Pahang Daily Online |
Panas: Aziz Bari Mendakwa UMNO BN Hanya Buat Gimik Politik Untuk Menggantikan Majlis Peguam! Posted: 18 May 2012 01:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mei - UMNO BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0. Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (foto), isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja. "Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya. Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam. "Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya. Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri UMNO, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru. "Mungkin itu sebabnya mengapa menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis. Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru. "Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam ambil pendirian yang tidak mereka sukai. "Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu. Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen. sumber [Ada kalanya pandangan Profesor Dr.Aziz Bari perlu diberi perhatian kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam soal perlembagaan dan undang-undang negara. Malah, beliau jugalah yang telah berjaya melahirkan ribuan pengamal undang-undang di negara ini. Kenyataan beliau seharusnya diterima sebagai teguran ikhlas yang menjurus ke arah pembinaan negara Malaysia yang lebih demorasi pada masa akan datang. Majlis Peguam bukanlah NGO dan tidak timbul soal mereka perlu dibubar atau ada badan lain pula yang mengambil alih fungsi mereka selepas ini. Tindakan mereka mungkin ada yang tidak sesuai dengan kerajaan namun ia mungkin satu kebetulan kerana mereka tetap mempertahankan prinsip serta kebenaran yang hakiki itu sebenarnya]. |
Rakyat Di Saran Gunakan Undi Lawan Penipuan ! Posted: 18 May 2012 01:33 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment