"tukanglawan"

"tukanglawan"


#CeritaBersih3.0 - Just Shup up Your Mouth

Posted: 04 May 2012 03:41 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Serba sedikit pengakuan dari saya sendiri dengan penuh ikhlas dan tanpa berpihak pada mana2 pihak..:

Yang tak pergi bersih duduk rumah, dan enjoy dengan kawan, yang mengatakan siapa pergi bersih tu BODOH, just shut up your mouth. Jangan cakap lebih seperti korang pergi.

Saya yang pergi dan tidak menyokong mana2 pihak sekalipun, Saya tahu situasi sebenar ketika itu. 

Ketika permulaan provokasi dan ketika ramai peserta bersih diserang menggunakan tear gas khas dari ISRAIL. I know your opinions is the best untuk lawan orang yang pergi bersih, tapi korang tak tahu langsung perasaan peserta yang dibelasah lebih teruk dari polis, dan tiada polis pon yang sudi backup.

Jika nak dibandingkan dengan polis yang dibelasah oleh peserta @ "polis SB", Polis itu tetap DIBACKUP oleh peserta bersih. Saya sendiri lihat dan tengok. Pliss, shut up your mouth. Jangan tunjuk anda ni cool.

Siapa yang mulakan provokasi, saya juga lihat sendiri dengan mata saya sendiri.

Cuba kaji dari kedua2 pihak.. Jangan hanya kaji satu pihak melalui media yang menipu. 

Dan cuba fikir kenapa jugalah ULAMA' juga turut menyokong bersih.. Kalau fikir jauh, ulama' tidak menyokong keganasan, tetapi hanya menyokong keadilan dalam Malaysia.

Kerana diakhirat juga kita pun akan ditanya kenapa tidak menegakkan keadilan.. Even its abouts politik.Kalau polis, ada sebab mereka tiba2 provokasi.. Ini ayat seorang polis yang telah menenking pada saya sendiri "Korang dah bunuh sorang polis!!!..

Mereka provok dan mengganas kerana ini.. Mereka anggap polis itu mati sedangkan tidak. Mereka mendapat berita yang tidak betul.. Sebab itulah mereka sanggup belasah sesiapa sahaja peserta bersih. Sedangkan berita tersebut tidak betul

malahan kalau saya lihat, peserta bersih itu sendiri yang melindungi polis dari dibelasah oleh peserta yang mungkin menyamar atau terlalu ganas.

Secara jujur saya katakan tidak semua polis teruk. Cuma segelintir polis yang bertindak mengikut perasaan membelasah sehingga lebam itulah yang paling rakyat kutuk dan caci mereka seperti balaci yang membabi buta.

Dan kenapa peserta bersih juga tiba2 provokasi?

Kerana mereka juga ada sebab untuk berlindung, dan mereka telah diserang oleh pihak polis@FRU dengan diltembak TEAR GAS dalam sekumpulan besar peserta yang "CROWDED" dan terpaksa lari menolak orang sekeliling dengan terpaksa.



Inikah idea logik polis?? Cara untuk menyelesaikan masalah?.. Dengan cara itulah pihak polis juga "boleh" membunuh peserta bersih even mereka sebenarnya pelindung rakyat. Peserta ketika itu mungkin terpaksa lari dalam keadaan menutupi mulut, hidung dan mata yang berair dalam keadaan sesak.

Selipar kasut tercabut.. Dan kanak2 serta perempuan terpaksa menahan kudrat yang lemah untuk melarikan jauh dari asap pedih tersebut. Selesaikah masalah? TIDAK! Dan Sebab itulah ada dikalangan peserta bersih tidak berpuas hati..

Dan kerana itulah peserta sanggup bertahan sehingga malam untuk menentang polis.

Saya melihat sendiri pihak polis mengejar peserta bersih lalu terus memukul.. Dan selepas dipukul peserta bersih datang untuk backup, dan mereka berjaya menyelamatkan peserta tersebut, malah berjaya menangkap seorang polis yang membelasah peserta tadi.

Lalu dibawa kedalam peserta bersih yang terlalu lah ramai dan penuh. POLIS tersebut tidak dibelasah malah dihalang oleh pihak peserta dan polis tersebut hanya disoal siasat kenapa mereka sanggup pukul dan sebagainya.. Rakyat sendiri tahu mengambil berat.. Kerana mereka datang dan berkumpul disana bukan untuk PROVOKASI tetapi untuk melaksanakan keadilan secara AMAN dan DAMAI..

Saya pergi dan saya tahu bermula dari awal sehingga habis perhimpunan bersih..

Yes, Saya tahu kita sekarang patut bersyukur dengan penetapan dalam negara Malaysia yang aman damai, tidak ada perang dan sebagainya,

Bukan niat peserta bersih untuk menghancurkan negara dan tidak bersyukur, tetapi mereka hanya mahukan KEADILAN, memperbetulkan dengan KUASA RAKYAT yang mereka ada. Kalau belajar undang, RAKYAT ADA HAK UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN SEKIRANYA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TIDAK MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN ADIL DAN PENUH PENIPUAN RAKYAT...
JADI JANGANLAH KORANG NAK KESIAN PADA SATU PIHAK SAHAJA.
Tak perlulah nak kata korang lagi tahu sebab yang korang ada hanyalah media pro KERAJAAN even korang dapat tahu dari video di youtube ,facebook, dan twitter. . Video dipotong tanpa mendedahkan hal2 yang benar..

Try to shut up. Pliss.. Saya pergi kerana saya ingin melihat sendiri keadaan situasi sebenar berbanding dari dalam TV. Secara jujur saya nampak siapa yang salah memulakan keganasan. Siapa yang membantah secara aman. siapa yang tidak adil..
Dan Polis MUDA lebih suka bertindak mengikut arahan dan hanya tahu "BELASAH" apabila dapat tangkap peserta bersih. Wallahualam.

Tolong kaji video yang ada dalam youtube sebaik mungkin kalau anda mantap memberi pendapat. Dan siapa yang paling banyak pukul orang.. :')

Minta dishare kalau anda rasa anda juga open minded seperti saya..

#Disalin dari laman Facebook


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

#CeritaBersih3.0 - Pembelasahan Polis Paling Teruk

Posted: 04 May 2012 03:42 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Tindakan polis membelasah petugas media yang membuat liputan sewaktu BERSIH 3.0 Sabtu lalu, peristiwa paling tragis sepanjang liputan pelbagai perhimpunan sejak 1998, kata Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

Beliau yang juga aktivis kebebasan media berkata belum ada "keganasan paling sistematik" terhadap wartawan dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun ke belakang walaupun insiden seumpamanya bukan perkara baru.

"Inilah kali pertama, dalam tempoh itu, antara tahun 1998 sehingga 2012, kali pertama kita melihat tindakan keganasan paling sistematik terhadap semua jenis wartawan.

"Pada 1998,1999 dan 2000, betul, polis ambil mengambil rakaman, polis rosakkan kamera, polis cabut rakaman video agensi (berita) luar, pijak depan orang ramai. Polis belasah, rampas kamera wartawan NST dalam peristiwa perhimpunan KESAS pada 2000.

"Polis buat sekatan sepanjang lebuh raya... Tetapi belum ada peristiwa yang paling tragis terhadap wartawan sehinggalah Sabtu lalu," katanya dalam forum membincangkan keganasan polis dan pemadaman (blackout) berita di Kuala Lumpur malam tadi.

Fathi menyifatkan perbuatan tersebut "paling sistematik" kerana melibatkan semua orang termasuk wartawan dan peguam yang menjadi mangsa keganasan seperti yang dilaporkan.

"Ini yang kita dapat laporkan secara jelas. Tetapi saya percaya, ada berpuluh-puluh lagi petugas media yang verbally abuse pada hari kejadian.

"Mereka (polis) caci, maki, dan mengeluarkan kata-kata kesat bersifat perkauman, terhadap petugas media. Ini yang belum direkodkan," katanya.

Fathi juga memuji tindakan akhbar berbahasa Cina yang menunjukkan solidariti kepada wartawan yang menjadi mangsa keganasan polis dengan memakai baju berwarna hitam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam.

"Ini kita salut kepada mereka... Ini atas sikap solidariti bersama dengan mangsa kekasaran (dan), keganasan polis.

"Mereka menghitamputihkan halaman (akhbar) sejak petang semalam (Rabu) lagi dengan meletakkan riben kuning untuk edisi petang surat khabar mereka," katanya sambil menambah ia berterusan sehingga petang semalam (Khamis).

Malah, kata Fathi, akhbar Sin Chew Daily semalam turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada mereka.

"Bayangkan kalau Utusan atau Berita Harian buat benda yang sama," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin.

"Kita belum nampak, Utusan, Berita Harian, The Star buat macam tu... Saya nak beritahu satu titik perubahan dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan rejim dunia ini, akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau menyamakan fenomena itu seperti "mobilisasi elit" di Indonesia melibatkan gedung perniagaan besar menjelang kejatuhan Suharto sebelum ini, yang menyaksikan belahan sokongan kumpulan itu


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Arwah Bob, Hijrah Terakhir Sebelum Pulang.

Posted: 03 May 2012 10:08 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
"tukanglawan" masih belum puas menyaksikan telatah Bob Kuman dalam setiap lakonannya, bolehlah dianggap antara komedian terbaik negara, Semalam beliau telah kembali kepada penciptanya meninggalkan segala kesengsaraan yang ditanggungnya.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi sebelum pulang mengadap penciptanya sudah mula mendekati kembali dirinya kepada islam, Alhamdullilah.

Sebelum jatuh sakit, dalam satu perbualannya bersama Ustaz Azhar pernah menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Alhamdullilah, niatnya itu sedikit sebanyak telah di izinkan ALLAH, sedikit demi sedikit beliau sudah mula berada di pentas Islam, menceritakan pengalamannya, untuk jadi iktibar buat semua.

Lihat Video dibawah, anda akan berlinangan air mata jika hati anda masih lembut.




Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Arwah, "Rezeki itu ditentukan oleh ALLAH" pegang kata-kata itu dan yakinilahnya dengan segenap jiwa.  Allahuakbar....

Arwah yang kebelakangan ini mula mendekatkan diri kembali kepada islam mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri melalui talephone.




Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan. dan Alhamdullilah, Dengan izin ALLAH, Bob Kuman akhirnya dapat duduk sepentas bersama dengan ustaz Azhar dalam menyampaikan Syiar Islam.




Semalam, beliau telah pulang menghadap penciptanya, semoga Hijrah terakhirnya sebelum pulang diterima ALLAH, sesungguhnya Allah menyayanginya, akhir hayatnya Arwah Bob Kuman kembali mencari Islam,


Video penuh dibawah, semoga pahala kita menonton video ini dikembalikan kepada Arwah.....

Al-fatihah buat saudara ku Husni Mohd Rawi, Damailah disana....






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kebodohan Perkasa Terserlah Lagi.

Posted: 03 May 2012 07:24 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kebodohan puak-puak yang dipercayai ahli perkasa dan umno terserlah lagi, macam biasa lah, mereka akan mencari publisiti murahan untuk mengenakan pakatan rakyat, tapi sama macam kes tanah masjid di Rawang tempoh hari, dan kalau ingat kes gereja paling besar di bukit jalil tu, akhirnya kebodohan puak perkasa ni buka pekung umno BN . kah..kah..kah..

Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0 ( diorang jeles sebab mak tak bagi pegi ), sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim (dekat dengan tempat zul katak) mengadakan himpunan haram ( bak kata umno) di hadapan Wisma Darul Aman.

Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.

Tidak dapat dipastikan benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut.

Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer.

Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km. ( mungkin dia ni ade bini 2 kot)

(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas kalau tidak teruk laa makcik2 tu selak kain buat lap muka)

Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman.

Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.

Apa yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan projek pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob.

Hujah mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Melayu/Islam.

Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Asas penentangan mereka adalah berkaitan isu perkauman, selari benar dengan perjuangan Umno dan Perkasa.

Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar!

Projek pembinaan jirat Cina itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah.

Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk.

Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.

Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semula bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri.

Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.


Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.

Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik bukan Melayu (Cina) tetapi berstatus Simpanan Melayu yang dibeli oleh datuk neneknya pada 18 April 1926.

Memang di negara ini masih terdapat Tanah Simpanan Melayu yang menjadi milik bukan Melayu.
Pemilikan terhadap tanah tersebut berlaku sebelum zon Tanah Simpanan Melayu diwartakan pada 4 April 1933 oleh penjajah British.

Tuan tanah bukan Melayu masih berhak ke atas tanah tersebut cuma mereka tidak berhak menukar status tanah serta mesti mematuhi syarat-syarat ke atas tanah tersebut seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Tanah Simpanan Melayu.

Timbul persoalan, jika dari awal sudah tahu statusnya Tanah Simpanan Melayu mengapa kerajaan negeri luluskan juga untuk projek pembinaan jirat Cina yang bertentangan sama sekali dengan roh sebenar kewujudan Tanah Simpanan Melayu?

Jawapannya, kena bertanya kepada kerajaan BN dahulu kerana mereka yang luluskan!

Kumpulan yang berdemonstrasi itu membantah tindakan kerajaan meluluskan tanah berstatus Simpanan Melayu yang cuma seluas 190 ekar untuk dijadikan jirat Cina.

Yang meluluskan BN, yang diserang ialah PR, yang menyerang lagilah bangang....kah..kah..kah..

Artikel asal dari Pakatan Rakyat suppoter



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Hishamuddin Pengkhianat - Kata Kerabat Diraja

Posted: 03 May 2012 06:30 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan menggesa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatannya, dengan menyatakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan polis yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap di majlis ceramah "Jelajah Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan"  di Seremban, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata polis tiada alasan apa pun untuk melakukan keganasan.

Beliau berkata beliau berada di perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dari tengahari hingga 11 malam.

"Keadaan pada awalnya seperti kita pergi picnic di Port Dickson," ujarnya di majlis itu.

 "Terdapat warga emas dan juga kanak-kanak. Saya tidak lihat sebarang niat yang serong di kalangan peserta perhimpunan.

"Pihak polis yang sepatutnya melindungi para peserta perhimpunan, sebaliknya mereka menjadi agresif dan memukul para peserta perhimpunan laksana segerombolan serigala.

"Anehnya ada di antara yang memakai baju Bersih tetapi pakai kasut boot. Ini menimbulkan kecurigaan di hati saya.

"Saya tidak dapat memikirkan teori lain selain dari (keganasan itu) telah dirancang rapi."

Hishammuddin perlu dipertanggungjawabkan terhadap kekacauan dan perlu meletakkan jawatannya dengan segera."

Tunku Harmy juga menyifatkan Hishammuddin sebagai pengkhianat, mendakwa beliau (hishammuddin) yang bertanggungjawab memberikan IC kepada warga asing.

"Tak kisah samada MyKad itu tulen atau palsu. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, beliau mesti dipertanggungjawabkan kerana membiarkan keadaan terlepas dari kawalan. IC diberikan kepada warga asing untuk (membantu BN) menang di dalam pilihanraya," tambahnya.

"Pergi dan semak di Chow Kit, Selayang dan lain-lain tempat di Kuala Lumpur. Terdapat jumlah warga asing yang ramai berniaga memiliki MyKad."

Nah, "tukanglawan" mahu tanya pada orang umno yang kononnya sangat menghirmati institusi kesultanan, apakah anda mahu menyangkal kata-kata kerabat diraja ini?, jika masih mahu sangkal, anda telah menderhaka.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment