Pahang Daily Online |
- FGVH: Bank Negara Terima Aduan Para Peneroka
- Saman Fitnah: "Anwar Dan Wee Ka Siong" Setuju Kes Antara Mereka Di Selesaikan Luar Mahkamah
- MB: ICT Sebagai Ruang Berinteraksi Dengan Belia
- Kerajaan Kemungkinan Wajibkan PLKN Kepada Semua Para Pelajar Lepasan Sekolah Menengah !
- Muhyiddin 'Setuju Cadangan' Pindahkan Sekolah Persendirian Cina Bebas Chong Hwa Ke Kuantan !
FGVH: Bank Negara Terima Aduan Para Peneroka Posted: 24 May 2012 02:01 AM PDT |
Saman Fitnah: "Anwar Dan Wee Ka Siong" Setuju Kes Antara Mereka Di Selesaikan Luar Mahkamah Posted: 24 May 2012 01:57 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Mei - Kedua-dua pihak dalam kes saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong (foto) telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee. Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu. "Terma penyelesaian adalah rahsia dan tiada perintah dikeluarkan berkaitan dengan kos," katanya dan menurutnya pihak yang terlibat telah membincangkan mengenai penyelesaian itu sejak beberapa minggu lepas. Mahkamah pada awalnya menetapkan 10-12 Sept untuk mendengar saman itu. Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Wee telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa Timbalan Menteri itu berkempen pada satu ceramah pada pilihan raya kecil Machap pada 2007. Anwar mendakwa kenyataan memfitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Parties at their last leg of campaigning' yang disiarkan dalam portal berita pro Pembangkang. Anwar mendakwa kenyataan berbuar fitnah oleh Wee adalah berniat jahat. Wee, dalam pernyataan balasnya, menafikan keluarkan kenyataan tersebut. |
MB: ICT Sebagai Ruang Berinteraksi Dengan Belia Posted: 24 May 2012 01:42 AM PDT |
Kerajaan Kemungkinan Wajibkan PLKN Kepada Semua Para Pelajar Lepasan Sekolah Menengah ! Posted: 24 May 2012 01:38 AM PDT KUANTAN, 23 Mei - Semua para pelajar lepasan sekolah menengah mungkin akan diwajib untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa akan datang. Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe (foto) berkata perkara itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan dibawa kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan. "MLKN juga akan meminta pandangan daripada anggota masyarakat. Sekiranya dipersetujui sekurang-kurangnya 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. "Dan kita akan mengkaji prasarana yang ada untuk menampung pelatih PLKN berkenaan jika perlu ditambah atau diperluas," katanya kepada pemberita ketika melawat Kem PLKN Hijrah, di sini. Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan daripada ibu bapa serta individu untuk menyertai program berkenaan cukup memberangsangkan. Beliau berkata pandangan negatif yang dilempar sebelum ini telah bertukar baik, dengan permohonan pelatih baru secara sukarela tidak kurang daripada 3,000 bagi setiap pengambilan. Selain itu katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, PLKN banyak memberi kesan positif kepada pelatih. Sebagai contoh, berdasarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih di ibu negara baru-baru ini, tiada pelatih PLKN yang terlibat dengan perkara itu, katanya. Beliau berkata program itu juga mungkin disertai ahli politik dari seluruh negara untuk melihat sendiri bagaimana PLKN dapat membantu golongan muda, dan secara tidak langsung memberi gambaran jelas kepada mereka yang terlibat bagi menangkis dakwaan buruk terhadap PLKN. |
Muhyiddin 'Setuju Cadangan' Pindahkan Sekolah Persendirian Cina Bebas Chong Hwa Ke Kuantan ! Posted: 24 May 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Mei - Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa akhirnya menyokong cadangan itu. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon (foto) dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA. "MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini. Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu. Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik. Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu. Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian. Dua resolusi diluluskan di perhimpunan itu sokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas di Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment