Liang Lahad....

Liang Lahad....


NAJIB PAKAI RANTAI - LELAKI MEMAKAI PERHIASAN WANITA ADALAH DILAKNAT!!!

Posted: 18 May 2012 01:05 AM PDT

Sewaktu isu Najib pakai rantai hangat diperkatakan di media baru,aku tak ada buat apa-apa post pun..
bagi aku orang lain dah post dan beserta dengan gambar yang sangat jelas menunjukkan rantai leher Najib tu sudahlah...
waktu tu aku beranggapan sebagai manusia yang beragama Islam sudah tentulah semuanya tahu apa hukumnya lelaki pakai rantai ini...

Tetapi bila aku tengok dalam forum-forum politik tadi...
aku lihat masih ramai yang kurang faham hukum sebenarnya memakai rantai ini...

ada berbagai-bagai tafsiran mengikut citarasa mereka sendiri...

Oklah..
aku bagi beberapa contoh komen di dalam forum-forum tersebut..
  • Mungkin rantai suasa..........tak salah lelaki pakai 
  •  hukumnya PM Najib wajib bayar zakat emas 
  •  My question, adakah rantai yang najib pakai adalah rantai yang diperbuat dari emas tulen atau rantai yang diwarnakan emas?
  •  u sure rantai emas?
  •  if gold... harroooom 
Kalau kita lihat...
rata-rata mereka beranggapan selagi lelaki tidak memakai rantai emas,mereka akan anggap itu tidak mengapa...
bagi mereka tidak haram...
yang haram mengikut pengetahuan mereka adalah hanya jika lelaki memakai rantai emas...


Sebenarnya...
isu nya adalah HARAM jika lelaki memakai perhiasan perempuan..

Dan rantai ini adalah perhiasan perempuan,rantai bukanlah barang perhiasan bagi lelaki dan adalah haram bagi lelaki memakainya...
jika pakai juga seolah-olah kita menanggung dosa memakai rantai sepanjang masa..

Ada banyak hadith yang melarang perbuatan yang dilaknat ini sebenarnya...

hadith Nabi SAW. dari Ibn 'Abbas ra :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menjadikan diri mereka kelihatan seperti wanita dan wanita menyerupai lelaki" 
- [Hadith riwayat al-Bukhaari]

Fahami isu disini ok...
bukan jenis rantai...
bukan emas atau suasa,etapi adalah pemakaian perhiasan wanita...
lelaki yang memakai perhiasan wanita adalah dilaknat!!...

lihat hadith ini pula..

 Abu Hurairah ra berkata :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki" 
- [Hadith riwayat Abu Daud].

Nak lebih faham tengok video ceramah ini...


Janganlah kita memilih pemimpin yang sebegini...
isteri melanggar perintah Allah pun tidak dapat dididik dan dipimpin ke arah kebaikan
bagaimana pula hendak memimpin negara ke arah yang dituntut oleh Islam...??


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (surah An Nur ayat 31)

TARIAN PUNGGUNG PAKCIK MELAYU UMNO DI DEPAN RUMAH ANWAR PULAK

Posted: 17 May 2012 09:28 PM PDT

Kalau kita nak kata bodoh kepada pakcik-pakcik UMNO yang juga merupakan askar pencen yang menayangkan bontot di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga aku rasa memang patut...

Ini kerana perlakuan mereka sangat jauh dari perlakuan manusia yang mempunyai akal yang waras..
jauh dari budaya melayu...
jauh dari ajaran agama Islam...

Lebih menyedihkan lagi yang buat aksi seperti itu adalah orang yang sudah semakin hampir dengan kematian berbanding kehidupan di dunia ini jika kita ukur dari segi
usia...
dari segi logik akalnya begitulah...


Mereka tidak malukah sekiranya aksi mereka ini dilihat oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka..?

Banyak pihak yang tidak setuju dengan tindakan ini..
bagi rakyat yang berfikir,perlakuan ini tidak menjejaskan ambiga pun..
sebaliknya nilai-nilai buruk itu akan kembali kepada si pelaku...

Walaupun ditegur dan dikritik kerana memalukan bangsa melayu dan diri mereka sendiri,nampaknya mesej teersebut tak sampai kepada mereka...
mungkin kerana tahap kandungan udara di dalam kepala mereka semakin berkurangan...

Semakin ditegur semakin galak pulak pakcik-pakcik ni...
sekarang ni mereka nak buat "tunjuk punggung" di hadapan rumah Anwar pulak...
dan ianya mahu dilakukan secara serentak dihadapan 4 yang lain..
  • Mohamad Sabu (Mat Sabu), 
  • Thamrin Tun Ghafar, 
  • Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan 
  • Datuk A Samad Said
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom,ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit..
menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

"Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

"Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara," katanya.

Untuk renungan kita mari kita lihat ayat 113, dari Surah Hud ini...

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

No comments:

Post a Comment