Liang Lahad....

Liang Lahad....


DIHALAU DARI MASJID - ALHAMDULILLAH, ANWAR LULUS UJIAN.

Posted: 28 May 2012 09:55 AM PDT

Anwar dihalau dari masjid...
itulah yang berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana,Johor...

Difahamkan Anwar Ibrahim yang ingin memberikan tazkirah ringkas selepas solat Maghrib dihalang oleh beberapa orang tua yang kemungkinannya warga UMNO
memandangkan tahap kebencian beliau terhadap Anwar Ibrahim...

Pemimpin Pakatan Rakyat memberikan tazkirah di dalam masjid ini adalah perkara biasa bagi aku...
aku biasa dengar dan biasa lihat...

Ini kerana mereka sememangnya boleh dan berkemampuan untuk memberikan tazkirah agama kepada para jemaah,sesuatu yang agak mustahil untuk pemimpin UMNO lakukan...

Lantaran kebolehan mereka itulah, maka mereka kerap kali dihalang...
setakat yang aku pernah dengar dan lihat, tazkirah yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat masih di dalam konteks agama dan bukannya berkisar politik kepartian...

Berbalik kepada isu Anwar dihalang dari memberikan tazkirah tu tadi..
dapatlah kita fahami di sini isunya bukanlah bersangkutan samada isu tazkirah politik atau tidak..

Isu sebenarnya adalah...
musuh-musuh Anwar sangat bimbang kiranya tazkirah agama yang disampaikan Anwar itu akan membuka mata rakyat Taman Sri Pulai terhadap Anwar Ibrahim..

Ini kerana Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 tidak henti-henti difitnah,dihina dan diaibkan dengan perlbagai cara dan rupa..

UMNO sentiasa berusaha memberikan gambaran yang negatif kepada rakyat mengenai diri Anwar melalui fitnah-fitnah mereka...

Dan kebanyakan orang yang terpengaruh dengan fitnah tu pun bukannya kenal siapa Anwar secara peribadi..

Jadi,UMNO akan sentiasa berusaha menutup segala ruang yang mungkin membolehkan rakyat mengenali Anwar Ibrahim dan seterusnya membuka mata mereka...

Itulah sebabnya ceramah Anwar kini semakin kerap diserang...

Kita lihat sahaja dalam video ini..
majoriti jemaah sangat senang dengan Anwar Ibrahim..
yang menghalang cuma seorang dua sahaja..

Dan aku juga pasti...
akan ada insan yang akan "terkesan hati mereka" dengan sikap sabar dan tenang yang ditunjukkan oleh Anwar tu...

Dari segi moral,Anwar menang....
Alhamdulillah..... 



Alhamdulillah...
Anwar lulus ujian....

SKANDAL SCORPENE - RAZAK BAGINDA DIPANGGIL JUNE ATAU JULY INI [VIDEO]

Posted: 28 May 2012 01:30 AM PDT

Semalam...
Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel memberikan taklimat ringkas berhubung perkembangan perbicaraan skandal kapal selam Scorpene di Perancis ketika ini...

Menurut beliau, Razak Baginda yang ketika ini sedang hidup selesa di London sambil membuat PHD kemungkinan akan dipanggil sebagai saksi pertama menjelang bulan june atau pun july 2012 ini...

Selain dari Razak Baginda..
Najib Razak juga telah dikenal pasti oleh hakim mahkamah
Perancis sebagai saksi yang amat penting memandangkan sewaktu pembelian kapal selam tersebut dilakukan pada 2002,Najib Razak menjawat jawatan Menteri Pertahanan..


Cyinthia Gabriel juga menjelaskan beberapa perkara berhubung bidang kuasa mahkamah Perancis :
  • Mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas setiap saksi.
  • Jika sapina tidak dipatuhi,mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap.
  • Waran tangkap ini boleh diperluaskan ke seluruh rantau Europian Union
  • Hakim juga boleh mengarahkan pihak Interpol untuk menangkap saksi tersebut kalau diperlukan mahkamah.
Menurutnya lagi..
peraturan mahkamah Perancis tidak membenarkan  sebarang dokumen yang melibatkan sebanyak 153 dokumen di bawa keluar dari Perancis,namun SUARAM sebagai plaintiff boleh meneliti kandungan dokumen berkenaan.


Walaupun demikian..
SUARAM dibenarkan untuk membawa isi kandungan dokumen untuk pengetahuan orang ramai secara verbal...

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bukti baru ketika siasatan kes ini dijalankan...
bukti tersebut direkodkan sebagai DOC 87 dan juga DOC 97..

  • DOC 87 - Najib sebagai menteri pertahanan telah membuat permintaan sebanyak USD 1 billion untuk perimekar dalam urusniaga kontrak kapal selam.
  • DOC 97 - Wujudnya satu syarikat baru bernama Terasasi SDN BHD,yang dipercayai menerima komisyen haram sebanyak Euro 36 million melalui cawangannya di Hong Kong...
Pengarah Syarikat Terasasi SDN BHD ini adalah Razak Baginda dan juga bapa beliau..
mahkamah diberitahu sebahagian wang ini mungkin disalurkan kepada PM,Najib dan siasatan lebih lanjut sedang dijalankan...

Saksikan 5 video dibawah ini untuk keterangan lanjut...











Nampak gayanya Kak Mah tak boleh nak bershopping di Perancis lagi dah...
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment