"tukanglawan" |
- Khairi Sabotaj Umno Dalam Debat
- Anwar Ibrahim , Ghandi dan Mandela
- Anak Presiden PAS Tumpaskan Peragut.
Khairi Sabotaj Umno Dalam Debat Posted: 23 May 2012 05:58 AM PDT Semalam "tukanglawan" berada dalam Debat PTPTN antara Rafizi Ramli dan Khairi Jamaluddin, , tapi malam ini sekali lagi "tukanglawan" lihat kembali rakaman debat berkenaan. (lihat video disini) Habis menonton rakaman tersebut tiba-tiba terfikir "tukanglawan" apakah khairi sengaja mensabotaj umno, ini kerana khairi dicanang sebagai seorang yang sangat bijak dan hebat di pentas debat, tetapi rialitinya tidak sama sekali, khairi teruk dilunyaikan Rafizi Ramli dengan hujah-hujah yang mantap dalam debat tersebut. Khairi juga beria-ia mempromosikan buku jingga, beberapa hujahnya dikaitkan dengan buku jingga, tindakan itu sudah pasti khairi sedari akan mengundang persolan dan rakyat akan mencari jawapannya di dalam buku jingga. Kemudian Khairi bercakap tentang "keborosan", dia menggatakan Anwar seorang yang boros, padahal kita semua tahu Anwar bukan seorang yang boros jika mahu dibandingkan dengan pemimpin umno lain. Apakah tindakan Khairi itu sebenarnya mahu memerli Najib yang dilihat terlalu boros dalam berbelanja , malah keborosan anak beranak najib terutama rosmah juga pada tahap yang sangat menakutkan, apakah ini satu signal kepada penonton, supaya harus ingat perkara tersebut. Malah yang lebih handal Khairi sengaja membuka isu NFC dalam debat ptptn, apakah rafizi sengaja mahu ingatkan penontong bahawa pemimpin umno ini kurang boleh dipercayai? Apakah Khairi mahu mensabotaj umno dengan memberi hujah kurang bermaya, sebagai seorang yang dicanang bijak, seharusnya Khairi lebih handal dari apa yang diberikan. Tapi "tukanglawan" lihat satu signal jelas diberikan, Umno belum layak berdebat secara profesional, wakil umno itu lari dari tajuk dan menggunakan pentas tersebut seolah-olah sedang berkempen pilihanraya. maka tidak hairan la kenapa najib sangat takut mahu diajak berdebat.. kerana mereka tidak mampu "menyengat" diatas pentas debat kah..kah..kah. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Anwar Ibrahim , Ghandi dan Mandela Posted: 23 May 2012 03:30 AM PDT Anwar Ibrahim, apakah ada rakyat Malaysia yang sudah pandai hafal sifir sembilan tidak mengenali beliau?, sudah tentu jawapannya tidak kerana Anwar Ibrahim bukan setakat terkenal di malaysia tapi boleh kira hampir satu Dunia mengenali beliau (tolak kawasan pendalaman amazon dan kawasan yang tiada sambungan Internet). Anwar Ibrahim ini nama besar dalam dunia, bolehlah diletak sebaris dengan Matma ghandi, dengan Nelson Mandela, kerana Anwar juga pernah merasa merengkok dalam penjara kerana melawan ketidakadilan oleh pemerintah. "tukanglawan" tidak bercadang mengulas artikel ini dengan cara yang terlalu sukar, bukankah lebih elok jika penceritaan itu ringkas tetapi jelas, jadi kita gunakan perbandingan mudah dan terus tuju kepada penjelasan. Begini, Jika kita lihat perjalanan hidup Ghandi, bukankah Ghandi menempuh perjalanan sukar, merengkok dalam penjara kerana menentang dasar penjajah british, sama seperti apa yang Anwar lakukan sekarang, Anwar menentang dasar kerajaan yang menyisihkan kepentingan rakyat. Ghandi berjuang tuntut kemerdekaan kerana tidak sanggup rakyatnya diperlaku buruk oleh penjajah, Anwar berjuang kerana juga tidak mahu rakyat terus diperbodohkan oleh Umno BN. Nelson Mandela pula pernah dulu bangun kerana menentang penindasan terhadap masyarakat kulit hitam di afrika selatan, apakah itu tidak sama seperti apa yang dibawakan Anwar lakukan sekarang?, Kerana bagi Anwar, melayu , Cina dan India itu anaknya, dan setelah dasar apartheid dihapuskan, bukankah Afrika selatan mampu hidup lebih harmoni dan tiada syak wasangka antara satu sama lain. Sama keadaannya dengan malaysia. Umno itu bolehlah kita anggap melaksana dasar Apartheid kerana sibuk berjuang untuk melayu sahaja (Bukan berjuang tapi sebenarnya memperbodoh melayu) umno juga berpura-pura buat kerjasama dengan MCA dan MIC tapi menyisihkan bangsa lain.( baca sini) Hal itu tidak pula berlaku pakatan rakyat, beza warna kulit itu memang sudah tidak wujud lagi, Hitam, putih langsat atau sawo matang mereka kini sudah mampu duduk semeja. isu antara kaum, Pemahaman budaya dan beza Agama semakin tidak lagi asing antara satu sama lain. Jesteru sudah tiada lagi perbezaan warna kulit, sudah lebih faham berkenaan budaya dan sensitiviti agama dan bangsa lain, hubungan dalam Pakatan rakyat itu lebih erat, semangat setiakawan dan saling menghormati hidup subur sekali, itu berbeza dengan umno yang masih mahu hunus keris dalam zaman nuklear ini, umno makin jumut dan ketinggalan zaman, umno sampai kiamat masih tidak mahu terima bangsa lain. Anwar susuk yang selalu jadi serangan Umno, berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan fahaman agama atas satu meja. Anwar juga berkemampuan selesai isu berbangkit dengan sangat berkesan dan mapuh. apakah perdana menteri Malaysia berkemampuan lakukan itu?, apakah Mahathir mampu?, apakah paklah mampu dan apakah najib mampu lakukan itu?, "tukanglawan tidak lihat mereka mampu. Najib jika dia mampu, sudah pasti kaum tionghua tidak nekad menolak BN, Kerana kemampuan Anwar itulah, perdana menteri Malaysia punya"tugasan utama". Apa "tugasan utama" perdana menteri Malaysia?, tugasan utama mereka ialah menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekali pun, kerana mereka sedar jika umno tumbang, umno sudah tidak akan mampu bangun kembali. Kenapa "tukanglawan" kaitkan Anwar, Ghandi dan Mandela?, Kerana mereka ini pejuang hebat, dalam perjuangan mereka kepentingan rakyat adalah perkara utama. Mereka ini pernah dipenjarakan namun akhirnya bangkit dan jadi wira negara, mereka tidak hanya lahir dan jadi pemimpin untuk mengisi kekosongan jawatan, ereka menjadi pemimpin hebat kerana kemampuan mereka, kerana idealisme mereka. Mereka pilih menempuh perjalanan sukar, dipenjara dan terus berjuang melawan rejim yang menekan rakyat. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Anak Presiden PAS Tumpaskan Peragut. Posted: 23 May 2012 01:21 AM PDT Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menangkap dan menumpaskan suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu dalam kejadian malam semalam. Menurutnya, ketika mereka sekeluarga menikmati makan melam di sebuah kedai makan, beliau melihat seorang pembonceng motosikal masuk ke kedai dan menuju ke tempat basuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi, Namun secara tiba-tiba suspek tersebut menyambar beg tangan milik isterinya yang diletakkan dia atas meja hingga menyebabkan isteri dan anaknya yang berusia 9 bulan dalam ribaan isterinya jatuh. Muhammad Khalil kemudiannya mengejar suspek berkenaan dan berlaku sedikit pergelutan dan akhirnya dapat menangkap suspek berkenaan. dalam pergelutan tersebut beliau mengalamai patah jari kanan nya dan sedikit kecederaan di betis. Ketika mengulas perkara tersebut ketua jabatan siasatan jenayah negeri , Asisten Komisioner K Manoharan berkata dengan penangkapan suspek tersebut, pihaknya yakin dapat menyelesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya itu. Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang dan merupakan anak presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Ok, Sekarang masa untuk cikit "tukanglawan" ulas, anda pilih nak jadi seperti ini atau nak jadi gangster macam pemuda umno atau perkasa yang selalu berlagak nak jadi samseng, lakukan provokasi dan ganggu ceramah orang. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment