"tukanglawan"

"tukanglawan"


Kempen Sokongan terhadap Banduan palestin

Posted: 14 May 2012 01:48 PM PDT

tolong untuk kebahagiann dan kemenangan bersama. demi keadilan
Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !

Sila pakai Badge ini di profile face book anda.










Dan boleh letak ini ditime line facebook anda, nyatakan sokongan pada tahanan palestin, Jadilah insan yang peduli.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Mengapa Hanif Omar Tak Layak Ketuai Panel Siasatan

Posted: 14 May 2012 09:00 AM PDT

Himpunan BERSIH pada 28 april lalu bukan sahaja buat najib dan sekutunya gelabah, polis pun dalam keadaan gelabah bila mereka dikecam menggunakan kekerasan pada bukan setakat rakyat yang berhimpun, malah lebih teruk pada wartawan.

Seperti yang kita tahu puak-puak provokasi telah menyelinap masuk kedalam celahan peserta himpunan, tujuan mereka tidak lain supaya kekacauan boleh dilakukan bagi menghalalkan tindakan polis dan diguna oleh media untuk menggambarkan peserta BERSIH ini ganas.

Kemudian atas desakan yang hebat, satu panel siasatan tentang keganasan ditubuhkan, bekas ketua polis negara dicanang akan mengetuai panel ini, bab itu yang lawaknya. bagaimana ketua polis boleh mengadili panel siasatan keganasan polis sendiri. itu kan tak adil.

Bagaimana Hanif omar nak jadi adil, sebab dia pun dah set dalam kepala otak dia yang peserta himpunan ini jahat, baca petikan nei

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata niat golongan itu mahu menimbulkan kekacauan di dalam negara seperti yang pernah dirancang pada awal tahun 1970-an.

"Kita perlu berjaga-jaga dan tidak memandang remeh terhadap individu pro-komunis ini memandangkan tak tahu apa agenda mereka sekarang," katanya kepada pemberita hari ini ( sumber disini )
Jadi bagaimana dia nak jadi adil, boleh jawab tak?.

So simple sangat kan, takkan la perlawanan machester city dan machaster united nak diadili oleh bekas pemilik machester city yang dok kritik machester united, itu berat sebelah namanya.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

AUKU kalah lagi, Jadi AUKU perlu mansuh

Posted: 14 May 2012 07:14 AM PDT


Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.

Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.

Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah AUKU dipinda.  Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4 mahasiswa UKM ini.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara rakyat!


Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.

Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik, membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.

Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang zalim.


Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah, menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh, bebaskan mahasiswa!


Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Ceramah Umno, Kenapa Nizar Sengaja Buat Penceramah Pucat

Posted: 14 May 2012 05:50 AM PDT

Sudah bilang banyak kali pada puak-puak umno ini, nak berdebat ke, nak berceramah ke, gunalah akal. rakyat bukan nak dengar isu yang bohong, tapi rakyat nak penjelasan apa yang sebenarnya berlaku dalam negara.

Tapi sebab nama umno itu tak pernahlah siar benda betul kecuali fitnah sana dan sini, maka akhirnya bikin sendiri malu saja.

Kita pun dah tahu bagaimana Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri'di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.

ketika ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tersebut, beliau menjawab

"Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang, kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam

"Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga," kata Ir Nizar dalam laman Twitternya.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Kah, kah kah, "tukanglawan" nak tanya la, berani ke orang umno buat macam tu, opssss...  salah pulak, pakatan rakyat tak macam umno yang suka fitnah-fitnah, yang ade pun isu NFC , kapal selam dan isu rakyat, mungin lebih sesuai kalau tanya....

Berani ke Najib atau Rosmah atau Sharizat buat macam Nizar buat?, rasanya tak berani kottttttttttttttttttttt...

Dan satu lagi pesan "tukanglawan" seperti kata Ir Nizar, dijemput lebih ramai orang Umno datang ke ceramah pakatan lepas nei ye".. baru sampai maklumat.,



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Isu buka Palang TOL, Pengurusan Tol Berkira Dgn Rakyat

Posted: 14 May 2012 05:00 AM PDT

Semalam, ketika demo hapuskan TOL yang disambut bagai pesta meraikan kemenangan pakatan rakyat dalam PRU13,berlangsung di tol batu3, beberapa perkara mencuit perasaan.

Ada yang berdiri di pembahagi hadapan tol, ada yang berbaring di atas jalan dan berbagai perkara lagi, manakan dapat gelagat ini dikawal, rasanya ia masih ok selagi tidak mengancam keselamatan orang awam, seperti yang sering dilakukan puak-puak umno.

Dalam masa 5 minit semalam, lebih kurang 30 pemandu kereta bertuah telah menikmati perjalanan tanpa TOL di plaza tol batu 3, mungkin lepas peristiwa itu hingga kini cerita dari mulut mereka tentang perjalanan percuma itu masih bermain lagi. mereka pasti sangat gembira.

Kegembiraan 30 pemandu itu adalah permulaan kegembiraan lebih ramai lagi rakyat selepas ini yang Insyallah akan dapat melalui plaza tol berkenaan dengan percuma.

Kenapa perlu sekali plaza tol tersebut ditutup segera?,

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, lebih 25 tahun rakyat Selangor dan Lembah Klang dibebankan dengan bayaran di kedua plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Kos perjalanan pergi balik Shah Alam-Kuala Lumpur bagi kedua-dua tol itu berjumlah RM 4.20, yang membebankan kira-kira 120,000 pengguna kenderaan setiap hari.

"Sedangkan kos pembinaannya berjumlah RM357 juta. Telah 25 tahun syarikat konsesi membuat kutipan. Saya rasa sudah cukup lama. Kedua tol ini mesti dimansuhkan," tegas beliau.

Selain dari kutipan tol selama 25 tahun yang membebankan kocek rakyat, salah satu perkara yang perlu ditempuh pengguna di laluan tersebut sudah pastinya kesesakan lalulintas sebelum tol tersebut. 

ini membuang masa rakyat yang rata-rata keletihan dan mahu pulang segera. jadi kalau rakyat diutamakan, jangan la buang masa rakyat atas jalanraya sebab beratur nak bayar tol.

Hah berkenaan 5 minit plaza tol dibuka tu, 30 pemandu kenderaan jalan tanpa perlu bayar tol, itu taklah jadi topik utama, sebab ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar telah berhubung dengan pihak tol untuk membayar ganti rugi yang ditanggung plaza tol berkenaan.

Hah, apa berkira sangat plaza tol tersebut, dah untung banyak masih tak boleh ke lupus "kerugian" RM33 ringgit tu.... sangat berkira la. puiiii. kedekut, abis duit rakyat kene tarah.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pakatan Rakyat Tawar Hanya 1 Menifesto

Posted: 14 May 2012 04:26 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan hanya menggunakan satu manifesto sebagai tawaran mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kerajaan yang ditadbir Pakatan boleh menambah perkara tertentu dalam manifesto berkenaan di peringkat negeri masing-masing.

"Walaupun negeri-negeri boleh tambah mengenai isu negeri, Pakatan Rakyat hanya ada satu manifesto," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan gabungan parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Hah, kita tunggu manifesto tersebut, kalau tak banyak , mestilah menifesto tu kelak akan beri manafaat yang besar buat pelbagai lapisan kan, pastinya manifesto tu adalah yang terbaik dalam banyakx2 yang dicadangkan.

Ehhh kan kita dah tahu Pakatan Rakyat tu lebih baik dari  "Beban Negara", dari urusan kewangan, pentadbiran dan kualiti calon itu sendiri.

Bukan macam "Beban Negara" semua pun nak ciplak... ada ahli parlimen pun, kebanyakkanya ade masalah, contoh jadi Menteri Besar sapu duit buat banglo, jadi Menteri Wanita, keluarga pulak wat hal, terlalu bijak sampai lembu letak dalam kondo pulak.

Adohai, hancur malaysia camnei, dah la negara nak bangkrup, najib mana dapat duit banyak-banyak bagi pada rakyat untuk pancing undi, "tukanglawan" fikir mesti dari tabung Rosmah.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Demo Hapus TOL Ceria dan dapat Sokongan, Macam Pakatan Menang PRU13

Posted: 13 May 2012 07:27 PM PDT

Kebetulan "tukanglawan" menghadiri satu program di Shah Alam semalam, jadi sebelum pulang, kawan-kawan ajak hadir sekali ke Demo Mansuh TOL yang dianjurkan Pakatan Rakyat Selangor di Plaza tol batu 3.

Apa yang "tukanglawan" fikirkan mungkin demo tersebut agak hambar, maklumlah hari ahad kebiasaannya orang ramai mahu bersama keluarga, mahu jalan-jalan dengan teman-teman. tapi itu salah rupanya, Ramai Kawan-kawan yang turun sama-sama tuntut penutupan tol tersebut.
Dalam Tafsiran "tukanglawan" lebih dari 300 orang semalam di Tol batu 3 saja.

Kenapa ramai?, mudah sangat jawapannya, Mereka ini hadir untuk menolak kutipan tol tersebut, memang tol tersebut menyusahkan mereka, sebab itu waktu selalunya mata tengah mengantuk mereka sanggup hadir berpanas.

Lebih hebat dari itu, bukan setakat mereka yang hadir dari sekitar Shah Alam saja yang turun menuntut pemansuhan Tol tersebut, namun turut mendapat sokongan daripada ratusan pemandu persendirian dan kenderaan awam yang membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus tanda sokongan mereka terhadap desakan ini.

Turut hadir bersama rakyat dalam himpunan semalam ialah Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad, MP Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, Exco kanan Selangor Ronnie Liew, Dr Xavier Jeyakumar dan Adun Seri Muda, Shuhamie Shafiei.

Kumpulan itu turut mengedarkan pelekat kereta- 'Mansuhkan Tol, Demi Rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol terbabit, diketuai Ketua Angkatan Muda KEADILAN AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dengan bendera parti yang dikibarkan, sokongan dari pemandu kenderaan, bunyi hon dan isyarat bagus yang ditunjukkan, semalam suasananya seperti pagi selepas "pakatan rakyat telah menang PRU 13".

Nak rasa suasana macam tu tapi dalama skala lebih besar, senang je.. kita bagi Umno kalah dan diam, amacam.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment