Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Eksklusif: Video, "Debat Sinar" Isu PTPTN Antara Khairy Jamaluddin Dan Rafizi Ramli Malam Tadi!

Posted: 22 May 2012 11:25 PM PDT





[Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UUMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli Anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks berkenaan di Shah Alam malam tadi. Video yang dipaparkan ini adalah ehsan wangolds.com. Semoga dengan paparan ini dapat memberi peluang kepada semua pihak yang tidak dapat menyaksikan debat ini secara langsung menerusi Saluran 501, Astro Awani. Apa yang pasti debat ini dapat berjalan lancar seperti dijadualkan dan ia membuktikan bahawa politik Malaysia kini melangkah ke era baru menerusi acara debat seperti ini. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang untuk memberi peluang kepada rakyat menilai dan memahami setiap hujjah dan agenda yang mahu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak andainya mereka diberi peluang untuk berkuasa pada masa akan datang. Suburkan amalan demokrasi sekarang].


'Sidang DUN Pahang' Berakhir Semalam Luluskan Empat Rang Undang-Undang Dan Enam Lagi Usul

Posted: 22 May 2012 11:29 PM PDT



Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang
yang berakhir Selasa meluluskan empat rang undang-undang dan enam usul.
Kesemua rang undang-undang dan usul dipersetujui sebulat suara oleh anggota DUN. Rang Undang-Undang itu adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, Rang Undang-Undang Pelaburan (Pemberian Kuasa) 2012, Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah 2012. Enam usul yang diluluskan pula adalah usul anggaran pembangunan dan perbekalan tambahan 2012, pelantikan ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang negeri Pahang bagi penggal kelima DUN ke-12 dan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bagi penggal kelima DUN Pahang ke-12. Tiga lagi usul ialah pelantikan ahli-ahli jawatankuasa hak dan kebebasan bagi penggal kelima DUN Pahang ke-12 serta pelantikan dua orang pemimpin parti sebagai anggota Dewan Negara.


Panas: Debat, Khairy Dakwa Pakatan Tidak Yakin Jana Ekonomi Maka Itu PTPTN Mahu Dihapuskan

Posted: 22 May 2012 11:08 PM PDT

SHAH ALAM, 23 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka. "Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian malam tadi. Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang. Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang. Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000. Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu. "Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. "BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," katanya.

[Kenyataan Khairy ini pastinya mengundang kemarahan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, baik yang berada di dewan mahu pun yang mengikuti debat malam tadi di rumah masing-masing. Namun, Khairy punyai hak untuk keluarkan pendapatnya. Secara tidak langsung beliau berani mengeluarkan hujjah tentang sesuatu isu yang kini sedang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat. Apak yang pasti, hujjah yang dikeluarkan oleh Khairy biar pun tidak dapat diterima oleh penyokong Rafizi, namun ia jelas sekali menggambarkan kematangan Ketua Pemuda UMNO itu dalam mempertahankan sesuatu isu. Kini, hanya rakyat dapat menilai siapa yang patut menjadi pemenang dalam debat itu sebenarnya].


Ustaz Azhar & Aishah Di Ijtimak Pilihan Raya PAS

Posted: 22 May 2012 09:55 AM PDT


No comments:

Post a Comment