Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Himpunan Aman: Kenapa Polis Di Kuantan Lebih Bijak Serta Profesional Dari Polis Kuala Lumpur

Posted: 04 May 2012 12:06 AM PDT

KUANTAN, 4 Mei - Tindakan pihak polis di Kuantan lebih bijak dan profesional daripada polis Kuala Lumpur, terutamanya dalam menangansi isu perhimpunan aman atau demontrasi rakyat di negara ini. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan, Cikgu Sulaiman Md Derus (foto), ketika ditemui di rumah seorang mangsa belasahan pihak polis di himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. "BN memperalatkan polis untuk memukul rakyat. Air mata rakyat yang berderai dengan gas pemedih mata akan bersatu dan bangkit menguburkan UMNO BN yang zalim pada Pilihanraya Umum akan datang", kata beliau. Kenyataan pemimpin PAS ini ada kebenarannya. Umum mengetahui bahawa Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang MPK 4 (Kemunting) pada Februari lalu telah berjalan lancar tanpa ada sebarang tindakan provokasi atau keganasan oleh para peserta. Malah, pihak polis juga telah bersama-sama menjaga kelancaran program sehinggalah ia berakhir. "Saya tabik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis Kuantan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah ACP Mohd Jasmani Yusoff dan anak-anak buahnya. Mereka lebih bertimbangrasa dan memahami kehendak rakyat. Jika mereka mahu halang rakyat, sudah pasti mereka boleh lakukannya. Namun, sikap yang ditunjukkan oleh mereka (polis Kuantan) lebih berhemah dan amat disenangi oleh rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut. Kenapa perlu ada tindakan yang berbeza-beza (double Standard) oleh polis yang sama di negara ini", katanya lagi.


Bukti, Himpunan Hijau 2.0 telah berjalan lancar tanpa sebarang provokasi
malah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak polis Kuantan


[Persoalannya sekarang, kenapa perlu ada keganasan semasa himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini. Kenapa polis boleh bertindak begitu ganas terhadap para peserta sedangkan kesalahan mereka hanyalah datang untuk berhimpun. Malah mereka tidak membawa apa-apa senjata berbahaya untuk berperang dengan pihak polis. Mereka hanya mahu berhimpun secara aman "duduk bantah" bagi menyatakan pandangan mereka tentang senario politik dan pilihanraya di Malaysia. Kenapa mereka diperlakukan seperti "binatang", dibelasah, dipijak, dihenyak oleh begitu ramai anggota polis tanpa belas kasihan. Mereka bukan pengganas yang mahu mara ke medan peperangan. Mereka rakyat biasa yang hanya mahu melihat sebuah pilihanraya yang telus dan adil berlaku di negara ini. Makanya, tidak perlulah layanan seburuk itu dihadiahkan kepada mereka. Justeru, semua pihak perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada Bersih 3.0 baru-baru ini. Bukan peserta sahaja yang patut dipersalahkan, polis juga telah bertindak terlalu melampau-lampau sehingga menghilangkan keyakikan rakyat terhadap institusi itu sendiri sebenarnya].


Blogger Cucumatkilau Ceramah Di Bera Malam Ini

Posted: 03 May 2012 10:27 PM PDT



Panas: Tubuh Panel Bebas, Mahfuz Selar Kerajaan Sengaja Ketepi Suhakam Untuk Tutup Kebenaran!

Posted: 03 May 2012 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (foto). "Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu? "Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut. "Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam? "Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi. Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya. "Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," katanya. Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.


Tubuh Suruhanjaya untuk Siasat keganasan peserta Bersih 3.0, bagaimana
pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta

"Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz. Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil. Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali. Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.

[Kerajaan mahu tubuhkan panel bebas yang boleh dijual beli bagi memastikan kebenaran itu ditutup rapat-rapat. Sebab itu mereka tidak mahu menggunakan khidmat Suhakam iaitu sebuah suruhanjaya bebas yang ditugaskan menangani hak-hak asasi manusia terutamanya rakyat di negara ini. Malah, mereka juga menuduh Suhakam dibayangi oleh pembangkang hanya kerana mereka mempertikaikan dan mendedahkan beberapa tindakan pihak polis yang jelas sekali zalim dan ganas terhadap rakyat semasa perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Maka itu, pasti panel bebas yang ditubuhkan itu juga nanti hanya akan dianggotai oleh pihak-pihak yang ada kepentingan dengan kerajaan dan tidak berani untuk membongkarkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Justeru, rakyat perlu menolak panel bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan kerana ia jelas untuk menutup segala kelemahan mereka itu sebenarnya].


No comments:

Post a Comment