Liang Lahad.... |
- BUKTI VIDEO - POLIS TRAFIK ACUKAN PISTOL KEPADA ORANG AWAM DALAM BERSIH 3.0
- PANAS!! SAMSENG MIC PUKUL MASYARAKAT INDIA YANG MAHU BERTEMU NAJIB DI PEJABAT PM
- VIDEO PILIHAN KEGANASAN POLIS PALING GAMPANG DALAM BERSIH 3.0!!
BUKTI VIDEO - POLIS TRAFIK ACUKAN PISTOL KEPADA ORANG AWAM DALAM BERSIH 3.0 Posted: 02 May 2012 05:26 AM PDT Dalam Bersih 3.0 ini macam-macam sikap buruk polis kita dapat lihat... Terbaru.. adalah satu video yang menunjukkan seorang pegawai polis trafik mengacukan pistol terhadap orang awam... Polis tersebut kelihatan mengacukan pistol seolah-olah dalam keadaan mahu melepaskan tembakan terhadap seorang yang dipercayai anggota unit amal yang kelihatannya hanya mahu menegakkan kembali sebuah dari dua motorsikal yang terbaring di atas jalan raya... Aku tertanya-tanya.. apakah keadaan pada ketika itu sangat mendesak dan darurat sesangat-sangat sehingga menyebabkan pistol diacukan kepada orang awam..? Apakah polis tersebut mahu menembak orang yang tidak bersenjata..? Inilah kerajaan yang kita ada... juga sistem yang kita ada... sikap pegawai polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kita menjadi ancaman kepada kita pula... Saksikan video ini.... dan aku sarankan agar korang download video ni... sebab biasanya video-video macam ni tak lama berada dalam you tube... Nak ubah semua ni..? Tolak BN!!! | ||
PANAS!! SAMSENG MIC PUKUL MASYARAKAT INDIA YANG MAHU BERTEMU NAJIB DI PEJABAT PM Posted: 01 May 2012 11:15 PM PDT Hari ini pada jam 11am... satu perhimpunan aman diadakan di Putrajaya bagi membawakan isu adik B Reshina yang sudah bertahun-tahun memohon IC bagi membolehkan beliau meneruskan pelajaran... Untuk makluman... Ibu bapa beliau adalah warga negara malaysia dan mempunyai Mykad seperti warganegara yang lain juga... Kenapa Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia agak sukar memproses mykad bagi rakyat sendiri..? Sedangkan kerajaan sanggup menyediakan mykad kepada warga Indonesia dan Myanmar sempena Pilihanraya Umum... siap buat kursus sulit lagi dan makan minum mereka ditanggung sepenuhnya... Perhimpunan aman yang diharapkan akan dipandang oleh Najib selaku Perdana Menteri bagi kesemua rakyat Malaysia ini berakhir dengan lagak ganas samseng-samseng MIC di hadapan Pejabat PM sendiri... Samseng-samseng ini memukul peserta perhimpunan yang inginkan suara mereka didengar... Dan ini adalah antara muka samseng tersebut... Tidak cukup dengan itu,ahli-ahli PKR yang ingin melindungi adik Reshina dan peserta perhimpunan turut dipukul dengan ganasnya oleh samseng-samseng MIC ini... termasuklah saudara Murali ini dari PKR Puchong...Murali kena pukul beramai-ramai selepas beliau cuba menghalang adik Reshina dari dipukul oleh samseng-samseng MIC tersebut....
Pegawai polis yang berada di tempat kejadian seolah-olah tiada kuasa apa-apa dan tiba-tiba menjadi lemah apabila berhadapan dengan samseng MIC... keadaan yang sama apabila polis berhadapan dengan samseng UMNO... BN memang sebuah gabungan samseng-samseng tanahair ker..? Dan polis tak ada kuasa ke atas mereka..? | ||
VIDEO PILIHAN KEGANASAN POLIS PALING GAMPANG DALAM BERSIH 3.0!! Posted: 01 May 2012 06:04 PM PDT Ini adalah video yang menjadi pilihan aku sebagai video yang paling ganas yang terakam,dalam video ini jelas memaparkan bagaimana orang awam ditangkap dan dibelasah walaupun pada tahap dia sudah tidak mampu melarikan diri lagi... Walaupun duduk diam,dia tetap juga dipukul bertalu-talu sehingga menyebabkan dia tidak lagi tahan dan cuba melarikan diri... Kalau aku pun, aku akan cuba lari.. ye lah kalau duduk diam pun kena pukul tak henti-henti jugak..tapi nak lari pun kiri kanan depan belakang penuh dengan polis... Yang polis Malaysia ni punyalah bangang tu kenapa..? dah tentu boleh garikan sahaja lelaki tu dan bawa naik trak,tak payahlah nak pukul-pukul... ini tak,polis lain yang tak terlibat dengan penangkapan tersebut pun tetap juga ambil bahagian memukul dan menampar lelaki tu.. Dan video kedua di bawah ni pulak aku kategorikan sebagai video yang paling "gampunk" aksi dalam video ini lebih macam kepada macam sekumpulan geng samseng memukul seorang lelaki.. dah lah tu.. buat didalam perkarangan masjid pulak tu... Nabi Muhammad SAW pun,di dalam peperangan... melarang tenteranya mengganggu atau memburu musuh sekiranya musuh tersebut pergi berlindung di dalam rumah ibadat,walaupun rumah ibadat yang menjadi perlindungan mereka tu bukan masjid... tetap juga Nabi Muhammad SAW melarang untuk memburu mereka... Tetapi polis kerajaan BN ni tak kira samada masjid atau tidak.. yang penting dia nak kejar,tangkap dan belasah orang tu tak kira dimana sekalipun... Inilah satu sistem dan sikap yang perlu kita tolak di dalam PRU 13 nanti... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment