Liang Lahad.... |
HUBUNGAN RANGKAIAN KONGSI GELAP DAN AHLI POLITIK NEGARA DITAHAP SERIUS - MUSA HASSAN Posted: 29 May 2012 12:07 AM PDT Patut ler kerajaan baru-baru ni asyik ingatkan pegawai kerajaan yang sudah bersara supaya memegang teguh prinsip kerahsiaan... Rupa-rupanya mereka takut pegawai yang dah bersara tu mendedahkan salahlaku,rasuah dan penyelewengan pemimpin-pemimpin negara kita yang tercinta ini.. Aku pasti,pegawai kerajaan yang dah bersara tu sangat faham maklumat apa yang boleh di dedahkan dan apa pula yang tidak boleh didedahkan... Kalau setakat mendedahkan pemimpin A seleweng, pemimpin B subahat dengan ketua kongsi gelap dan pemimpin C sendiri pula adalah ketua kongsi gelap... aku rasa tu tak jadi masalah untuk didedahkan.. Malah salahlaku seperti itu patut didedahkan lama dulu lagi... sebab rakyat pun sebenarnya sudah muak dengan pemimpin negara yang banyak sangat berlakon ni... Kita baca kenyataan Musa Hassan ni,maka kita akan tahulah kenapa selama ni banyak masalah besar dalam negara tak dapat diselesaikan.. Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius." Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor. Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis. "Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya. Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik. "Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya. Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah. Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis. "Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. "Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment