Liang Lahad....

Liang Lahad....


UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING PADA PRU13 - BEKAS ADUN UMNO

Posted: 12 Jun 2012 01:33 AM PDT

Memang selama ini kita dah duga dah...
penangguhan PRU13 disebabkan beberapa faktor...
selain dari faktor BN semakin ditolak oleh rakyat Malaysia..
BN juga menghadapi masalah dalaman mereka terutamanya dari parti berkeris iaitu UMNO...

Krisis dalaman dalam UMNO memang parah...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jadi calon...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jabi MB...
kiranya perpecahan dikalangan mereka ni dah tak dapat dibendung lagi dah...

Macam kat perak...
orang Muhyiddin Yassin dah mula mengambil tempat masing-masing di semua peringkat samada di cawangan
mahupun bahagian...
iyalah... penyokong mahu pemimpin mereka naik...
pemimpin pulak mahukan orang-orang mereka memegang jawatan di bahagian bagi memudahkan mereka mengundi semasa di pemilihan UMNO nanti...

Itulah sebabnya apabila perhimpunan ulangtahun UMNO yang ke-66 di Bukit Jalil hari tu yang dapat menghimpunkan sekitar 50 ke 60 ribu orang pun Najib dah gembira sesangat...

Itupun makan,minum,pengangkutan,penginapan dan duit belanja semuanya ditanggung...
dapatlah himpunkan sekitar 50 ribu ahli UMNO yang memang sudah mempersiapkan diri mereka untuk ditipu UMNO....

Bekas ADUN Umno: Rakyat NS tidak mahu Mohamad
REMBAU: Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13.

"Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi.

"Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tidak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin.
Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Tazak.

Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. 

"Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.

Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu,  penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata  Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'

Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau.

Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar.

"Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat.
"Cara ini (korporat)  mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa  Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13.
 
Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi.

Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.

KELUARGA 69 - BAKAL MENANTU NAJIB DIDAKWA TIPU AS20 JUTA DAN PALSUKAN DOKUMEN PENGAJIAN.

Posted: 12 Jun 2012 12:48 AM PDT

Sesuai...
bakal bapak mentua pun suka tipu sana tipu sini..
bakal menantu pun dah dari awal memang kaki penipu...
mak mentua pulak kaki shopping...
ini baru dinamakan keluarga 69....

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat
mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.


Menurut
The New York Post hari ini...
dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.
New York Post


Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment