"tukanglawan" |
- BN makin Terdesak, Ini buktinya
- Blog Tukanglawan di Iktiraf No 36 Blogger PR
- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah...
- Ali Rustam Tak Suka Pilihanraya yang Bersih dan Adil
- Forum Pasca BERSIH 3.0 - Keganasan Polis dan Media "Blackout"
- #CeritaBersih3.0 - Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis
- Letak CCTV dalam toilet, umno kantoi bodoh
- #CeritaBersih3.0 - Polis wanita tumbuk Makcik 71 Tahun
- BBC Selar Astro Kerana Tidak Siar Berita Yang Adil
BN makin Terdesak, Ini buktinya Posted: 02 May 2012 09:53 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Barisan Nasional terutama Umno, jangan lagi mahu menafikan kini nyawa mereka di hujung tanduk, mereka kini sedaya upaya melakukan apa saja untuk menagih simpati dari rakyat. Dalam "kemuakkan" rakyat kepada rejim pemerintah yang terus terusan menyalah guna kuasa untuk menyapu habis wang rakyat, mereka masih lagi ego, najib masih lagi hidung tinggi. Lihatlah bukti dibawah, betapa umno dan BN semakin terdesak. Lebih malang lagi ade sumber yang mengatakan surat ini dihantar menggunakan sampul yang dicop dengan perkataan "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA", jika itu benar, ini sudah kes salah guna kuasa. Apakah jenis calon seperti ini yang mahu anda pilih?, Selamatkan malaysia, anda mampu mengubahnya. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
Blog Tukanglawan di Iktiraf No 36 Blogger PR Posted: 02 May 2012 09:26 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Semuanya kerana anda,sokongan yang anda berikan yang meletakkan blog ini dikedudukan itu, ini bermakna, kerja dan usaha lebih kuat lagi perlu "tukanglawan" lakukan. Bukan ingin menyaingi mana-mana pihak, apatah lagi mengejar glamor, apa yang dilakukan adalah menyampaikan informasi yang tidak mungkin akan dipaparkan di media massa arus perdana yang kelihatannya amat berat sebelah. Setelah mengharungi pelbagai halangan dari segenap segi, blog "tukanglawan" yang tak seberapa ini telah melepasi 1 juta pageview pada 1 mei 2012, Pada bulan april juga buat pertama kalinya atas sokongan anda blog ini sudah melepasi 200 ribu pageview sebulan. satu angka yang dilihat sangat mustahil satu masa dulu. Dan pada bulan ini juga blog yang tak seberapa ini telah dimasukkan ke dalam carta blogger PR oleh blog Cenangau ( baca sini) Oleh itu teruskan sokongan anda, mempertahankan adalah lebih sukar dari mencapai.kerana blog ini tiada ertinya jika tiada anda. blog ini tidak akan mencapai angka tersebut tanpa kunjungan dan sokongan anda. Ini adalah ulasan dari Blogger cenangau, Pencapaian ini bukan untuk "tukanglawan" sebenarnya, tetapi untuk anda semua, untuk co - blogger rakan penyumbang dan rakan karib yang sentiasa memberi sokongan walau dalam saat serba payah Top Blog PR 1 Mei 2012 - Carta DaunKariJom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
#CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... Posted: 02 May 2012 06:19 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. "tukanglawan" mahu kongsikan kepada anda luahan hati seorang ibu yang datang ke Himpunan bersih sabtu lalu, turut bersamanya adalah anaknya, beliau Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA, ini cerita seorang pejuang. Mari baca, apakah anda didik anak anda jadi pejuang? "Ummi, cepatlah Ummi, cepatlah Ummi!" Jerit Asiah girang sangat sambil menarik-narik tangan kanan saya menghala ke depan. Tangan kiri memegang tangan Asma' yang berdiri di belakang. "Sabarlah Asiah, perlahan-lahan, kenapa ni?" tanya saya kepada Asiah. "Dah boleh masuklah Ummi, dah boleh masuk ke Dataran." Jerit Asiah lagi masih dalam keadaan yang sangat teruja dan girang sekali. Masih terbayang wajahnya. Saya masih bertahan. Sukar juga saya mahu mempercayainya. Namun dek kerana mahu menurutkan rasa teruja Asiah yang seolah Dataran Merdeka itu satu tempat yang bakal membebaskannya dari "kesesakan" yang ada, saya turutinya perlahan-lahan. "Bagi laluan, bagi laluan!" Tiba-tiba kedengaran suara jeritan sambil kelihatan seorang lelaki India dengan tongkat di sisinya diusung keluar berama-ramai. Keadaan sedikit kelam kabut. Asiah masih menarik-narik tangan saya ke hadapan. Bersama kami sejak awal berjalan dari hadapan SOGO ialah Atikah dan Hakim anak-anak Hatta Ramli. Kami sentiasa beriringan dari satu tempat ke satu tempat. Ada peluang duduk kami duduk, ada arahan duduk kami duduk walau berhimpit-himpit. "Buka, buka, masuk, masuk!" Tiba-tiba keadaan jadi sungguh kecoh dengan orang ramai tiba-tiba bertolak-tolak ke hadapan. Saya sudah menghidu sesuatu bakal berlaku, segera saya menarik tangan Asiah, menjerit nama Atikah dan Hakim mengajak mereka berpatah balik ke belakang. Namun semuanya sudah terlambat. Kami tersepit. Semua cuba menyelamatkan diri. Ketika itulah apa yang saya jangkakan akan berlaku telah berlaku. Kami tersepit, terhimpit. Tidak perlu lagi melangkah. Ditolak, ditolak dan ditolak ke hadapan sehingga tidak ada ruang lagi untuk bergerak. Gerun, takut, bayang-bayang tragedi menghantui diri saya. Saya tidak ingat jeritan sesiapa, hanya terdengar jeritan Asiah, sayu, sedih, ketakutan dan trauma. "Ummi, ummi, ummi!" Kuat-kuat saya pegang tangan Asiah di tangan kanan. Kuat-kuat saya pegang tangan Asma' di kiri. Pada masa yang sama, gas pemedih mata menyelubungi, kelat, kesat, ketat dada dan hidung. Asiah terus menjerit. Saya sudah tidak hiraukan diri sendiri lagi, tiada masa untuk menarik tuala kecil dan air menutup hidung. Saya tenangkan diri tarik nafas. Saya harus selamatkan anak-anak saya. Kami masih tersepit. Wajah Asiah sipi-sipi saya lihat tersepit. "Tenang Asiah, tenang, jangan jerit jangan nangis." Berkali-kali saya tenangkan Asiah. Asma' di sebelah kanan saya kelihatan sudah tumbang, jatuh, cepat-cepat saya tarik tangannya dan Asma' berjaya berdiri dengan stabil semula. Bagaimana saya mahu menyelamata kan anak-anak saya. Toleh ke belakang, kosong, lapang hanya gas pemedih mata memenuhi segenap ruang. Saya harus bertindak segera dari kami terus terhimpit dan tersepit dan Asiah terus trauma. Saya mengambil risiko itu, menarik tangan Asiah dan Asma' dan masuk ke dalam kepulan asap gas pemedih mata. Asiah terus-terusan menangis dan menjerit. Asiah sudah hilang kawalan diri terus, saya tidak berupaya mententeramkannya lagi. Asiah lari lintang pukang dari saya, melepaskan genggaman tangan saya. Saya hanya mampu menjerit namanya. "Asiah! Jangan lari dari Ummi, mari sini." "Tak nak, Asiah tak nak." Asiah terus lari. Dari jauh saya lihat berkali-kali Asiah jatuh dan bangun. Sambil terduduk saya lihat satu pasangan Tionghua juga duduk berteleku menyelamatkan diri dari kesesakan. Semua orang kelihatan cuba menyelamatkan diri masing-masing dari asap gas pemedih mata yang menyesakkan. Akhirnya setelah mengumpul kekuatan sambil tangan sebelahnya kekal memegang tangan Asma' kami berlari mendapatkan Asiah dan menyelamatkannya. Datang seorang lelaki memberikan Asiah garam dan membasuh mukanya. Tanpa segan silu saya merayu kepada lelaki itu, "Encik tolong selamatkan anak saya, tolonglah." Lelaki itu terus duduk dan mengarahkan Asiah naik ke atas belakangnya. Asiah dibawa lari ke arah kawasan lapang di sekitar bangunan DBKL. Pemandangan ketika saya berjaya keluar dari terhimpit di hadapan kolam DBKL yang di depannya tembok sungguh menyedihkan. Ramai yang terjun ke dalam kolam seolah tiada tempat lain untuk menyelamatkan diri. Ramai tertunduk-tunduk dengan baju dan seluar yang hampir tertanggal untuk cuba melegakan diri dari kesesakan gas pemedih mata. Pedih mata, pedih lagi hati ini yang melihat keadaan itu. Suasana seolah di medan perang, walhal ianya tidak. Kami rakyat biasa tiada bersenjata. Dari Dataran Merdeka gas pemedih mata ditembak dan dilontarkan hingga ke Bangunan DBKL. Peluru gas pemedih mata jatuh bertubi-tubi di sisi saya. Kami masih tidak selamat rupanya. "Ummi, kenapa, dia orang (polis) buat macam tu, kenapa ummi?" Berkali-kali Asiah bertanya kepada saya dalam keadaan beliau masih terbatuk-batuk dan termuntah-muntah, dalam esakan. Sayu dan sedih betul untuk saya menjawabnya. Bila saya gagal memberikannya jawapan, Asiah bertanya lagi "Bukankah dia orang (polis) kena jaga kita Ummi." Saya masih mendiamkan diri dan cuba memujuknya untuk terus berjalan menyelamatkan diri. "Sabar ya Asiah, kita jalan ke depan cari perlindungan." Asiah masih lagi trauma dan kami cuba mencari tempat untuk berlindung. Pintu masuk ke DBKL semuanya dikunci rapat. Pintu cerminnya membuatkan kami dapat melihat terlalu luas ruang di dalamnya untuk kami dapatkan perlindungan. Polis beruniform dan bervest hijau memenuhi segenap ruang di dalamnya. Asiah dalam keadaan yang masih trauma menjerit-jerit sambil mengetuk-ngetuk pintu cermin DBKL memohon simpati agar mereka di dalam membukanya dan membenarkannya masuk. Asiah terus mengetuk-ngetuk sambil menjerit "Bukalah, bukalah, bukalah" berkali-kali. Saya lihat setiap wajah dan tubuh badan anggota polis di dalamnya terus berpeluk tubuh tanpa ada sekelumit perasaan simpati di wajah-wajah mereka. "Ummi, dia orang gelakkan Asiah Ummi. Ada polis tu gelakkan Asiah Ummi." Sedih sayu suara Asiah. Pedihnya hati. Kami teruskan perjalanan menyelamatkan diri hingga terjumpa Fuziah Salleh yang memegang "gas mask". Tanpa segan silu saya memohon meminjam dan meletakkan di muka Asiah. Syukur Asiah kembali tenang. Ramai yang menghulurkan garam, air serta minyak angin untuk melegakan Asiah.
Akhirnya kami selamat dan saya membawa Asiah pulang ke bilik penginapan sementara saya dan Asma' meneruskan perjalanan di jalanan melihat denyut perjuangan rakyat, anak muda terutamanya yang begitu kental semangat mereka. Saya tidak akan melupakan bagaimana gembira dan terujanya Asiah apabila kami sudah berdiri bersama ratusan ribu rakyat hampir tiba ke destinasi Bantah dan Duduk akhirnya kami telah diperdaya dengan membiarkan kami terperangkap di dalam lautan orang ramai yang kemudiannya dibedil dan dilemparkan dengan gas pemedih mata yang bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Anak-anak kami yang turut bersama Ammar, Asma' dan Asiah bersemangat terus dan tidak akan gentar untuk bersama lagi kerana sesebuah perhimpunan aman adalah aman hingga pihak berkuasa memulakan serangan. Itu saya percaya dan akan terus percaya. Perjuangan ini adalah perjuangan membebaskan rakyat dari ketakutan kepada sang penguasa. Anak-anak kami dan ribuan anak-anak lagi yang turut serta akan terus berani untuk membebaskan diri dari kezaliman. 1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda 5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! 3- #CeritaBersih3.0 - Polis Wanita Tumbuk Makcik 71 Tahun 4- #CeritaBersih3.0- Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
Ali Rustam Tak Suka Pilihanraya yang Bersih dan Adil Posted: 02 May 2012 03:33 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Ali Rustam nampaknya memang tak suka pada pilihanraya yang BERSIH dan ADIL, kenapa agaknya ya?, apakah dia tidak yakin boleh menang dalam pilihanraya yang Bersih dan Adil, takkan la tuntutan Demokrasi sebegitu mengusarkan dia jika dia betul-betul yakin sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat. Ok, kita ingat balik kenapa himpunan BERSIH dibuat?, dengan jelas jawatankuasa pemandu BERSIH beserta 84 NGO lain menganjurkan bersih kerana menuntut pilihanraya yang Bersih dan Adil, selaras dengan hak rakyat untuk menyuarakan suara mereka melalui pilihanraya. 8 tuntutan dikemukakan, tak perlulah "tukanglawan" ulas panjang mengenai tututan itu, jika masih tahu, memang sampai sekarang pun tak akan faham kenapa himpunan bersih diadakan. SPR dikecam teruk kerana gagal mewujudkan kepercayaan rakyat terhadap mereka, jadi dengan sendirinya SPR tidak lagi dilihat sebagai suruhanjaya yang bersih, apatah lagi bila pengerusi dan timbalannya adalah ahli Umno, satu kompenan barisan Nasional ( sebut Beban Negara) yang bertanding dalam pilihanraya. Dan disini mahu sekali lagi "tukanglawan" ingatkan, BERSIH bukan gesaan terhadap penambah baikan sistem pilihanraya oleh parti -parti dalam pakatan rakyat, malah siapa sahaja hatta umno, Mca atau Mic pun telah dijemput, iktupun jika mereka mahukan sistem pilihanraya yang adil. baiklah, itu isu utama kenapa BERSIH diadakan, berbalik pada Ali Rustam, beliau telah meminta Ketua Wanita MCA letak jawatan kerana katanya Datuk Kian Sit Har telah terlibat secara langsung dalam penganjuran BERSIH. Ok baiklah, malas "tukanglawan" mahu ulas panjang, cuma apa yang "tukanglawan" mahu katakan, BERSIH bukan milik mana-mana parti politik, itu jelas, sesiapa sahaja yang mahukan pilihanraya yang Bersih dan Adil boleh menyertainya, menyuarakan pendapat. ALi Rustam Nampaknya tidak faham kenapa BERSIH diadakan, atau pun Ali Rustam memberi mesej jelas, beliau tidak suka kepada pilihanraya yang bersih dan Adil, kerana dengan pilihanraya yang Bersih dan Adil, beliau mungkin akan hilang Jawatan dan kuasa. Itu jelas sekali. sebab Ali Rustam menolak pilihanraya yang Bersih dan Adil, matlamat utama himpunan BERSIH diadakan. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
Forum Pasca BERSIH 3.0 - Keganasan Polis dan Media "Blackout" Posted: 02 May 2012 02:42 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Satu Forum Pasca BERSIH 3.0 akan diadakan esok pada 03 mei 2012 pada jam 830 malam di Dewan himpunan Cina Kuala Lumpur. Antara panel yang akan bersama dalam forum tersebut antara lain ialah Saudara Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan juga seorang blogger terkenal. Antara lain yang akan turut serta ialah Dr Aziz Bari, seorang bekas pensyarah yang juga adalah seorang pakar perlembagaan serta tokoh Akademik terkenal di negara ini. Saudara Haziq Abd Aziz pula akan memberikan pandangan mewakili mahasiswa, terlibat secara langsung dalam tuntutan mahasiswa sebelum ini, beliau adalah antara mahasiswa yang berkhemah di dataran bagi menuntut pemansuhan PTPTN. Sementara itu Saudara Fathi Aris Omar akan turut serta, beliau adalah editor Malaysiakini, akan memberi pandangan tentang "media Blackout" dari sudut perspektif seorang pengamal media. Forum ini dibawakan kepada anda oleh akademi Pak Sako Jadi apa tunggu lagi, anda dijemput beramai-ramai ke Dewan himpunan cina Kuala Lumpur, esok malam untuk sama-sama menilai apa yang terjadi pada Himpunan BERSIH yang lalu, jadikan forum ini sebagai salah satu kemestian, kerana kita perlu menjadi rakyat yang berfikir, bukan rakyat yang dibodoh-bodohkan oleh pemerintah yang sedang rakus mengaut kekayaan. Peringatan, Forum ini tidak akan disiar oleh TV umno atau mendapat liputan suratkhabar pencacai penabur fitnah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
#CeritaBersih3.0 - Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis Posted: 02 May 2012 06:16 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Saksi kejadian kekasaran Polis menangani himpunan Bersih pada sabtu lepas, Liu Yang, 55, adalah antara tahanan pertama yang dibawa ke Royal Selangor Club untuk ditahan sementara, Beliau melihat kebanyakan tahanan dipukul sehingga bahagian kepalanya berdarah. Malah, setelah ditahan, polis masih meneruskan serangan dengan menumbuk dan menendang tahanan. Liu Yang berkata salah seorang tahanan cedera parah pada bahagian kepala, hanya dibalut dengan kain baju. Tahanan tersebut separuh pengsan keadaannya. Liu Yang meminta agar polis mendapatkan rawatan perubatan untuk tahanan tersebut, namun tidak dipedulikan. Selepas dua jam, seluruh tubuh tahanan tersebut dibasahi darah. Apakah Polis ini pelindung kepada rakyat atau pelindung kepada kerakusan pak menteri serta pengerusi SPR dan timbalannya?. itu kita mahu tahu?, dan apakah kini ini rakyat malaysia merupakan balaci kepada pemimpin angkuh atau rakyat adalah ketua mereka, Undi anda adalah jawapannya, apakah rakyat ini ketua atau kita umpama kerengga pekerja yang menyediakan kemewahan untuk ratu kerengga. sehingga rakyat sendiri boleh dibelasah teruk oleh anak menteri . fikir-fikirkanlah. 1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! 3- #CeritaBersih3.0 - Polis Wanita Tumbuk Makcik 71 Tahun 4- #CeritaBersih3.0- Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
Letak CCTV dalam toilet, umno kantoi bodoh Posted: 01 May 2012 08:33 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Umno ni, banyak kali dah pesan, kalau betul-betul anak jantan yang ada keris mari lah bertarung dalam gelanggang sama rata, bukan dalam padang senget sebelah, ini tidak, pilihanraya negara ni tak pernah adil, mana kan tidak, pengerusi SPR dan timbalannya pon orang umno, dah sah lah berat sebelah. Umno sekarang dah macam pondan, bertarung tak pernah beri fakta, merapu meraban tak habis-habis burukkan pemimpin pakatan, tak kira la di Tv ke, di surat khabar ke, pernah tak najib dikritik teruk, terutama kes pembunuhan altantuya yang ada kaitan dengan kapal selam tak boleh menyelam tu?. ada tak? Yang ada cumalah, Anwar ini ejen yahudi, ejen komunis, Anwar ini liwat saiful, anwar dan China Doll, kisah Anwar dijemput negara luar untuk ucaptama tak mahu pulak siar, yang dok siar ceritakonon rakyat sayang najib, padahal semua tahu berapa banyak duit ditabur sana sini. tak payah la jadi wartawan yang bodoh dengan membodek PM yang bakal disingkirkan tu. Media pro umno yang terkesan dari kegagalan taktikal dengan melapor berita berat sebelah apabila menyalahkan peserta himpunan Bersih tempoh hari dilihat cuba menmatikan kisah teruk belasahan rakyat oleh polis atas arahan "tangan Ghaib", hari ini mereka terpaksa memuntahkan peluru lain supaya isu himpunan bersih senyap. Azmin Ali hari ini jadi mangsa pula, tak cukup sebelum ini Azmin ali difitnah kejam, media pencacai umno cuba membunuh watak politik Azmin Ali, dan paling malang bila utusan memaparkan sebesar-besar gambar yang mereka cuba kaitkan sebagai Azmin Ali di utusan meloya , yang rata-rata tahu itu akbar umno ( cuma org umno kampung saja tidak tahu ) Apa motif semua ini, Akhbar sudah jadi akhbar lucah, siapa lagi selepas ini pemimpin pembangkang yang akan diburuk-burukkan oleh utusan, kala umno sudah kehabisan modal, mereka mengubah hala dengan menuduh pemimpin pembangkang macam-macam. Seolah-olah kita sudah lupa taktik yang mereka guna bila mereka menghasilkan video yang kononnya Anwar, kini cara serupa mereka lakukan pada Azmin. Dan paling lawaknya, mereka terlupakah, hanya orang gila letak CCTV dalam TANDAS... Buat umno, kalau terdesak mahu menipu dan kalau menipu itu cara untuk terus berkuasa sampai lupa dosa pahala, biarlah bijak, jangan sampai kene gelak. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
#CeritaBersih3.0 - Polis wanita tumbuk Makcik 71 Tahun Posted: 02 May 2012 06:20 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Aunty Ah Mei, seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas, malah diheret secara kasar ke dalam kereta. Aunty Ah Mei menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.selepas tamat himpunan Bersih pada sabtu lepas. Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliau ditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut. Kerana marah dengan perbuatan polis wanita tersebut, serta bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas aunty Ah Mei menendang kembali polis perempuan itu. Pegawai polis dalam kereta polis melihat kejadian itu dan terus menghalang polisperempuan itu untuk terus memukulnya, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya. Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi. "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya." Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang. Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya. Aunty Ah Mei juga menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan. Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya. Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah. Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat. 1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda 5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! 3- #CeritaBersih3.0 - Polis Wanita Tumbuk Makcik 71 Tahun 4- #CeritaBersih3.0- Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . | ||
BBC Selar Astro Kerana Tidak Siar Berita Yang Adil Posted: 01 May 2012 04:15 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro. "Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan. "Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran," kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider. Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat "permohonan segera" kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut. "BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka. "Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC," katanya. Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh. Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton (di sini) Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding. "Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan," katanya. Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu. "Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja. "Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia," katanya dikelilingi ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan. Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh. Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan. "Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula," katanya dalam petikan yang disiarkan. ".... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...," katanya dalam petikan yang disensorkan. "... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh," katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan. Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib. Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan. "Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik." Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan peserta himpunan, Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment