Liang Lahad....

Liang Lahad....


BATAL ALAM FLORA JIMATKAN RM100 JUTA,WANG DIGUNAKAN UNTUK BERI DISKAUN 25% CUKAI PINTU KOS RENDAH

Posted: 05 Jun 2012 12:18 AM PDT

Pada hujung tahun lepas...
Kerajaan Selangor telah membatalkan perkhidmatan syarikat pelupusan sampah Alam Flora..
semua tahu dibelakang Alam Flora ini ada orang kuat UMNO Selangor...

Jadi bila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya maka melompatlah orang-orang UMNO Selangor..
tu yang sampai kroni-kroni mereka yang merupakan kontraktor lama yang setia dibawah Alam Flora tu boikot angkat sampah di Selangor tu...

Selepas bulan March 2012..
masalah sampah di selangor tiada lagi sebab semua kontraktor baru sudah dilantik..
adalah sesekali masalah timbul akibat daripada unsur sabotaj...

Sabotaj macam mana..?
contohnya... 
pukul 10 malam tadi tempat tu tak ada sampah...
tiba-tiba selepas subuhesok,sampah berlonggok seakan-akan satu lori sampah besar telah menurunkan sampah ditempat tersebut...

Perkara ni ramai yang tahu dan ramai juga yang mengalaminya,termasuklah aku sendiri...

Berbalik kepada  isu Alam Flora tadi..
wang yang dapat dijimatkan apabila pengurusan sampah ini diberikan tanggungjawabnya kepada PBT yang melantik secara terus syarikat-syarikat pelupusan sampah (tidak lagi melalui alam flora) adalah berjumlah RM100 juta dalam tempoh Ogos 2011 sehingga kini... 
tidak sampai setahun pun...

Menurut Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim, 
"Daripada kajian UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri), kita dapat mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan sampah.

"Jadi, saya akan bentangkan satu kertas yang mana penjimatan yang kita buat hampir RM100 juta dari perbelanjaan sebelumnya di antara RM350 juta hingga RM400 juta.

"Kesan penstrukturan semula dapat kita lihat hasilnya, kos semakin berkurangan dari sebulan ke sebulan," ujar beliau.

Hasil wang penjimatan dapat diberi kepada rakyat melalui diskaun cukai pintu 25%

Dengan penjimatan yang sebegitu banyak..
wang tersebut akan disalurkan semula kepada rakyat Selangor yang memiliki dan menetap sendiri di rumah kos rendah melalui potongan cukai pintu sebanyak 25%...

Maka dapatlah kita lihat kitaran pengurusan kebajikan di sini...
  • batal khidmat Alam Flora => jimat wang rakyat  => beri semula kepada rakyat.
Bagi aku...
untuk dapat kebajikan yang sebegini , kita perlu sabar ketika melalui waktu-waktu sukar..

Memang aku akui,dalam tempoh 2 ke 3 bulan apabila ada kontraktor lama yang setia dengan Alam Flora memboikot angkat sampah di kawasan mereka, ramai yang mengeluh dan bising...

Tapi kita kena faham...
kita cuba mengubah sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik...
dan dalam jangkamasa tertentu,sudah tentulah masalah akan wujud lebih-lebih lagi apabila ada sikap boikot memboikot berlaku...

Apa pun tahniah buat kerajaan negeri Selangor...
kerana setiap sesuatu yang dilakukan selalunya menjurus kepada kepentingan kebajikan rakyat jelata...

Kini..
masalah sampah selesai..
wang pun dapat dijimatkan...

No comments:

Post a Comment