"tukanglawan"

"tukanglawan"


BN Sepatutnya Sudah Kalah pada 2008

Posted: 26 Apr 2012 03:34 AM PDT

Sepatutnya pada PRU ke 12 yang lalu, bukan lagi BN yang berkuasa, kemenangan BN pada 2008 adalah kerana tindakan jahat oeleh orang umno sendiri, semua sudah tahu bahawa Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah Ahli umno, jadi siapa yang boleh kerat jari kata sistem pilihanraya di negara ini terutama beberapa tahun lepas sebagai bersih?

Sebab Umno tahu mereka perlu kekal berkuasa, jadi pengerusi SPR dilantik dari kalangan mereka, jika anda faham bagaimana sistem lantikan pengarah dan ahli SPR dijalankan sudah tentu anda tahu ada campur tangan politik.

Walaupun SPR dicanang dibawah suruhanraya diraja, tetapi penjawat jawatan tertinggi SPR di"nasihatkan" lantikannya oleh Pm kepada agong sebelum dipersetujui. jadi bila "dinasihatkan" sudah pasti individu itu dipilih dan ada perancangan umno sendiri untuk letak siapa mereka mahu.

Kenapa mereka letak siapa mereka mahu?, kerana mereka mahu bermain taktik jahat yg selalu kaki games guna bila sudah terdesak, dalam istilah komputer games ia dipanggil "cheat" dalam istilah demokrasi ini dipanggil " pembelot"

Oleh sebab itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.

Satu tindakan paling hina bila "orang umno" mengawal SPR, kerana keputusan dan taktik jahat boleh dibuat atau diubah untuk memenangkan umno dan sekutu . tindakan itu tidak lain tidak bukan mengkhianati suara rakyat.

Apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam'

"Apabila seseorang ahli SPR menganggotai parti politik pada masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam. Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti politik," kata Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.

" Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.

Kalau bukan sebab 2 ahli umno ini, sudah pasti BN sudah kecundang pada 2008, atau lebih awal dari itu lagi. pasti malaysia akan lebih sejahtera dari sekarang bila BN dikuburkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Konon Maju, Tapi Malaysia lebih kuno dari India Dan Pakistan Rupanya

Posted: 26 Apr 2012 02:52 AM PDT

Delegasi antarabangsa untuk misi siasatan pilihan raya di Malaysia hari ini mendapati terdapat tiga isu utama kekurangan dalam sistem pengundian negara ini.

Senator Nicholas Xenophon dari Australia berkata, antara isu yang dikenalpasti mengenai tempoh berkempen yang pendek selama 10 hari.

Di Australia kempen sekurang-kurangnya selama 33 hari dan di India dan Pakistan 90 hari, yang mana lebih lama berbanding di sini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen, pagi tadi.

APa lagi, mari turun Bersih la, dah lama kita kene kelentong dengan BN


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

PTPTN Bukan Mahu Tolong Tapi Along

Posted: 26 Apr 2012 02:40 AM PDT

Mengulas kata-kata Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan berkata walaupun badan itu umpama "perniagaan "yang memerlukan komitmen, ia tetap bukan bank.

Sapa yang cakap PTPTN tu bank.. adoi, kalau bank mesti la BTPTN  ( Bank Tipu pelajar tertipu negara ) , tapi yang pasti PTPTN dapat untung setiap kali bagi pinjaman.

Kata Agos , pelajar yang tamat pengajian seharusnya tidak mempunyai masalah membayar semula wang tersebut sekiranya menjadikannya satu keutamaan.

"Antara sebab kenapa ada sesetengah individu yang tidak bayar bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi mereka tidak memberi keutamaan untuk membayar wang pinjaman PTPTN" katanya

Tapi terfikir pulak "tukanglawan" nak jadikan keutamaan macam mana kalau keluar U.. kerja pon belum tentu dapat lagi. bukan ke keutamaan mula-mula stabilkan ekonomi lepas belajar? , dah stabil nak juga beli motor untuk ulang alik kerja.. hutang lagi,  nak juga bantu family .. bantu mak bapak adik adik... nak juga keluar dating... ade jodoh mahu kahwin... so macam mana nak jadi keutamaan, lain la sebulan gaji 6-7 ribu...

ini setakat gaji RM1600 macam mana?

"Jadi kami menggunakan kaedah senarai hitam dan tidak boleh ke luar negara kepada individu yang tidak membayar pinjaman PTPTN sebagai langkah untuk mengutip hutang. Kita profesional, bukan pakai Ah Long," kata Agos lagi.

Ok la, kalau dalam negara ni bekas pelajar tu susah sgt nak dapat kerja, tapi dengan apa yg dia belajar tu ada peluang kerja di negara asing, dan ditawarkan gaji yg lumayan dan peluang timba pengalaman, kenapa nak sekat?

Adil kah?, adoi.. tak fikir ke?, nak bantu konon, tapi bekas pelajar terhalang dari dapat hidup lebih baik.

Sampai bercucu bercicit kene ikat dengan hutang?, begitulah rakyat dikawal kerajaan.

Bukan apa, beri pinjam memang la kene bayar, tapi kenapa Bunga (RIBA) melampau sangat ? PTPTN Along la, beri pinjam dengan bunga yang tinggi, kurang cikit takle ke? kata MAU TOLONG... kenapa macam mau Sembelih ni




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Talian Khidmat Guaman BERSIH 3.0 ( PENTING )

Posted: 25 Apr 2012 07:58 PM PDT

Sempena himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, 100 peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan.

Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan, balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka.

Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0.

"Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS," katanya.

Sementara itu, sekiranya berlaku penangkapan atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline 

010-2906770 
010-2907174 
010-2907332.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Dah la Rompak Tabung, Sekarang Curi Baju Pulak

Posted: 25 Apr 2012 04:17 PM PDT

Jika semalam dengan rakusnya merampas tabung derma, awal pagi ini lain pula ceritanya!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi tadi.

Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.

"DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.

"Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.

Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.

"Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN," katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.

Sumber blog Jalan Pulang


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Baca Sini Wahai Pencinta Kebenaran

Posted: 25 Apr 2012 03:52 PM PDT

Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.

"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.

Tambahnya, kegagalan SPR untuk menangani aduan serta tuntutan berkenaan akan membentuk persepsi negatif terhadap badan berkenaan.

"Bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti," katanya lagi.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment