Pahang Daily Online |
- Memalukan: "Melayu Muda Lupa", Najib Tersalah Raikan Sambutan Ulang Tahun Parti UMNO Baru !
- Sidang Media PAS Pekan: Sorotan Isu Seminggu !
- PDO Mohon Maaf Gagal Hadir Ke Program Hi-Tea Anak Pahang Bersama Nik Aziz Di Klang Hari Ini!
| Memalukan: "Melayu Muda Lupa", Najib Tersalah Raikan Sambutan Ulang Tahun Parti UMNO Baru ! Posted: 11 May 2012 09:07 PM PDT ![]() Lebih 100,000 hadir ke sambutan ulangtahun UMNO malam tadi apakah mereka ahli atau pelajar-pelajar IPT dan PLKN yang dipaksa untuk hadir [Melihat kepada sambutan hangat rakyat kepada ulangtahun UMNO di Stadium Bukit Jalil malam tadi, maka ia memungkinkan kita untuk mendengar beliau umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat ini. Hangat diperkatakan parlimen bakal dibubarkan pertengahan bulan Mei ini dan pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan seawal bulan Jun 2012 iaitu ketika musim cuti persekolahan nanti. Malah, ada maklumat mengatakan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sudah dipanggil untuk taklimat terakhir hujung bulan ini. Apakah ini petanda pilihanraya akan berlangsung pada awal Jun ini. Segalanya terletak ditangan Najib dan Rosmah. Beliau harus berani untuk membuat keputusan jika terfikir begitu ramai rakyat hadir menyokongnya malam tadi. Apa lagi yang mahu ditakutkan sekarang?. Pilihan terletak ditangannya. Keraguan rakyat terhadap Daftar Pemilih SPR sudah pasti akan dipejamkan mata begitu saja demi mencapai matlamat untuk terus mengekalkan kuasanya]. |
| Sidang Media PAS Pekan: Sorotan Isu Seminggu ! Posted: 11 May 2012 09:09 PM PDT |
| PDO Mohon Maaf Gagal Hadir Ke Program Hi-Tea Anak Pahang Bersama Nik Aziz Di Klang Hari Ini! Posted: 11 May 2012 09:09 PM PDT ![]() [Pahang Daily Online (PDO) agak sedih dan terkilan kerana gagal untuk hadir ke program Hi-Tea Bersama Anak Pahang di Dewan Al-Muniran Kg.Johan Setia Kelang petang ini. Program yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat itu khabarnya akan menghimpunkan anak-anak Pahang di perantauan dalam satu majlis khas sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Berbagai amanat dan kata nasihat akan disampaikan oleh tetamu jemputan termasuk juga Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang). Antara tetamu yang dijadualkan akan hadir ialah Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi, (Timbalan Pesuruhajaya III PAS Pahang / Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang). Turut bersama pada hari itu ialah Man Kadir @ Pak Jabit dan artis sensasi tanahair iaitu Aishah yang khabarnya baru menyerahkan borang keahlian PAS kepada Nik Aziz dalam satu majlis di Taman Melewar malam tadi. Kami amat terharu kerana gagal hadir disebabkan masalah dana yang tidak mencukupi untuk ke program berkenaan. PDO juga akan sedih kerana pihak penganjur gagal menyediakan sedikit bajet untuk krew kami ke sana, memandangkan blog pahangdaily adalah merupakan blog panas yang kini sedang meningkat naik dan popular di Pahang. Malah, PDO juga diikuti oleh sebahagian besar rakyat Pahang seantero dunia termasuk di Lembah Kelang itu sendiri. Akibat ketiada dana khas, maka kami gagal untuk membuat liputan eksklusif program berkenaan untuk ditatap oleh ribuan rakyat Pahang yang mengikuti perkembangan blog panas ini sebenarnya] |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


No comments:
Post a Comment