"tukanglawan"

"tukanglawan"


Eksklusif !! Gambar Bekas Pendakwaraya di Pejabat Anwar

Posted: 31 May 2012 08:29 AM PDT

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.

Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Akta SKKM Mengarut Sekat kebebasan Berinternet

Posted: 31 May 2012 01:07 AM PDT

Hah Mulai esok khabarnya satu pindaan akta akan digunapakai. cuba baca dibawah ni sedikit ulasan dari blog sahabat "tukanglawan"


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, akaun Twitter anda, mahupun dengan "menumpang" talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.


Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.


Amacam, anda rasa camne dengan akta baru ni, jaga-jaga beb, kalau orang umno marah dan sakit hati pada anda senang je diorang nak kenekan anda.
Dia mencarut dan maki umno di laman facebook, tweeter atau blog anda, lepas tu dia report, tak lama lepas tu anda akan ditangkap dan dipenjara.
Gara-gara laman facebook itu milik anda, tweeter itu pun anda punya, blog pun anda punya.
Malaysia ini hebat, jika rumah anda dirompak anda akan ditangkap kerana anda pemilik rumah itu.

Amacam.. hebat tak akta baru ni. lepas ini penuh la penjara sebab mana-mana kita pergi, umno memang diserang teruk, ada saja komen tak baik untuk umno tak kira dilaman blog, facebook atau tweeter. jadi lepas ini penjara akan penuh.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Eksklusif !! Jabatan Kebajikan Persia Anak Terbuang

Posted: 30 May 2012 08:39 PM PDT

Cerita ini tak ramai yang sedar, "tukanglawan" pun hari ini baru tahu, ini hakikat sebenar yang terjadi di malaysia, apa terjadi kepada satu golongan yang seharusnya dibela bukan dipersiakan.
Dan anda jangan terkejut bila membacanya.

Tahukah anda apa jadi  kepada anak-anak terbuang yang ditinggalkan ibu bapa mereka, nasib anak-anak yatim yang dijaga oleh jabatan kebajikan masyarakat, selepas mereka dewasa, mungkin kita fikir mereka dibela dan dijaga sehingga mereka mampu berdikari. jika itu pandangan kita semua kita telah tersilap.

Tahukan anda anak-anak ini menjadi antara orang paling malang dalam negara ini, malah lebih malang dari pendatang asing, kebanyakkan hidup yang kebanyakkan punya cita-cita dan punya peluang berjaya dalam hidup mereka,  berakhir dengan menjadi penjenayah dan pengemis malah ada yang jadi pelacur.

Ini semua kerana SOP jabatan kebajikan masyarakat, percayalah kerana perkara ini didedahkan oleh Presiden TERBAK Malaysia ( pertubuhan kebajikan dan sosial) Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, yang tampil membuat pendedahan di kota damansara pagi ini.


Tahukah kita  anak-anak yang diambil sebagai anak kerajaan malaysia ini sebenarnya dibiarkan hidup tanpa hala tuju selepas mereka mencapai umur 18 tahun.

Dilepaskan dari pusat penjagaan kanak-kanak mereka ini dibiarkan hidup tanpa perlindungan, malah lebih malang mereka tidak layak mendapat apa-apa bantuan kerana status mereka bukan sebagai warganegara, tetapi lebih hina dari pemilik kad pengenalan merah ( pemastautin tetap), itulah hakikatnya , anak -anak ini selepas berumur 18 tahun hanya diberikan kad pengenalan hijau (pemastautin sementara).

Kerana status mereka sebagai pemastautin sementara inilah mereka tidak layak mendapat apa-apa bantuan, jadi selepas diusir dari pusat penjagaan selepas berumur 18 tahun, bagaimana mereka yang tidak pernah kenal dunia luar mahu hidup.

Mereka bukan seperti kita yang ada tempat mengadu dan minta pertolongan saat susah, mereka tak punya siapa -siapa untuk membantu mereka. mereka tak punya wang untuk makan, untuk cari tempat berteduh, dan akhirnya terpaksa merempat dan mengemis, padahal mereka ini punya masa depan cerah, ada antaranya layak untuk menyambung pelajaran dan menjadi manusia terhormat, namun mereka terpaksa mengemis dan ada remaja wanita terpaksa melacur untuk hidup.

Berkerja?, siapa mahu ambil mereka berkerja jika mereka ini tidak punya status warga negara yang jelas?

Ini lah yang berlaku walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh TERBAK untuk mendapat jaminan masa depan mereka dari jabatan kebajikan masyarakat dan sharizat yang ketika itu menteri yang bertanggungjawab. namun usaha mereka sia-sia, sharizat lebih mementingkan lembu dari nasib anak-anak ini.

Menceritakan pengalaman dirinya sebagai rujukan, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah sendiri pernah merasai kesengsaraan selama 6 tahun hidup tanpa arah tuju, beliau pernah dipenjarakan hanya kerana Kad pemastautin sementaranya tamat tempoh..

Menceritakan lanjut nasib dirinya beliau yang berketurunan melayu telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga berbangsa Cina dan telah diberi nama sebagai seorang cina juga ditukar agama mengikut keluarga angkatnya, sedangkan menurut Khairul Hafiz fatwa jelas mengatakan bahawa anak yang diambil sebagai anak kerajaan haruslah di Islamkan. namun kerana perkara itu tidak diberi perhatian, ia tidak ditunaikan.

Apalah nasib anak-anak terbiar lain yang diambil oleh kementerian.

Sehingga hari ini mengikut data simpanan beliau sejumlah 1750 orang anak anak terbiar yang diambil oleh kerajaan ini mengalami masalah meneruskan kehidupan seharian mereka, gara-gara tidak memiliki status kewarganegaraan yang jelas.

Apa yang dibimbangi ialah apakah nasib mereka selepas diarah keluar dari pusat penjagaan, dengan tidak memiliki status jelas kewarganegaraan apakah nasib mereka akan terabai sama, menjadi pengemis dan pelacur jalanan.

Benarlah kata presiden Tebrak itu, mereka sebenarnya dipersia oleh kerajaan walaupun mereka itu anak kerajaan, duit cukai dari rakyat dibazirkan dengan dengan memberi mereka makan tapi tidak menyediakan mereka untuk terus berdikari selepas keluar dari pusat jagaan.

Mereka tidak mahu kehidupan yang senang dan mewah, tapi cukuplah mereka dilayani dengan adil dengan 3 perkara paling utama yang mereka perlukan.

1- Beri mereka taraf kewarganegaraan kerana mereka dibesar oleh kerajaan dari kecil

2-  Pekerjaan buat mereka memulakan kehidupan mereka

3- bantuan bulanan selama setahu supaya mereka tidak perlu mengemis seperti apa yang mereka terpaksa lakukan kini.

Apakah itu susah?, Jika itu susah sekali, beri saja mandat kepada kerajaan baru, kerana umno BN jelas sudah gagal membela nasib anak-anak terbuang ini.

Sedarlah semua, jangan pandang hina pada anak-anak ini, nasib mereka jadi teruk bukan kerana salah mereka.






Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Perkasa Mungkin Disaman RM500,000.00

Posted: 30 May 2012 07:40 PM PDT



Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesa supaya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang diambil tindakan terhadap kesalahan melakukan pencemaran dan pembakaran terbuka dalam demonstrasi jalanan mereka.

Ahli Majlis, Ong Ah Teong berkata, gara-gara melakukan pembakaran terbuka, Perkasa boleh berdepan dengan hukuman denda sebanyak RM500,000 mengikut Akta 29 (a) Bahagian Alam Sekitar (DEO).
"Denda ini boleh dikeluarkan DEO sekiranya mereka mengambil tindakan yang tegas, bukan setakat pihak DEO tetapi kejadian ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pihak polis dan anggota bomba mengambil tindakan dengan lebih cepat," katanya.

Bukan itu sahaja, Perkasa turut berdepan dengan denda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan mencemarkan empat jalan di kawasan Georgetown termasuk Jalan Pinhorn, Jalan Sungai, Jalan Datok Keramat dan Jalan Ria.

Denda sebanyak RM250 bagi kesalahan mencemarkan setiap satu jalan itu adalah mengikut Akta Kerajaan Tempatan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan wakil Perkasa negeri ini yang mengambil tindakan dengan membuat pembakaran terbuka ketika mengadakan demonstrasi pada 25 Mei lalu di bawah bangunan Komtar.

Dalam demonstrasi berkenaan Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd Rizuad Mohd. Aizuddin hadir bersama 20 ahlinya selepas solat Jumaat berhimpun untuk membakar kesemua baju yang diterimanya melalui satu bungkusan.

Menurutnya, individu terlibat yang enggan dikenali turut mengirimkan kepadanya sepucuk surat yang meminta Perkasa membakar baju-baju berkenaan.

Dia juga memaklumkan hanya mahu menunaikan hajat individu berkenaan yang mahu Perkasa membakar semua baju Bersih 3.0.

Disebabkan perkara itu, Ahli Majlis antaranya Ramlah Bee Asiahoo, Harvinder Singh, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Felix Ooi, Lim Siew Kim dan Mohd Rashid Hasnon mengemukakan bantahan mereka kepada DEO dan bomba.

Mohd Rashid berkata, tindakan Perkasa berkenaan hanyalah menunjukkan etika dan moral yang rendah.

"Ia tidak boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada anak muda masa kini, sepatutnya jika ada masalah perlu melalui saluran yang betul.

"Tambahan lagi mereka sesuka hati membuang sampah dan perlu diambil tindakan,
" katanya.

Tapi janganlah Ahli perkasa risau sangat, Sebab perkasa itu kesayangan umno, tiada tindakan akan diambil terhadap mereka oleh kementerian Alam Sekitar, sebab sama juga seperti umno, Perkasa itu kebal dan boleh lakukan apa saja termasuk keganasan kerana ini tanah tumpah datuk nenek Ibrahim Ali.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Awas, SPR dan JPN Boleh Matikan Anda Bila-Bila Masa Diorang Suka

Posted: 30 May 2012 06:27 PM PDT

Seorang pengundi di Dun Kuala Kubu Baharu Parlimen Hulu Selangor terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan beliau sudah meninggal dunia.

Mohamad Diah Arjan berkata, beliau sangat hairan apabila semakan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan " Record not found" sedangkan namanya ada dalam sistem semakan di pejabat pos Kuala Kubu Baharu.

Selepas membuat semakan di pejabat pos, beliau yang bernombor kad pengenalan 691130 01 5063 membuat semakan di JPN Kuala Kubu Baharu dan pegawai bertugas memaklumkan bahawa ada menerima laporan berhubung kematian beliau tetapi belum disahkan lagi.

"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya bertanya bagaimana ia boleh berlaku dan pegawai bertugas memaklumkan ada kesilapan di JPN Putrajaya.

"Selepas seminggu saya datang semula ke JPN Kuala Kubu Baharu dan status telah dibetulkan, bahawa saya masih hidup dan sihat walafiat,
" kata beliau dalam aduan yang dihantar kepada Harakahdaily .

Dalam jawapan kepada aduan yang dibuat beliau sebelum ini, SPR memaklumkan semakan telah dibuat menerusi pangkalan data JPN ke atas nombor kad pengenalan 691130 01 5063 dan didapati bahawa status rekod Mohamad Diah adalah 'telah meninggal dunia'.

Sehubungan itu, SPR meminta Mohamad Diah membuat pembetulan maklumat di JPN dan memaklumkannya kepada SPR untuk kemasukan semula rekod beliau sebagai pemilih.

Namun ujarnya, semakan yang dibuat di laman web SPR pada jam 1.40 pagi tadi tetap mendapati "record not found".

Justeru beliau menggesa SPR mengambil tindakan segera bagi mengatasi kepincangan itu supaya beliau dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya harap pihak SPR dapat mengambil tindakan segera supaya saya dapat mengundi dalam PRU 13.

"Jangan kesilapan yang dibuat oleh JPN dan SPR menyebabkan saya tidak boleh mengundi dalam PRU 13.Satu kezaliman kepada rakyat biasa seperti saya
," katanya.

Malaysia serba boleh, awas, anda mungkin akan dimatikan esok, sebab SPR dan JPN buat negara ini macam bapak najib yang punya.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Menteri Menipu lagi, Kalau dah buih tu buih jugak.

Posted: 30 May 2012 05:31 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

"Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir," kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

"Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

"Ini satu maklumat yang salah,
" ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar
.

Tengok, menteri menipu, Kementerian buat acaran pun main ala kadar je, so kalau kementerian macam ni apa tugas sebenar kementerian?. Kementerian Belia dan Sukan buat program, jangan rasa selamat walaupun kementerian yang buat, sebab dia ingat dia menteri semua ok. sebab itu kelulusan MAM pun diorang tak mintak.

Yang berjoget dan gelekx2 macam hishamuddin dengan khairi buat tak perlu kelulusan, sebab halal bagi umno, tapi pak menteri benda yang melibatkan Nyawa ini kene ada kelulusan, itu pun tak tau ke?
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Laporan Penuh Sidang Media Kes Kapal Selam

Posted: 30 May 2012 04:07 PM PDT


Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.

Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.

Hakim telah terutamanya menerima senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan termasuk semasa Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan seorang tokoh utama dalam proses perolehan, Abdul Razak Baginda sebagai saksi utama yang boleh terus membantu dalam siasatan di hadapan Tribunal.


AKSES KEPADA kertas siasatan

Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.

Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai "suspek" sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis.


BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG MALAYSIA OBLIGASI UNDANG-UNDANG DI BAWAH KONVENSYEN PBB MENENTANG RASUAH (UNCAC)

Malaysia sebagai penandatangan kepada UNCAC sejak 2008, kini wajib untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah

Pihak Negeri terikat di sisi undang-undang untuk memberi bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.

Trend melungkungi dalam memerangi rasuah trans-sempadan ialah bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh dibawa ke mahkamah dan mendakwa di negara itu yang dituduh telah melakukan satu kesalahan jenayah di negara lain.

Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform untuk bidang kuasa sejagat yang terpakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah memberi isyarat kepada dunia kesediaan kami untuk mengemukakan kepada rangka kerja kerjasama antarabangsa.


YANG ARM PANJANG UNDANG-UNDANG

Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni huraikan dari SUARAM, menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan. Penerimaan daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, Hakim Perancis telah diminta untuk butir-butir penuh dengan orang-orang yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana beliau merasakan tindakan itu patut dilakukan.

SUARAM peguam Joseph Breham telah menerangkan lagi bahawa mahkamah Perancis dapat mengambil beberapa tindakan khusus untuk memaksa Malaysia membantu dalam siasatan dan perbicaraan yang sedang dijalankan.

1. Hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi.

2. Setelah suatu sepina dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja.

3. Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan suatu notis "mandat d 'amener", memaksa saksi untuk hadir di hadapan.

4. Jika saksi itu gagal untuk memaksa, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan dalam sempadan wilayah Perancis, dan boleh diantarabangsakan, jika hakim yang difikirkan perlu.

5. Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa.



Siasatan Jenayah

Berikutan permulaan kes sivil antara SUARAM dan DCNS, pihak berkuasa Perancis telah memulakan jenayah siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi DCNS  .

Hasil siasatan boleh membawa kepada pendakwaan beberapa pegawai yang berkaitan dalam proses perolehan. Saksi-saksi yang dinamakan dalam kes sivil juga boleh dibawa ke dalam senarai suspek untuk membantu dalam siasatan jenayah.


Pendedahan dan PENEMUAN

SUARAM telah mempunyai beberapa persidangan media di Malaysia,untuk mendedahkan maklumat dan perkembangan kes itu.pihak berkuasa Malaysia   telah menolak sebarang bentuk kerjasama setakat ini.

Apabila SUARAM memfailkan aduan dalam sistem kehakiman Perancis, pada bulan April 2010, pendakwa awam menyerbu pejabat DCNS, dan merampas dokumen-dokumen sulit, termasuk kontrak perolehan, bilik kebal bank, invois dan dokumentasi lain yang penting yang dibenarkan untuk siasatan lanjut.


PENEMUAN KHUSUS DARI DOKUMEN DI PARIS

Dokumen 97.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 berkaitan dengan satu temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia Perancis sebagai pertahanan.

Dalam dokumen tagged "Malaysia", terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI. 

Laporan tersebut mengandungi nota mengenai "Retracing latar belakang rundingan". Nota menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.

Nota secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (UMNO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari mandators mereka.

Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik.  nota lanjut bahawa kedua-dua Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda mempunyai hubungan politik yang kuat sebagai Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah dekat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda rapat dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula untuk menurun berikutan kejatuhan itu daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor  dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudiannya digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda. 

Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

Nota itu menyatakan:

"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya adalah seorang kawan rapat Menteri isteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda menjadi pusat rangkaian, Terasasi dikaitkan kepada Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Noor Mohd ".


Dua Dokumen Terdahulu

Sebaik sahaja kembali dari Perancis selepas bertemu dengan Hakim Roger Le Loire di Tribunal de Grande instance pada 19 April 2012 dan selepas mendapat akses penuh kepada kertas siasatan, SUARAM telah mendedahkan dua dokumen penting: dokumen 87 dan 144.

Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud Di Sk ke BAIOCCO dan SAUVAGEOT dengan "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.

Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.

Dokumen 144

Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:

- Satu folder sub bertajuk "C4"
- Satu folder sub bertajuk "invois"
- Fail PDF
- Ibu jari pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia

Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

"Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite.   le  avec un   ".

Terjemahan
Razak permintaan jika agar SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

KESIMPULAN

Panggilan SUARAM untuk akauntabiliti bagi jenayah yang serius rasuah telah diendahkan walaupun usaha berterusan untuk menuntut jawapan daripada Kerajaan Malaysia. 

Desakan pemimpin kerajaan kami bahawa undang-undang Perancis tidak boleh mencapai mereka, bercakap banyak kejahilan, ditambah pula dengan kekurangan kesungguhan politik untuk melaksanakan obligasinya di bawah UNCAC.

Walau bagaimanapun, ini tidak akan dalam apa jua cara menghalang penentuan SUARAM untuk membongkar kebenaran dalam usaha untuk akauntabiliti

Dengan mengambil kes bagi pihak pembayar cukai Malaysia, SUARAM berikrar untuk meneruskan usaha dalam Krisis kebenaran sebagai kes berjalan di Mahkamah Perancis dalam masa terdekat.

#Sebahagian ayat telah diubahsuai untuk memudahkan pemahaman.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment