KUALA LUMPUR, 20 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan pakatan pembangkang dalam bulan ini juga memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan dalam masa terdekat. Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim (foto), berkata rakyat perlu tahu kabinet bayangan itu untuk membuat perbandingan dan penilaian mengenai siapa yang akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan.
"Jika Anwar enggan mengisytiharkan barisan kabinet bayangan atau cuba melenggah-lengahkan pengumuman tersebut, maka nyata ini adalah satu muslihat beliau, sebab seperti yang umum sudah maklum bahawa beliau selalunya akan berjanji kepada beberapa orang calon untuk menjawat sesuatu jawatan yang sama."
Jadi beliau tak mahu membuat pengumuman tersebut takut terbongkar dan pecahlah tembelangnya," dakwanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata rakyat juga mahu tahu apakah jawatan kabinet yang akan diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
[Perkasa punyai hak untuk menggesa Anwar menamakan kabinet bayangannya walau pun pilihanraya umum belum bermula. Malah, sebelum ini sudah biasa kita dengan pembangkang menamakan kabinet bayangan mereka. Justeru, kali ini Anwar perlu bersedia menyahut cabaran bekas orang kuat Keadilan, Ruslam Kassim ini. Kabinet bayangan perlu dibentuk untuk membolehkan rakyat menilai kekuatan dan kewibaan pemimpin yang mahu diketengahkan oleh pembangkang sekiranya mereka menang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Rakyat kini sedang melihat apa yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak. Mereka mahu yang terbaik untuk masa hadapan anak cucu serta generasi akan datang].

No comments:
Post a Comment