Pahang Daily Online |
- Mahkamah: Kes Stephanie Foray, Jurufoto PDRM Berang Apabila 'Di Asak Oleh Peguam' Tertuduh !
- Hotel City Times Wujud Di Atas Perjanjian Sewaan Tapak Berkenaan Dengan Pihak MPK Sebenarnya
- Panas: "UMNO Temerloh" Bergolak, Usaha Pancas Dato' Saifuddin Kini Makin Hangat Di Perkatakan!
- Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !!
Mahkamah: Kes Stephanie Foray, Jurufoto PDRM Berang Apabila 'Di Asak Oleh Peguam' Tertuduh ! Posted: 31 May 2012 12:17 AM PDT
[Turut memberi keterangan pada prosiding Rabu ialah tiga lagi jurufoto PDRM iaitu Koperal Amran Salim, Lans Koperal Meor Fadhirul Marzuki dan Lans Koperal Norsham Ismail. Amran, yang bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, berkata beliau ditugaskan mengambil gambar bedah siasat dalam kes itu di bilik mayat HTAA pada 9 Ogos 2011. Meor Fadhirul, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pula berkata beliau diarahkan ASP Mohamad Razali untuk melakukan tugasan sama pada 12 Ogos 2011. Menjawab soalan Nor Azizah, kedua-dua saksi berkata mereka merakam gambar bedah siasat 'tengkorak' yang ditemui dalam kes pembunuhan itu. Sementara itu, mahkamah melepaskan saksi ketiga pendakwaan iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang tidak mampu memberi keterangan hari ini akibat 'kehilangan suara'. Prosiding perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya akan bersambung esok]. |
Hotel City Times Wujud Di Atas Perjanjian Sewaan Tapak Berkenaan Dengan Pihak MPK Sebenarnya Posted: 30 May 2012 02:00 PM PDT ![]() KUANTAN, 31 Mei - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan isu Cadangan "Bangunan Asrama" Komplek Sukan Tiba-Tiba Jadi Hotel Di Wisma Belia Indera Mahkota, "YDP MPK" Di Gesa Berikan Penjelasan! yang disiarkan pada 15 Mei yang lalu, maka berbagai pihak telah menghubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang isu berkenaan. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah dihubungi untuk mendapatkan info berkaitan. Daripada maklumat yang diterima ternyata tapak bangunan berkenaan telah disewakan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunakan sebagai sebuah hotel. Ia dibuat secara sah antara pihak MPK dengan pihak terbabit, dengan tempoh perjanjian pajakan selama 30 tahun bermula pada tahun 2004. Maka itu, tidak timbul soal pembinaan terbabit dibina tanpa kebenaran sebenarnya. Malah, difahamkan bangunan terbabit didirikan selepas sekian lama ia tersadai begitu saja tanpa ada apa-apa kegunaan. Dulunya tapak itu ialah sebuah Amphitheater, namun ia semakin usang akibat tidak pernah digunakan sejak Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 1996 di Kuantan dulu. Kini tapak tersebut didirikan sebuah hotel yang dapat memberi kemudahan kepada ramai pihak yang mempunyai urusan dengan jabatan kerajaan atau swasta di sekitar kawasan tersebut (Indera Mahkota). Walau pun bangunan hotel telah didirikan, namun tapak Amphitheater terbabit masih terus dikekalkan hingga sekarang. Menurut pihak berkenaan, MPK menyewakan bangunan itu bagi membolehkan ia digunakan secara lebih efektif lagi. ![]() Keadaan asal tapak Amphitheater berkenaan yang di ambil tahun 2004 ![]() Pandangan dari tapak Amphitheater ke arah Wisma Belia Indera Mahkota Tambahan pula menjelangnya Sukan Malaysia 2012 pada bulan Julai nanti, maka hotel berkenaan boleh digunakan untuk menampung kekurangan tempat penginapan bagi pegawai sukan. Maka itu, tidak timbul soal pembaziran akibat pembinaan hotel tersebut memandangkan ia memberikan pulangan dana yang setimpal kepada pihak MPK untuk satu jangkamasa panjang. Dengan terbinanya banyak bangunan kerajaan di sekitar kawasan terbabit seperti Mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Terminal Bas Ekspres, Jabatan Pelajaran, Komplek Tun Razak dan sebagainya maka hotel tersebut menjadi destinasi terbaik untuk orang ramai yang berurusan. Tambahan pula ia berhadapan dengan kawasan institusi pengajian seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Shahputra, Kolej Komuniti, Institut Kemajuan Ikhtisas Negeri Pahang (IKIP) dan sebagainya, maka ia boleh menjadi pemangkin kepada industri perhotelan di kawasan terbabit. Adalah lebih elok kawasan itu digunakan daripada ia terbiar usang sejak sekian lama, kata sumber terbabit. [Dengan perkembangan terbaru ini, maka diharapkan tidak ada lagi pihak-pihak tertentu yang membuat tuduhan melulu terhadap premis berkenaan. Mungkin pada awalnya, ramai yang terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Namun, rupanya kewujudan hotel berkenaan lebih indah dipandang daripada membiarkan tapak terbabit (Amphitheater) usang sejak sekian lama. Pada masa ini jelas dapat dilihat hotel berkenaan mendapat sambutan hangat dikalangan para pelancong yang berkunjung ke bandar ini. Semoga dengan kewujudan hotel ini juga ia memberi keselesaan kepada para atlet yang boleh membuat pilihan untuk tinggal di asrama atau pun hotel berkenaan sekiranya mereka mempunyai acara sukan di komplek berkenaan pada masa yang akan datang ini hendaknya]. |
Panas: "UMNO Temerloh" Bergolak, Usaha Pancas Dato' Saifuddin Kini Makin Hangat Di Perkatakan! Posted: 30 May 2012 01:51 PM PDT ![]() TEMERLOH, 31 Mei - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah (foto) berkemungkinan besar tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ia berikutan terdapat desas-desus yang cukup jelas daripada UMNO Bahagian Temerloh untuk menggantikan beliau dengan calon lain. Jika ini berlaku, maka kemungkinan besar Parlimen Temerloh akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kali ini. Ramai dikalangan penyokong Saifuddin mahu pemimpin terbabit dikekalkan sebagai calon kerana beliau dilihat lebih disenangi oleh kawan mahu pun lawan. Malah, imejnya yang cukup bersih serta berketerampilan itu amat dihormati oleh rakyat di kawasan ini. Namun, kini wujud usaha dalaman UMNO Temerloh sendiri yang mahu mematikan karier politik Saifuddin. Gerakan menjatuhkan Saifuddin kini bukan lagi rahsia, malah turut diketahui oleh penyokong pembangkang sendiri. Saifuddin yang pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) satu ketika dulu amat tidak disenangi oleh kepimpinan UMNO Temerloh. Usaha untuk "memancas" Saifuddin kini sudah dilakukan secara terbuka. Pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, Saifuddin menang di parlimen itu menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti undi sekitar 2,441 undi sahaja. Beliau mendapat 21,381 undi, manakala Ahmad Nizam mendapat 18,940 undi. Melihat kepada "swing" rakyat terutamanya kaum Cina sekarang ini, maka kemungkinan besar parlimen itu akan tumbang kali ini. Ramai yang berpendapat, jika Saifuddin dikekalkan maka kebarangkalian itu tidak terserlah. Namun, jika namanya tidak disenaraikan kali ini, maka UMNO BN bakal berhadapan dengan laluan sukar di parlimen itu. Mahu atau tidak, pemimpin yang lantang dan bersikap neutral seperti Saifuddin wajar dikekalkan jika BN mahu terus menang di situ. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kehilangan kerusi parlimen Temerloh berserta DUN-DUN lain yang berada dalam parlimen tersebut. Harus diingat, salah satu DUN dalam parlimen itu kini diwakili oleh PAS iaitu DUN Kuala Semantan. Maka itu, tidak mustahil parlimen tersebut juga akan tumbang kali ini. [Ramai yang berpendapat, jika usaha yang dilakukan oleh UMNO Temerloh untuk menjatuhkan Dato' Saifuddin ini berjaya maka ia memudahkan lagi Pakatan Rakyat menakluki parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana, ramai penyokong pakatan yang menganggap Saifuddin adalah seorang ahli politik dan tokoh yang berwibawa dalam UMNO. Malah, sikap beliau yang lebih neutral terhadap berbagai isu yang berkaitan dengan mahasiswa amat disenangi oleh generasi muda. Namun, dalam UMNO pemimpin sebegini tidak digemari oleh sesetengah pihak. Malah, imej Saifuddin yang bersih itu amat tidak disenangi oleh musuh politiknya. UMNO gemar menyimpan pemimpin yang ada banyak masalah agar mudah untuk mereka memerangkap pemimpin terbabit. Namun, Saifuddin dilihat lebih berkarisma daripada yang lain. Apapun, UMNO harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Jika tidak pasti buruk padahnya bila kerusi parlimen itu tumbang pada Pilihanraya Umum nanti]. |
Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !! Posted: 30 May 2012 10:01 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment