Liang Lahad....

Liang Lahad....


KATA PERTAHAN TANAH MELAYU - TAPI UMNO TANJUNG KARANG JUAL TANAH LAGI

Posted: 09 May 2012 11:17 PM PDT

Pelik tapi benar...!!
Bila UMNO kata mereka pertahankan tanah rizab melayu yang dahulunya 3 juta hektar..
tetapi kini tanah rizab melayu ni hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja,1.3 juta hektar hilang..

Di Selangor ini pula...
Bila UMNO kata mereka pertahankan tanah hak milik kerajaan negeri..
tetapi UMNO jugalah yang dengan rakusnya menjual tanah anugerah kerajaan negeri BN terdahulu kepada bukan melayu bagi mendapatkan wang mudah...

2


Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.

Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.

Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.
Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau. 

"Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.

"Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.

"Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.

"Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.

"Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit," beritahu Misran.

Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.

Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.

Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.

QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.

Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.

Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.

"Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.

"Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu," kata beliau lagi.
Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.

Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.

kah..kah..kah..
memang tak boleh pakai le UMNO ni...
 
Itu belum lagi aku cerita tentang UMNO kata nak jaga kepentingan Sultan dan Raja Melayu tu...  
kah..kah..kah...
kata nak jaga sultan,tapi kuasa sultan hilang...
kah..kah..kah..

HANIFF OMAR KETUAI PANEL PENASIHAT BEBAS HANYA SANDIWARA - ANWAR IBRAHIM CLUB.

Posted: 09 May 2012 10:32 PM PDT

Sebelum ini...
aku ada mengeluarkan post berkenaan ketidaksesuaian Tun Haniff Omar menjadi pengerusi Panel Bebas bagi menyiasat kekasaran anggota polis semasa Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu...
sebab-sebabnya ada aku nyatakan (DI SINI)

Banyak pihak yang tidak puashati dengan perlantikan ini...
rata-rata mereka membayangkan bahawa penyiasatan di bawah Haniff Omar tidak akan kemana kerana tiadanya ketelusan di dalam siasatan tersebut...

Hari ini Anwar Ibrahim Club (AIC) juga turut melahirkan ketidakpuasan dengan perlantikan ini...



Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mempertikaikan keputusan kerajaan yang melantik Tun Hanif Omar mengetuai enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Panel Penasihat Bebas itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
AIC ingin mempersoalkan tentang kebebasan yang dimiliki oleh Panel Penasihat tersebut memandangkan majoriti daripada anggotanya adalah masih atau pernah berkhidmat dengan kerajaan dan juga mewakili kepentingan-kepentingan korporat yang mereka ketuai.
Amatlah malang juga apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak dipertanggungjawabkan bagi mengetuai siasatan ini atau, sekurang-kurangnya tiada seorang pun wakil Suhakam yang dijemput bagi menganggotai Panel Penasihat yang dibentuk ini. 

Justeru AIC melihat ini lebih kepada satu lagi bentuk sandiwara kerajaan untuk membolehkan satus quo keadaan pada 28 April lepas memihak dan memberi kelebihan persepsi terhadap mereka. 
Tindakan kerajaan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga adalah satu langkah aneh dan terdesak, seolah-olah tidak mempercyai sebuah badan dunia yang Malaysia sendiri menyertainya sebagai anggota. 
AIC juga mempertikaikan pemilihan langsung yang dibuat terhadap Tun Hanif Omar yang sebelum ini begitu lantang mengkritik penganjur dan ratusan ribu rakyat yang menyertai Bersih 3.0 , satu sikap prejudis yang dipercayai bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi terhadap keganasan oleh polis terhadap rakyat seperti yang dilaporkan berlaku pada Bersih 3.0 
AIC mencabar Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk berlaku adil dan benar-benar telus bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku pada 28 April lalu, yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan melihat kebangkitan rakyat dari satu sudut positif untuk membawa perlaksaan sistem di negara ini lebih teratur dan dipercayai.


Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

MENTERI PERTANIAN MESIR DIPENJARA - KISAH YANG HAMPIR SAMA DENGAN MENTERI PERTANIAN KITA.

Posted: 09 May 2012 01:40 PM PDT


Selepas kejatuhan kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak...
seorang bekas Menteri Pertanian Mesir dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun selepas beliau didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan kerana bazirkan wang rakyat...

Utusan
Menteri berkenaan...
Amin Abaza yang menjadi Menteri Pertanian di bawah
pemerintahan Hosni Mubarak menjual tanah milik kerajaan kepada seorang usahawan,Amr Mansy...
kira kroni dia le tu...

Kalau diikutkan cerita ni..
bolehlah kita samakan dengan satu kisah di Selangor ni...

  • Mesir      = Menteri Pertanian jual tanah kerajaan...
  • Malaysia = Menteri Pertanian jual tanah kerajaan Negeri Selangor..

Selangorku

Cuma bezanya...
Mesir = Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak sudah tumbang...
dan bekas Menteri Pertanian tersebut sudah dibicarakan dan didapati bersalah yang kemudiannya dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara.

Malaysia = Kerajaan BN belum lagi tumbang kerana PRU13 masih belum diadakan,dan Menteri Pertanian di Malaysia ni masih lagi memegang jawatan Menteri Pertanian..
dan oleh kerana itu mengikut sistem Malaysia beliau tidak boleh dibicarakan buat masa ini...

Nak tengok pak-pak menteri kita yang kuat seleweng dan makan duit rakyat tu dipenjarakan secara pukal..?
TOLAK BN!!  

Kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment