Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Ibrahim Ali Hina Nik Aziz", Dakwa Projek Lebuh Raya Rakyat Hanya Sandiwara Politik PAS

Posted: 29 May 2012 09:18 AM PDT

SHAH ALAM, 29 Mei - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion. "Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada. "Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan. "Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat," katanya. Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak. Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 lagi diberikan secara tunai.

[Kenyataan terbaru Ibrahim Ali ini pasti melukakan dan mengecewakan majoriti rakyat Kelantan sebenarnya. Malah, sudah pasti mereka yang mengundi beliau yang bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu lebih lagi kecewa. Ibrahim Perkasa ini sepatutnya mencari jalan untuk membantu kerajaan pusat membayar royalti minyak Kelantan jika benar dia mahu membela rakyat. Mungkin dengan cara itu, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung pembinaan lebuhraya terbabit. Malah, beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan UMNO BN agar meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terus hingga ke Kelantan dan bukannya tamat setakat di Terengganu sahaja. Jika benar dia membela rakyat, maka dia sepatutnya lantang bersuara isu ini di parlimen. Tambahan pula dia begitu akrab dengan kepimpinan UMNO BN sekarang ini. Namun, dia memilih untuk terus menghentam Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Beliau lupa, riwayat politiknya masih bernyawa kerana ehsan Nik Aziz membenarkan dia bertanding atas tiket PAS di Parlimen Mas pada PRU-12 lalu. Namun kini, Ibrahim bagai "kacang lupakan kulit". Baginya hanya UMNO BN yang betul dan PAS itu tetap salah. Sedangkan UMNO memecat beliau dan PAS menerima beliau bertanding atas tiket parti itu sebenarnya. Mungkinkah Ibrahim Ali akan tingggal sejarah selepas PRU13 agaknya?].


Panas: Raja Petra Dakwa Ada 'Fail Sulit' Azmin Ali Ketika Beliau Jadi 'Setiausaha Sulit' Anwar Dulu !

Posted: 29 May 2012 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin (foto) mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih lagi dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

[Ramai yang tidak terkejut sebenarnya dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Blogger terkenal seperti Raja Petra Kamaruddin ini. Beliau kini, sedang bersedia untuk mendedahkan segala macam fail yang melibatkan pemimpin PKR terutamanya yang melibatkan kepimpinan tertinggi. Anehnya, segala fail yang ada padanya tentang keborokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN selama ini seolah-olah sudah ditutup oleh beliau sendiri. Maka itulah rakyat tidak hairan dengan kelibat RPK sekarang. Kini, tumpuan beliau lebih terarah kepada pihak lawan PM Najib Razak. Mungkinkah RPK sememangnya telah pun dibeli atau menjual harga dirinya sekarang ini?].


Eksklusif: TV Makmur, Ceramah Anwar Di Maran !

Posted: 29 May 2012 08:37 AM PDT



Akhirnya Pengarah Urusan Proton Letak Jawatan

Posted: 29 May 2012 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setelah sekian lama kedudukannya sebagai Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton) diperkatakan sejak pembuat kereta nasional berkenaan diambil alih oleh DRB-Hicom, akhirnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (foto) mengundurkan diri. Sementara itu, Proton mengesahkan perletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa 4 Julai ini. "Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata satu kenyataan pengeluar kereta nasional itu hari ini. Syarikat itu juga umumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai. "Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah, seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan juga Iran.


Panas: MCA Cuba Ganggu, Tapi 'Ahli Parlimen' BN Sendiri Di Lihat Hadiri Ceramah Anwar Di Maran !

Posted: 28 May 2012 02:08 PM PDT

MARAN, 29 Mei - Orang ramai yang telah hadir ke program ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) Ahad lalu kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Maran membenarkan satu program karaoke anjuran parti MCA diadakan berhampiran Pejabat PAS Kawasan Maran dekat sini. Mereka hairan, bagaimana majlis tempatan terbabit membenarkan acara itu diadakan, sedangkan mereka tahu PAS akan menganjurkan ceramah umum pada malam tersebut. Pertandingan karaoke lagu-lagu mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan bertujuan untuk menganggu kelancaran program berkenaan. Anwar yang hadir sekitar jam 11.00 malam itu bagaimana pun berjaya menyampaikan ceramah beliau tanpa gangguan atau provokasi oleh mana-mana pihak. Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah beliau malam itu. Sebelum itu, Anwar khabarnya telah bersama dalam satu lagi program ceramah anjuran PKR di hadapan tapak pasar malam dan hentian bas pekan Sg.Jerik. Kehadiran Anwar ke Maran malam itu juga telah disambut oleh kehadiran begitu ramai penyokong UMNO BN termasuk Ahli Parlimen Maran dari Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Dato' Hj. Ismail Mutalib dan beberapa orang kanannya. Beliau dipercayai telah mendengar ceramah Anwar sejak dari awal hingga ke akhirnya. Kehadiran beliau tidak disedari oleh orang ramai kerana dia berpakaian tidak formal pada malam itu. Dalam ceramahnya, Anwar berkali-kali mengulangi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan PTPTN, memansuhkan tol dan banyak lagi. Beliau turut berharap dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu maka pakatan rakyat akan berjaya merampas parlimen Maran daripada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Anwar turut meluahkan perasaan kecewa atas kebiadapan MCA mengadakan program karaoke di kawasan berhampiran (kira-kira 100 meter) dari kawasan tapak ceramah malam itu. Sementera itu, disekitar bandar Maran kelihatan begitu banyak bendera UMNO BN yang dipasang termasuk kain rentang mengutuk Anwar dan sticker "TIBAI" yang dilekatkan pada dinding dan pokok. Semua itu, bagi menyatakan perasaan tidak puas hati penyokong UMNO terhadap kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu di kawasan mereka.


Bukti, kacau ganggu pertandingan karaoke yang dianjur oleh MCA Maran


Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong ke program ceramah malam itu

Orang ramai tidak berganjak walau pun gangguan dibuat oleh pihakMCA

Sokongan rakyat makin meningkat dan mereka nyata mahukan perubahan

Turut hadir mendengar ceramah Anwar ialah Ahli Parlimen Maran sendiri

[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, tindakan MCA mengadakan program karaoke bagi tujuan untuk menganggu ceramah Anwar pada malam itu jelas sekali sesuatu yang sia-sia sebenarnya. Ini kerana, ramai penonton mereka sendiri dilihat telah pergi ke tapak ceramah Anwar dan hanya kembali ke khemah depan pentas yang disediakan selepas ceramah tamat. itu pun mereka hanya mahu menunggu keputusan cabutan bertuah yang turut diadakan, Malah, pengacara majlis beberapa kali mengulangi nombor bertuah berkenaan kerana ada dikalangan mereka yang terus balik selepas ceramah Anwar berakhir. Kaum Tionghua majoritinya telah menolak BN, maka itu tindakan MCA dilihat telah memakan diri sendiri. Turut berceramah pada malam itu ialah beberapa orang pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Hj. Md Baqi Othman (YDP PAS Maran) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Secara keseluruhannya program telah berjaya dan mendapat sambutan. Namun, jika tiada gangguan dari MCA kemungkinan besar lebih ramai hadir mendengarnya].


Rafizi Ramli: Senarai Ke Bursa Saham, Felda Akan Melenyapkan '105,382 Ekar' Tanah Rezab Melayu !

Posted: 29 May 2012 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGVH untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGVH ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli (foto), Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGVH boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya. Bagi Rafizi, kedudukan FGVH selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," katanya.


Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa
yang di kuasai oleh sebuah keluarga Yahudi terkenal dari negara Perancis


Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklum balas Perdana Menteri dan Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," tambahnya. sumber

[Nampaknya warga Felda akan kehilangan aset mereka apabila berlaku masalah terhadap saham-saham FGVH satu hari nanti. Peneroka membuat kesilapan yang cukup besar apabila membenarkan orang seperti Tan Sri Isa Samad yang sudah terpalit dengan rasuah itu menguruskan wang mereka. Bayangkan, kemasukan Isa Samad itu sendiri telah menyebabkan ramai kakitanga Felda yang dikenakan tindakan kerana menghalang kehendak beliau, inikan pula nasib para peneroka sebenarnya. Tindakan untuk mencari untung atas kudrat orang lain dengan berkerjasaman dengan syarikat yang dinaungi oleh Yahudi akan menyebabkan tamah-tanah Felda itu tergadai akhirnya. Justeru, beruntunglah kepada peneroka yang tidka mahu terlibat dengan isu ini. Selamatkan masa depan Felda !!].


No comments:

Post a Comment