirukan dan menasihatkan para peneroka berhati-hati dengan tawaran ini. "Kalau ia perjanjian jangan tanda tangan! Bila berlaku kegagalan penyenaraian FGVH, saham akan jatuh, peneroka akan menanggung akibatnya," katanya yang bertalu-talu menerima panggilan daripada peneroka kerana kekeliruan itu. Apa yang berlaku ini, beliau sifatkan kerajaan telah mengkhianati peneroka Felda apabila mereka enggan berterus terang dengan peneroka . "Dalam FGVH, kerajaan kena berterus terang sama ada benda ini adalah pinjaman, katalah ia pinjaman! Jangan guna pelbagai tafsiran seperti durian runtuh. "Apabila mengetahui ia adalah durian runtuh, maka mereka pun tanda tangan lah sebab mereka hendak mendapatkan duit ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya. sumber [Peneroka Felda nampaknya bakal tertipu lagi. Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk memberi keutamaan kepada mereka dalam isu ini nampaknya sekadar tinggal janji dan "omongan kosong" semata-mata,. Susulan itu, di Temerloh Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu. Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata, pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda. Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru in kata wakil peneroka terbabit. Bukankah ini membukti beliau sendiri sudah nampak permainan taktik kotor Felda untuk menipu peneroka dalam isu saham ini. Akhirnya, kakitangan dan proksi-proksi mereka yang akan mengaut untuk besar dengan penyenaraian FGVH ini. Maka, sedarlah wahai peneroka, apakah anda sanggup ditipu dengan janji manis ini. Buatlah perubahan dan pastikan pemerintahan negara kembali kepada yang hak selepas PRU-13 ini. Bertindak sekarang untuk masa depan lebih terjamin!]. |
Terkini: Video Himpunan Hijau PAS Ke Putrajaya Posted: 03 Jun 2012 08:36 AM PDT |
Takziah Buat Keluarga Arwah Cikgu Dzulkifli PRM Posted: 02 Jun 2012 11:42 AM PDT Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dzukifli Ismail (Cikgu Zul PRM) atas pemergian arwah ke rahmatullah petang semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi jam 10.00 pagi ini. Semua pihak adalah dijemput hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada jenazah tokoh pejuang rakyat dari Bumi Pahang Darul Makmur ini. Al-Fatihah, Amin. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment