Liang Lahad.... |
- TIADA DI ZAMAN BN - PENIAGA KECIL SAMBUT BAIK MiMBAR SELANGOR
- DANIYAR BAKAL MENANTU PM TIDAK JAHAT MANA PUN! BELUM CAPAI TAHAP PIAWAIAN PUN!
- DASAR UMNO - BELUM BUBAR PARLIMEN,UMNO N9 DAH NAMAKAN MB YANG BARU
TIADA DI ZAMAN BN - PENIAGA KECIL SAMBUT BAIK MiMBAR SELANGOR Posted: 14 Jun 2012 02:29 AM PDT Program MiMBAR ini adalah satu program yang hanya wujud di Selangor ketika di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.. Maknanya... ketika Selangor di bawah BN dulu benda ini tak ada... rakyat berpendapatan rendah tak merasa semua ni.. BN tak pernah terfikir bagaimana mahu membantu rakyat yang berpendapatan rendah ni... yang BN tahu hanyalah bagaimana mahu mendapatkan hasil daripada rakyat... Peniaga Kecil Sambut Baik MiMBAR Kerajaan Negeri KLANG 14 JUN : Orang ramai khususnya peniaga kecil di negeri ini menyambut baik Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada Mac lalu. Peniaga kecil yang ditemui di Majlis Taklimat MiMBAR di Pasar Besar di sini rata-rata berpendapat program itu banyak membantu golongan usahawan kecil di kawasan bandar bagi memajukan perniagaan serta menambah pendapatan. Dalam majlis itu, seramai 60 peniaga membuat permohonan pinjaman skim terbabit daripada 85 peniaga keseluruhannya di pasar itu. Majlis itu dihadiri oleh Adun Meru, Dr Rani Osman, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noh Najhan Mohd Salleh dan Pengurus Data Mimbar, Mohamad Asri Abd Hamid. Peniaga Bunga, Azura Amran, 45, berkata beliau menyertai skim ini bagi membiayai modal pusingan serta membantu kos pembelian barangan. "Skim ini banyak membantu peniaga bagi memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada dengan memberikan pinjaman tanpa faedah serta khidmat nasihat," katanya ketika ditemui. Beliau yang menjalankan perniagaan menjual bunga sejak 1991 secara kecil-kecilan turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menganjurkan skim yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan. "Saya berharap permohonan ini berjaya. Jika berjaya saya akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya," katanya. Peniaga lain, Mohd Zhafir Sharifuddin, 21, berkata MiMBAR yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sememangnya banyak membantu dan meringankan bebanan peniaga yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan RM1,500 sebulan. Katanya, pinjaman menerusi program itu juga tidak membebankan kerana ia tidak mengenakan sebarang kadar faedah. "Saya ingin mencubanya bagi mengembangkan lagi perniagaan kuih karipap yang dikendalikan olehnya serta empat adik beradiknya yang lain. "Kami berniaga di pasar malam sekitar Klang dan Shah Alam. Jika permohonan berjaya kami mahukan menambah pelbagai jenis kuih muih dan mahu membeli alatan untuk menghasilkan karipap besar ini," katanya. Bagi, S.Parvathy, 42, pula, pinjaman MiMBAR juga amat mudah berbeza dengan kaedah disyaratkan institusi kewangan serta Ah long yang menyusahkan dan membahayakan peminjam. "Jika mahu meminjam daripada pihak bank, mereka tidak menawarkan pinjaman yang sedikit jadi ia akan menyukarkan peniaga kecil seperti saya yang mahu menambah modal atau sebagainya," katanya. Ibu tunggal dari tiga orang anak itu berkata daripada program itu juga usahawan muda boleh mengambil manfaat kerana ia memberi peluang dan galakan menceburi bidang perniagaan. Sementara itu, Pengurus Data Mimbar, Mohamad Asri Abd Hamid berkata setakat ini seramai 4,280 peniaga kecil dengan peruntukkan sebanyak RM8 juta sudah menerima manfaat itu. Manakala seramai 7,000 peniaga masih dalam semakan dan dijangka akan diselesaikan hujung tahun ini. Bagi daerah Klang, seramai 728 peniaga berjaya dan Shah Alam pula sebanyak 289 peniaga. "Manakala bagi permohonan yang sedang diproses sebanyak 300 peniaga bagi kedua-dua PBT itu," katanya. Tambahnya, program Mimbar itu dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dari masa ke semasa. Justeru, pihaknya mengadakan taklimat seperti itu seminggu sekali di semua PBT. Kepada yang ingin mengetahui apakah syarat-syaratnya... baca sini...
Alhamdulillah... inilah kerajaan yang rapat dengan rakyat dan memahami kehendak rakyat..!! | |||||||||||||||
DANIYAR BAKAL MENANTU PM TIDAK JAHAT MANA PUN! BELUM CAPAI TAHAP PIAWAIAN PUN! Posted: 13 Jun 2012 10:58 PM PDT Sumber rapat isteri Perdana Menteri menyatakan bahawa kes penipuan yang dilakukan oleh bakal menantu PM kita tu sebagai "sengaja diperbesar-besarkan"... Sumber tu menyatakan akhbar The New York Post sengaja besar-besarkan isu tersebut.. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas. Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri. The New York Post menyiarkan laporan kisah bakal menantu Najib itu yang dipetik dari satu dokumen mahkamah Agung Manhattan yang mendakwa :-
Nampaknya kesalahan bakal menantu Najib itu mungkin tidak menjadi hal kepada Rosmah... mungkin kira "jahat kecik" je tu... Kalau kebiasaan orang di Malaysia ini jika bakal suami atau bakal menantu terlibat dengan penipuan yang sebegitu,silap-silap haribulan mau putus tunang... iyalah..siapa yang mahukan seorang menantu yang kaki penipu..? Tapi tengok keadaan le jugak... contohnya macam ni.. kalau seseorang menantu tu tidak sembahyang langsung ketika dirumah mentuanya... dia tidak akan dianggap pelik oleh keluarga mentuanya sekiranya mentuanya tu pun bukan jenis kaki sembahyang... kaki tak solat dengan kaki tak solat = satu geng! Lagi satu contoh macam ni... Kalaulah seseorang tu menipu sekitar RM50 atau RM60 juta... dia tetap akan dianggap menantu yang baik sekiranya bapak mentuanya pun kaki songlap beratus-ratus juta... apalah sangat setakat RM50 atau RM60 juta tu ye tak... kaki penipu dengan kaki penipu = satu geng! kira boleh join the club... Orang yang menipu duit lembu beratus-ratus juta pun masih disanjung dinegara kita ini... apa nak heran dengan setakat memalsukan dokumen pengajian..? Kalau ikut rekod sejarah ... setakat menipu yang macam tu,masih belum lulus lagi untuk jadi menantu Najib... belum capai tahap piawaian pun.. kah..kah..kah.. | |||||||||||||||
DASAR UMNO - BELUM BUBAR PARLIMEN,UMNO N9 DAH NAMAKAN MB YANG BARU Posted: 13 Jun 2012 10:19 PM PDT Belum pun dibubarkan parlimen bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan... tapi UMNO Negeri Sembilan dah mula kecoh dah... masing-masing mahu perjuangkan "orang" sendiri... Hari tu dengan terang dan jelas lagi bekas Adun UMNO menyatakan bahawa UMNO Negeri Sembilan menolak Menteri Besar yang ada sekarang ni iaitu Mohamad Hassan.. Baca sini.... [UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING]Dalam keadaan Negeri Sembilan berada dalam jangkaan Pakatan Rakyat antara negeri yang bakal dan mampu ditawan pada PRU 13 ini.. UMNO pulak sibuk bertelagah sesama sendiri... semuanya pasal nak berkuasa... Padahalnya.. belum tentu lagi BN yang akan mentadbir Negeri Sembilan... Tapi apa yang aku yakin adalah... memang Negeri Sembilan akan dapat MB yang baru.... bukan dari BN.... tetapi MB dari Pakatan Rakyat... Hassan Malek jadi sebutan MB baruPETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar Bandar, disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum 13. Hassan juga ahli Parlimen kawasan berkenaan sejak 2008. Sebelum itu beliau merupakan ADUN Juaseh pada 2004. Dalam Umno Kuala Pilah, Hassan adalah Timbalan Ketua bahagian. Seorang bekas ADUN Umno Negeri Sembilan berkata, nama Hassan menjadi perbualan orang ramai di negeri itu. "Saya mendapat tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian Negeri Sembilan. "Saya difahamkan separuh yang hadir tetapi Hassan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru," kata Datuk Mohamad Rais Zainuddin, bekas ADUN Chembong dalam Parlimen Rembau. Khabar angin bertiup kencang mengatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dijangka bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU 13. Ada tanda Sementara itu, bekas Setiausaha Umno Kuala Pilah, Datuk Ibrahim Jahaya mengakui ada tanda-tanda mengenai perkara tersebut. "Biasanya Ketua Umno bahagian akan dilantik Pengerusi BN bahagian tetapi kali ini ada perbedaan. "Hassan merupakan timbalan Ketua Umno Kuala Pilah, manakala ketua dipegang Datuk Ismail Lasim," katanya. Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan sekiranya Mohamad bertanding kerusi Parlimen, ada kemungkinan Hassan akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru. Tetapi, katanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa memegang jawatan tersebut. Ibrahim merupakan bekas ADUN Seri Menanti selama dua penggal dari 1999 hingga 2008 itu. Beliau kini menjadi Pegawai Khas yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Menurutnya, Najib bersama Mohamad pernah menghadap Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti beberapa bulan lalu. Tetapi menurut Ibrahim, beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment